Thursday, April 1, 2010

~tak tau tajuk~


Kadang-kadang apa yg kita lakukan disalah ertikan oleh insan lain..Sabarlah wahai sahabat, sesungguhnya kamu bukan lakukan ia kerana manusia. Ikhlaskan hatimu, betulkan niatmu. Biar kamu dipersalahkan hari ini asal kamu tidak dipersalahkan dikemudian hari.


Sahabat jangan risau, kamu disini bukan untuk mencari redha manusia. Kita kan selalu mengulangi ungkapan kata ini : Kita nak cari redha Allah, ya..nak cari redha Allah, bukan nak redha manusia .. Nah..sekarang ni la Allah nak uji kita..Dia nak tengok sejauh mana keikhlasan kita dalam mengejar redhaNya..Memang tak dapat dinafikan, dugaan ini agak berat, tapi jika kita betul-betul ikhlas lakukannya kerana Dia, nescaya kita tak akan merungut dengan ujian ini, malah kita akan lebih bersyukur diberi ujian itu..


Aku tahu, kamu cuma manusia biasa, sakit bila dicubit, terasa bila dipermainkan, kecewa bila dikhianati..tak pelah, sabarlah..sabarmu bukan sia2 sahabat..sabarmu bernilai duhai sahabat..mak aku slalu ingatkan aku : Tak pe Allah tu adil, biarlah apa pun yang diorang nak buat, tapi pasti Allah akan balas..


Sahabat janganlah kamu sedih dan merungut. Bergembiralah duhai sahabatku. Kamu bukannya rugi malah beruntung. Bersyukurlah kalian diuji begitu..perit yang kalian rasai bukannya lama, bukannya berkekalan malah akan diberi ganjaran disana. Bersyukurlah..


Bersyukurlah sahabat..Jadilah hamba yang bersyukur.. Kalian kena ingat, syukur bukan hanya untuk perkara-perkara yang baik sahabat, tapi kalian harus juga bersyukur jika kalian dianiaya….jangan kalian rasa pelik bila daku meluahkan begitu..ingatlah, bila kalian diuji begitu, banyak kelebihan, “nikmat” dan hikmah yang tersembunyi..Tidakkah kalian ingat bahawa doa orang-orang teraniaya ni antara doa-doa yang makbul..ha…tu salah satu nikmatnya..hikmahnya plak: kalian akan lebih matang bila banyak diuji..


p/s: tak rugi jadi insan yang bersyukur. Jika kita bersyukur dengan segala pemberianNya maka Dia (Allah ) akan menambahkan lagi nikmatnya, tapi jika kita kufur dengan segala nikmatnya, maka Dia akan menarik balik nikmat pemberiannya..


sahabat marilah kita menjadi hamba yang bersyukur..ucaplah Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) banyak-banyak..setiap satu bacaan kalimah “Alhamdulillah” hanya Allah yang layak beri ganjaran pada kita, malaikat-malaikat tak tahu bape banyak pahala amalan kita tadi..hanya Allah jer yang tahu..betapa besarnya ganjaran zikir Alhamdulillah ni..so, jangan la kita nak sia-siakan peluang ni..bukan susah pun nak sebut Alhamdulillah ni..tak panjang, satu kalimah jer..


p/s/s: post yang agak tak teratur..mungkin dah jadi rojak buah kot..sume dicampur sekali..huhu..apa yang sahabat-sahabat rasa boleh ikut,boleh buat, trylah amalkan..kalau rasa tak bape faham entry ni..jangan segan n silu untuk contact saya (^_^)..


4 comments:

Al-Mufakkir Hamidi said...

Salam ziarah.

Perkongsian ringkas tapi bermakna...

:)

Mengharap RedhaMu said...

syukur itu adaklah untuk diri terhadap apa yang diberiNya...maka janganlah kita menjadi hamba yang bongkak terhadap apa yang diberiNya...baik buruk ada sebabnya...itu membuktikan kebesaran Illahi....aminnnnn...

lillah أم هريرة said...

teringat yang kita sembang masa makan haritu....

moga kita tergolong dalam orang yang sabar.. yang menjadi kesayangan Allah.. amin :)

insan_kerdil said...

to DR Hamidi:

syukran =)..

to salahuddin:

sangat setuju..syukran atas p'kongsian ringkas.

to lillah:

mkn???waktu bl tu??
amin tok doa 2..