Showing posts with label kosmo. Show all posts
Showing posts with label kosmo. Show all posts

Wednesday, December 16, 2009

Selesema babi jangkiti babi

SEOUL – Korea Selatan mengesahkan penemuan beberapa ekor babi yang dijangkiti virus selesema babi (Influenza A) H1N1 di ladang-ladang tempatan di sini.

Kementerian Pertanian menyatakan jangkitan virus itu disahkan terdapat di lima kandang babi di Gyeonggi dan wilayah Gyeongsang Utara.

“Buat pertama kali, pihak pentadbiran mengesahkan kehadiran selesema babi pada babi-babi yang diternak di dalam negara ini.

“Kami telah menghalang haiwan tersebut dibawa keluar dari kawasan berkenaan,” kata seorang jurucakap menteri. – AFP


p/s: x sangka plak...selsema ni boleh kena kat diorang sendiri...btol la org kata, "Babi ni tempat pengumpulan (sarang) virus2"...ya Allah semoga kita semua dijauhkan dari musibah nie..amin..

tren terlaju di malaysia


TREN ETS ini dipamerkan di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur hari ini dan esok untuk maklum balas orang ramai.


KUALA LUMPUR - Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila secara rasminya semalam menerima tren baru berteknologi tinggi serta mesra pengguna yang dikenali sebagai Electric Train Set (ETS) yang dijadual beroperasi sepenuhnya pada April 2010.




Tren itu yang dibekalkan oleh CMK Konsortium dengan kerjasama Hyundai Rotem dari Korea dan Mitsubishi Electric Corporation dari Jepun dengan kos RM240 juta dikategorikan sebagai tren terpantas yang pernah dimiliki negara dengan kelajuan 140 kilometer sejam.

Set pertamanya yang didatangkan dengan enam gerabak tiba dari Pelabuhan Klang pada 3 Disember lalu manakala baki empat set akan tiba secara berperingkat pada tahun depan.

Lebih mengagumkan, perkhidmatan ETS itu yang menghubungkan laluan Ipoh-Seremban-Ipoh bakal menjimatkan kira-kira sejam waktu perjalanan.