Sunday, May 15, 2011

Memasak tanpa garam..Apa rasanya??


Makanan dengan garam adalah ibarat isi dengan kuku..Pernah anda memasak tanpa garam?? Apa rasanya??.. Mesti anda akan kata tak cukup rasa atau kurang masin.. Tengok, betapa pentingnya garam dalam masakan atau dalam erti kata lain dalam makanan. Tanpa garam, tiadalah rasa enak makanan tersebut..Pernah sahabat makan masak kurma tanpa garam, agaknya macam mana la rasanya ya?? (~ :mesti sangat pelikkan..hehe)

Tetapi jika makan garam jer, anda mau??? Mestilah tak mahukan...mana ada orang sanggup makan garam jer..Tak tertelan kot..Saya pernah beberapa kali demam dan doktor kasi air garam, dia suruh saya minum..Agak2 saya minum tak??  Tak sanggup saya (~: Tapi terpaksalah saya memaksa diri untuk menelannya)..Itulah, jika hanya dipaksa untuk memakan garam jer, memang kita tak sanggup, tapi bila garam tadi digunakan dalam masakan, dan diolah dengan betul maka hasilnya, masakan tersebut sangat lazat dan cukup rasa...


Begitulah juga masalah dengan kehidupan..Tiada kehidupan tanpa masalah. Memang ia kembar yang wajib.. Ibarat aur dengan tebing. Memang kita akan sentiasa menghadapi masalah. Memang kita akan sentiasa diuji dengan masalah. Tetapi jika kita pandai mengolah masalah kita tadi, insyaAllah kita akan dapat merasai kemanisan, keseronokan dan kenikmatan dalam hidup kita ni. 

Jika kita hanya memikirkan masalah sahaja, kita mungkin rasa terbeban. Kita mungkin rasa tidak sanggup untuk hadapinya. Dan yang paling teruk bila kita dah berputus asa dengan kehidupan kita. Nauzubillah, moga kita dijauhkan dari perasaan sedemikian.

Ingatlah bila kita ditimpa masalah, anggaplah ia sebagai satu ujian buat kita. Ujian dalam mendewasakan kita. Bukan itu sahaja, bahkan ia sebenarnya satu nikmat jika kita dapat melepasinya nanti. Ingatlah, disebalik ujian itu pasti ada hikmahnya. Cubalah kita mencari hikmah disebalik setiap ujian yg kita hadapi itu. Dan hadapilah dengan tenang, sabar dan tabah, kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala jika kita bersabar dalam menghadapi ujian dari-Nya..

p/s: Semalam masa memasak utk makan malam, mencari garam utk ditambah ke dlm masakan..tetapi alangkah terkejutnya saya, garam dah kehabisan stok..dan disebabkan peristiwa tu, Allah kurniakan ilham utk menulis artikel ni ^_^..
p/s: semoga bermanfaat ^_^..

No comments: