Wednesday, June 10, 2009

Manusia ibarat sepohon pokok.

Manusia ni ibarat sepohon pokok.

Akar tu ibarat iman kita. Semua manusia tak nampak sebab dia berada di dasar tanah. Kita tak tahu macam mana bentuknya. Walaupun akar tadi kita tak nampak, namun akar tadilah yg menjadi tunjang kepada pokok utk terus hidup. Begitu jugalah iman kita. Kita tak tahu setinggi mana tingkat iman kita,ia tersemat didasar hati kita. tapi iman tadilah yg menjadi pegangan dalam kehidupan kita. Jika kuat iman tadi, maka lebih kuatlah kita. Jika sekiranya iman tidak kukuh didada, maka terhuyung-hayanglah hidup kita.


Batang tu ibarat badan kita. Semua org nampak, macam mana bentuknya dan warnanya. Begitulah badan manusia. Tiada yg tersembunyi. Kita dapat melihat dengan mata kasar kita. Kulit pula ibarat pakaian kita. Kalau sekiranya kulit pokok tu luka @ tertanggal, maka pokok tadi akan terdedah kepada penyakit @ bahaya. Begitulah kehidupan manusia, sekiranya pakaiannya tidak menutup aurat, maka terdedahlah ia kepada bahaya dan dosa.

Dahan pulak menyokong kepada pokok. Menjadi penyeri kepada pokok. Kurang dahannya, kurang menarik lah pokok tu. Dahan membantu membentuk pokok tadi. Makin cantik pokok tadi, makin lah disayangi tuan dia. Didalam kehidupan manusia,dahan tadi ibarat amal kita. JIka banyak amalnya, maka beruntunglah hidup kita. Kita akan disayangi Tuan kita.

Dahan yg segar dan cukup zatnya akan menghasilkan daun dan buah. Tapi tak semua dahan mampu menghasilkan buah. Mungkin dahan tadi hanya mampu menghasilkan daun sahaja. Hanya dahan2 yg terpilih, yg cukup zatnya mampu membantu menghasilkan buah. Dalam kita melakukan ibadat, yg mana yg betul2 ikhlas kerana Allah barulah betul2 mendapat ganjaran dariNYA. Jika sekiranya ibadat tadi dilakukan sambil lewa, ia ibarat dahan pokok yg tidak berzat, maka ia tidak mampu menghasilkan buah. Mungkin zatnya yg kurang mengcukupi tadi hanya mampu menghasilkan daun. JAdi bagi seorang manusia yg hanya melakukan ibadat kerana nama dan pangkat, maka mereka hanya mendapat nama dan pangkat tersebut, namun mereka tidak akan mendapat lebih dari itu. Kerana ibadat mereka tadi tidak ikhlas kerana Allah.

Pokok memerlukan zat utk terus hidup. Ia memerlukan baja, air dan cahaya matahari. Sekiranya kurang mendapat zat, maka pokok tadi akan layu dan tidak mustahil satu hari nanti ia akan mati. Begitu jugalah manusia. Manusia memerlukan ilmu. Tanpa ilmu manusia akan menjadi jahil. Tanpa ilmu manusia ibarat tidak berguna dan mungkin akan menyusahkan dirinya sendiri. Jadi tuntutlah ilmu supaya kita dapat mejadi seorang manusisa yg berguna. Ibarat pokok yg berbuah rendang, yg segar dan menarik.

JAdi..yg mana satu yg menjadi pilihan anda??
Pokok yg layu atau yg rendang dan segar??
Fikir-fikirkanlah..

4 comments:

humbleServant said...

wah, perumpamaan yg sangat menarik ",

terima aksih kerana menyedarkan insan yg kadang kala alpa dgn nikmat dunia ini

lillah أم هريرة said...

nak jadi pokok kuinin la... aritu makan kuinin yg romlah kupaskan tu sedap la....

nyum nyum.. kuinin yg gebu2.. manis.. harum... bau nya saja dari jauh dah wat org tercari2... huhu

patut wat perfume kot.. inovasi terkini

hehe

:p

insan_kerdil said...

to humbleServant:

=)..

sama2 berkasih =)..
moga kita semua x lalai didlm melaksanakn tanggungjawab kita..



to lillah:

hehe..nanti blh la slalu org mkn kuinin dgn percuma ek..sbb sahabat org nak jd pokok kuinin..so x payah lah beli..huhu

huhu..gud idea 2..boleh la jual idea ni kat syarikat wat perfume ek..kalo x pon, lillah buka syarikat perfume..mn tau blh wat produk sendiri ke nanti..hehe..

sea_lavender said...

syukran atas perkongsian mencelik mata hati yg kerdil ini. moga Allah rahmati kehidupan kita :)