Wednesday, February 18, 2009

Kisah teladan

Anas bin Malik r.a. menceritakan : “Kami telah duduk bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. pun bersabda : “Telah muncul dihadapan kamu seorang lelaki dari ahli syurga”. Kelihatan seorang lelaki Ansar yang mengurut-ngurut janggutnya dengan basahan air wuduk sambil beliau memegang sepasang kasutnya ditangan kirinya. Keesokan harinya, sekali lagi Rasulullah s.a.w. bersabda sedemikian rupa, dimana sekali lagi lelaki itu hadir seumpama kali yang pertama. Pada hari yang ketiga, Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda dengan perkara yang sama. Lelaki itu muncul juga seumpama kemunculannya pada kali pertama.

Apabila Rasulullah s.a.w. bangun dari majlisnya, Abdullah bin Amru pun mengikuti lelaki Ansar tersebut dan berkata kepadanya : “Sesungguhnya aku telah bergaduh dengan bapaku, maka ku bersumpah tidak akan kembali menemuinya selama tiga hari. Jika kamu membenarkan, Izinkanlah aku menumpang dirumahmu selama tiga hari”. Lelaki Ansar itupun membenarkan Abdullah bin Amru r.a. menumpang dirumahnya selama tiga hari.

Abdullah telah menceritakan bahawa beliau telah menghabiskan tiga malam tidur dirumah lelaki Ansar tersebut. Aku tidak pernah melihatnya bangun malam untuk bersolat melainkan aku mendengar beliau menyebut “Allahu Akbar” setiap kali mengalih-alihkan badannya sewaktu tidur itu sehinggalah beliau bangun untuk solat subuh. Abdullah berkata : “Melainkan aku hanya mendengar beliau bercakap tentang kebaikan”. Apabila tiga malam berlalu, aku hamper memperkecil-kecilkan amalanya, lalu aku berkata kepadanya: “Wahai hamba Allah, aku tidak bergaduh dengan bapaku dan keluar dari rumah, akan tetapi aku telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda tentang diri kamu sebanyak tiga kali: “Telah muncul dihadapan kamu seorang lelaki dari ahli syukur”. Setiap kali Rasulullah s.a.w. mengucapkan kata-kata tersebut, kamu telah muncul. Oleh yang demikian, aku pun bercadang untuk mengetahui apakah amalan kmau sehingga Rasulallah s.a.w. mengtakan bahawa kamu adalah ahli syurga. Tetapi aku tidak melihat amalan yang telah kamu lakukan yang menyebabkan Rasulullah s.a.w. bersabda demikian”.

Lelaki Ansar itu menerangkan: “Tiada amalan lain yang aku lakukan melainkan apa yang telah kamu saksikan”. Apabila aku berpaling darinya, beliaupun memanggil dan berkata: “Tiada amalan lain yang telah aku lakukan melainkan amalan yang telah kamu saksikan dan aku tidak pernah menyimpan rasa dendam atau hasad kepada seseorang pun diatas kebaikan yang telah dikurniakan Allah kepadanya”. Abdullah pun berkata: “Inilah amalan yang menyebabkab Rasullah s.a.w. bersabda demikian tentang diri kamu”.

Erm...tamatlah kisahnya...

Agak-agaknya, apa yang 'aku' (sebagai pembaca) boleh amik iktibar dari kisah lelaki Ansar tadi?? Aku pasti semua orang sangat cerdik dan bijak pandai untuk menilainya..InsyaAllah...Tapi bagi aku, amalan yang cukup simple (JANGAN MENYIMPAN DENDAM ATAU HASAD DENGKI KEPADA KEBAIKAN ATAU KELEBIHAN YANG ALLAH KURNIAKAN PADA INSAN LAIN), tapi ganjaranya, Subhanallah, sangat besar. Siapa yang tak nak ke Syurga. semua orang pasti nak punyer. Siapa yang tak nak benda yang nikmatnya hanya Allah saja yang tahu, betapa besar dan tiada tolok bandingannya kalau nak dibandingkan dengan apa yang kita ada kat dunia yang sementara ini.

Walaupun amalan tu sangat simple, tapi untuk lakasanakannya, bukanlah semudah amalan tu..Tu la, seperti yang aku cakap tadi..Nak buat benda baik ni bukan mudah. Tapi kita kena ingat, "bukan mudah" dalam erti kata lain benda tu bukan tak boleh dilakukan atau tak mustahil untuk dilakukan. Cuma bergantung pada aku. Kalau aku nak buat, InsyaAllah, aku boleh buat. Lagipun Allah ni suka sangat orang yang usaha dan DIA sentiasa bersama orang-orang yang nak buat kebaikan.

Cuba tanya diri sendiri, suka tak kalau orang bersangka baik dengan kita?? Aku rasa, aku mesti jawab YA..Siapa yang tak suka orang bersangka baik dengan kita. Kalau semua orang bersangka baik dengan orang lain, maka tak adalah istilah musuh. Tak payah nak menyemakkan hati dengan rasa marah, benci, dendam & yang seangkatan dengannya. Kan ke bahagia dengan hidup yang macam tu.

Ya Allah berikan aku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, serta muslimin dan muslimat kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan baik dan hiasilah diri kami dengan sifat-sifat terpuji. Jauhkanlah kami dari segala sifat-sifat dan amalan-amalan yang terkeji. Amin..

No comments: