Thursday, February 26, 2009

Bersyukurlah..

Sebenarnya diri ini terasa tersangat insaf melihat keadaan dan susana disini. Hanya Allah yg tahu betapa berbezanya persekitaran antara dua negara ini. Pertama kali melihat sendiri keadaan disini, diri ini dilanda kesedihan. Seharusnya kita semua bersyukur degan apa yang kita ada.

Melihat persekiran di ibu Kota Jakarta, saya kira tidak banyak bezanya dengan Malaysia, cuma mungkin kepadatan penduduknya yg tinggi menyebabkan bandaraya ini kelihatan lebih sibuk dari bandaraya di Malaysia. Walaupun dalam kesibukan jalan raya, namun mata ini sempat menangkap, bayang-bayang manusia yg cukup berani dan terpaksa memberanikan diri untuk mencari rezeki demi sesuap nasi. Saya kira mereka ini, sangat berani kerana sanggup menggadaikan "nyawa' mereka demi mencari rezeki. Mana tidaknya, mereka menjaja barangan @ makanan kepada pengguna jalan raya yang sedang sibuk mengejar masa untuk balik atau menuju ke destinasinya. Mereka ini terdiri dari kanak-kanak, remaja dan ada yang dah diperingkat dewasa. Ada juga sesetengah kanak-kanak yang cuba menghiburkan pengguna jalan raya tersebut.

Boleh dikatakan, sumber pendapatan yang utama disini adalah melalui perniagaan. hal ini kerana saya dapat melihat kedai-kedai dan gerai-gerai kecil disepanjang jalan. Ada juga sesetengah pihak yang menjaja makanan mereka. Sebenarnya hati ini cukup sayu melihat kesusahan mereka, walaupun diri ini dilanda kesusahan, namun saya rasa tidak pernah lagi diri ini terpaksa menjaja dan melakukan kerja-kerja yang berbahaya sebegitu. Tambahan pula, pendapatan yang diperolehi oleh mereka tidaklah seberapa. saya merasa kagum dengan kesungguhan mereka.

Disini kita dapat melihat peminta-peminta sedekah dimana-mana. Teringat pengalaman pertama kali sampai disini, saya ditemani Ibu (Malasia panggil Cik @ Puan = sesorang yang berpangkat) Laily,dan kami menuju ke satu kedai makan. Semasa sedang makan tiba-tiba datang sekumpulan remaja lengkap dengan alat muzik meraka (band). Mereka akan mendendangkan lagu bagi menghiburkan pengunjung-pengunjung kedai tersebut. Disaat itu, saya lihat tidak rami yang menghulurkan wang bagi "membayar" hiburan tadi, termasuklah diri ini. Bukan tidak mahu mmeberi, tetapi tiada wang yang sepatutnya, diwaktu itu saya hanya mempunyai note Rp 100 000.. Menurut Ibu Laily, kebiasaannya, mereka hanya akan memberikan Rp 500, Rp 200 @ Rp 100, ini semua nilai syiling yang ada disini. Sekiranya kita ingin membandingkan dengan nilai wang di Malaysia, nilainya amatlah kecil. Rp 500 = Rm 0.15625, Rp 200 = RM 0.0625 dan Rp 100 = Rm 0.03125..

Betapa susahnya kehidupan disini, betapa merananya mereka demi mencari sesuap rezeki. Bersyukurlah..Bersyukurlah kerana anda semua tidak perlu melalui kehidupan yang perit seperti mereka. Bersyukurlah dengan apa yang anda ada. Hargailah ia sebelum ia ditarik olehNYa..Jadilah insan yang bersyukur..
---------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya pertama kali mendapat tahu yang diri ini terpaksa mengubah destinasi utk belajar kesini, diri ini rasa sangat sedih. Rupa-rupa ada rencana yang lebih hebat yang telah diatur olehNya untuk diri yang hina ini.
Alhamdulillah ya Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk mengenal negara ini. banyak benda yang saya dapat belajar disini. Berada disini membuatkan saya belajar menjadi seorang yg bersyukur (teringat pesan seorang sahabat: "Belajar jadi orang yang bersyukur" ). Betapa susahnya mereka terpaksa lalui demi mendapatkan sesuap nasi..Syukur ya Allah..Alhamdulillah x10..

No comments: