Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Saturday, July 24, 2010

Buat Insan Yang Bergelar Sahabat

Kita merancang..Allah jua merancang..Tapi yakinlah, perancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan..Jangan sekali-kali kita ragu andai perancanganNYA tidak selari dengan perancangan kita..Jangan kita sedih mahupun kecwa, pati ada hikmah disebalik semua itu. Mungkin DIA hanya mahu hambaNYA kembali kepadaNYA, memohon kepadaNYA, bermunajat kepadaNYA, berserah kepadaNYA..

Berbaik sangkalah kepada Allah, Dia lebih mengetahui..Andai terasa diri sudah memberi yang terbaik, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, jangan sahabat berputus asa.."Jangan berputus asa diatas rahmatNYA"..DIA pasti akan menggantikannya dengan yang lebih baik. Mungkin apa yang sahabat kejar bukanlah yang terbaik buat sahabat n bukan hak sahabat, jadi Allah telah menjaga sahabat dari perkara-perkara yang mungkin bukanlah yang terbaik buat sahabat.

Bersyukurlah sahabat..Allah masih menyayangimu..Allah masih menjagamu..Allah masih mengasihimu..Allah masih ingat padamu..Allah masih dan sentiasa disisimu..Oleh kerana itulah, DIA sentiasa memberi yang terbaik buatmu sahabat..

P/s: Yakinlah sahabat, perancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan..

P/s/s: Jangan sekali-kali kita melatah sahabat..Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita..

p/s/s/s: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." ~ Al-Baqarah ; 286

P/s/s/s/s: Ya Allah berikanlah sahabatku kekuatan untuk menghadapi ujianMU ini.. Kurniakanlah sahabatku kesabaran yang tinggi dalam meniti ujian dunia ini.. Anugerahkanlah sahabatku ketenangan jiwa dan rohani dalam menjalani kehidupan seorang hamba.. Istiqamahkan sahabat dalam mengejar redhaMU..Ya Allah kurniakanlah yang terbaik buat sahabatku, yang dapat memberi kebaikan dunia dan akhirat..Sesungguhnya padaMU aku memohon..Engkau yang Maha Mengetahui, Engkau yang Maha Pemurah dan Engkau yang Maha Penyayang..PadaMU kami berserah, memohon yang terbaik buat sahabatku..Amin ya Rabb..Aminnnn..

P/s/s/s/s/s: Buat insan yang bergelar sahabat ..

Monday, June 1, 2009

dEdIkAsI kHaS bUaT aDiK hUsNiL..

(moga kalian berbahagia =) )

Post kali ni saya tujukan pada adik kesayangan saya, adik husnil =)..

akhirnya..hari yg ditunggu2 tlh tiba..huhu..
(tersenyum manis di hari bahagia)

akhirnya adik kesayanganku dah pon bergelar pengantin baru..

adik dah menempuhi alam seterusnya..alam berumahtangga..

adikku, moga adik lebih kuat dgn kehadiran insan baru disisi =)

moga adik lebih istiqamah dijalanNYA =)


moga adik lebih bahagia =)

moga hidup adik lebih bermakna =)..

moga adik sentiasa dilindungiNYA =)..


moga adik tabah menepuhi hari2 mendatang =)..


(pengantin baru bersama sahabat2 tersayang -
nini mot mot, cikmot lillah & kak na )

kami semua mendoakan yg t'baik buat adik kami =)..

p/s: i just wanna wish SeLaMaT pEnGaNtIn BaRu BuAt HuSnIl & UsTaZ hAfIzAn,
semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat n sentiasa diberkatiNYA =)..

n maaf sebab x dapat b'sama2 meraikan hari bahagia adik..

Friday, March 6, 2009

sahabat..maafkan diri ini..

Ya Allah, macam-macam berita yang saya terima dari sahabat-sahabat sekalian. Terasa bersalah pula kerana tidak dapat berada disamping kalian dikala kalian memerlukan. Terasa diri ini tidak mampu menjadi sahabat yang baik bagi kalian semua. Maafkan diri ini sahabat. Bukan berniat untuk melarikan diri, bukan berniat untuk menghindar dari kalian semua. Tidak pernah jua terlintas untuk mementingkan diri, namum apakan daya diri yang hina ini.

Sahabat..walaupun saya tiada disisi kalian namun saya memahami situasi kalian.

Kalian usah risau,
kalian usah gundah,
kalian usah gelabah,

tapi

kalian kena kuat,
kalian kena bersabar,
kalian kena fikir positif,
kalian kena banyak berdoa,
banyakkan merayu dan meminta padaNYA,
kalian kena yakin denganNYA.



Andai kalian rasa sedih dan terasing, itu bukan kerana kalian tiada kawan
tapi

Dia mahu kalian bersamaNYA,
Dia mahu kalian ingat padaNYA,
Dia mahu kalian kembali padaNYA,
Dia mahu kalian belajar menjadi seorang insan yang kuat.



Kalian usah ragu dengan rencanaNYA, Dia tahu apa yang terbaik untuk kalian.

Jika kalian rasa diri kalian tidak kuat, sebenarnya kalian salah kerana

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

Ingatlah sahabat, banyakkan doa kepadaNYA :

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (terjemahan Surah Al-Baqarah : 286)

Sahabat, saya disini sentiasa mendoakan kalian semua.

Jangan sedih-sedih.

Ceria-ceria selalu.