Showing posts with label renung-renungkan. Show all posts
Showing posts with label renung-renungkan. Show all posts

Wednesday, February 24, 2010

Nak ikut ke x??

Manusia ni suka sangat memerhati especially utk mencari idea2 baru. idea2 ini akan diguna pakai n diadaptasi keatas diri mereka.. Biasanya mereka akan mencari idea utk berpakain, cara bertingkahlaku dan cam2 lg. Bagus la jgak sebab dia cuba belajar.. kalo yg bakal dicontohinya adalah org yg betul takpelah jgak, tapi yg jadi masalahnya, kalo org yg cuba dicontohinya adalah org yg tak sepatutnya, teraniaya dunia akhirat. Betul tak??

Manusia akan tertarik utk melakukan sesuatu bila mana dia mendapati ramai org yg sanggup melakukan bnd yg sm..bab kata org: Nampak ramai sikit buat benda tu, dia pun ikut sama buat. bagi mereka kalo ramai yg buat cam tu maknanya benda tu betul..Betul ke cam tu?? Jawapannya:bnd tu mgkn betul dr segi akal manusia yg cetek ni, tapi tak semestinyai hukam hakam islam..kadang2 yg ramai buat tu lah yg salah, yg tak sepatutnya kita contohi. Tapi tu la manusia, sikit2 dia akan kata : "alah ramai jer buat cam tu, nape diorang boleh buat". Masalah sekarang bukan masalah ramai ke tak. Kalo dah benda tu salah, seramai mana pun buat, tetap salah jgak. sama jgak benda yg betul, kalo benda tu betul, even takde org pun buat benda tu, benda tu tetap betul dan sentiasa betul. Sebab itu ikut hukum. Takde org boleh ubah hukum sesuka hati.

Kalo kita nak ikut org, pastikan kita ikut org yg sepatutnya..Jangan la plak kita wat sesuatu yg sia2. Jangan lah nak ikut org yg tak sepatutnya.. Biar org kata kita ni lain dari yg lain, asalkan kita di pihak yg benar. Tapi masalah yg sering menimpa umat2 kita sekarang ni, mereka takut sangat dikatan berbeza. Mereka berasa takut utk buat sesuatu yg betul, sebab tak ramai buat cam tu. Mereka malu utk menjadi seorg yg berbeza, sebab takut nanti ada org gelak atau org mengejek atau org kutuk mereka. Bagi mereka, mereka hanya selesa bila ramai yg buat cam tu..

Ingat, kalo korang pakai seksi, pastu korang keluar ke kawasan awam, pastu ditakdirkan ada manusia len yg tengok dan tertarik..Then buatnya bdk tadi nak pakai cam tu jgak.Cam mana tu??Kalo budak tadi betul2 pakai seksi jgak sebab dia terikut2 dgn cara korang berpakaian, erm.."berbahagialah" korang..sebab korang baru jer berjaya menambahkan dosa korang..dosa pertama sebab korang pakai seksi, dosa kedua, korang telah menjadi contoh pada budak tadi..then korang akan tanggung @ share dosa dgn budak tadi selagimana dia pakai seksi..sebabnya dia terjebak dgn "gejala berpakain seksi" (term aku sendiri..hehe) ni sebab korang..fikir2kanlah...bape banyak dosa yg korang sanggup tanggung?

p/s: "Kenapa kita nak ikut org, kalo yg ramai tu nak terjun ke neraka,
lebih baiklah kita sendiri kalo yg tu membawa ke syurga". ~renungan utk diriku jua..

Tuesday, June 23, 2009

COuplE..

Kali ni aku nak mulakan dgn benda basic jer..hehe..COUPLE..nak kena g tau ke maksud dia?? X perlu la kot aku rasa. Penat jer nak bg tau. Budak umo setahun pon tau. Inikan plak korang2 ni..

Erm..Kali ni aku nak citer pasal masalah couple. Memang couple ni bermasalah, sebab tu la aku kata masalah..hoho.. Aku tau sangat. Sebab sume org yg couple, mesti ada masalah punyer. Tp aku x kata la yg x couple 2 xde masalah. Cuma masalah mereka mungkin ringan sikit la dr yg bercouple ni. Mana xnya, cuba korang perhati betul2, bukan ke bila couple, secara automatik kita nak kena fikir pasal pasangan kita. Bukan takat masalah kita jer ada dlm kepala, tambah lg masalah "boyafren"/"gilafrend"..Tak ke beban tu. Dah elok2 xde masalah, gatai lagi nak cari masalah..ish2..manusia2..memang pelik ah. Tapikan, bila solo xde la nak menyemakkan kepala otak korang dgn masalah org len. KOrang fikir pasal korang jer. Ringan kepala..betoi x??

Macam2 alasan yg manusia bagi utk membolehkan diorang couple. Tapi hakikatnya dlm Islam, couple tu haram. KOrang tau nape?? Mesti tau kan. Ingat x ayat ni: Firam Allah : "Janganlah engkau mendekati zina". Erm..maknanya cubalah elak dari melakukan zina. Cakap pasal zina plak, zina ni ada banyak jenis tau, bukannya takat hubungan fizikal jer..Hati pon boleh berzina tau. Bila korang lalai mengingati Allah, asyik dok ingat "boyafren"/"gilafrend" korang jer..Kalo ingat mak ayah berbaloi la jgak. Ini ntah sape2. Aku tau la tu "pasangan" korang..ish..meluat aku dengarnya..Pasangan sehidup semati. Betoi ker? Korang percaya ke? Pasangan sehidup pon blom tentu tau.. pasangan semati lagi la. Jauh panggang dari api.

Dating..best oo pergi dating..huhu..best giler2..nanti boleh tambah amalan. AMALAN JAHAT..bertambah gak kan..NI masalah jagk ni, kOrang gatai pergi dating sape suruh. Ingatlah, bila lelaki dan perempuan berdua2an ditempat yg sunyi nescaya yg ke-3 itu alalah syaitan..korang x takut ker ade setan dok ikut korang. Memang la setan ni slalu mendampingi manusia, cuma bl korang dok dating cam tu, lg la senang diorang nak wat keje. Korang ni adik-badik setan ker, yg dok "baik hati" tolong diorang tu apa kes??

Ni tren baru. Hehe. Jadi remaja ni x best la kalo x ikut trend. Nanti dikatakan kolot plak. "ishk ko ni macam mak2 org jer" ~oish..panas ati kalo kita dengar, betoi x?? Trend remaja skang, xmo bercouple, x best couple nie, tp nak ada teman, baru best. "Teman tapi mesra".. Yg ni istilah baru. Saje nak cover. Kalo sebut couple, cam obvious sgt kan, jd nak memudahkan cerita n urusan (kat dunia je la), jadi istilah ni pon diperkenalkan.

Fikir2kan lah..Allah kurniakan kita akal supaya kita manfaatkannya. Kalo ciptaan DIA yg len ada otak tapi kita ni lg special, ada akal, boleh berfikir.

Yg mana baik tu jadikan teladan, yg mana buruk 2 jadikan sempadan. Yang mana yg baik tu dtg dari Allah dan yg mn buruk 2 dtg dari diriku yg x sempurna ini.

p/s: dah agak lama saya x mengupdate blog nie..hehe..busy ckit..skang ni musim exam..doakan sya ye sahabat2..sebenarnya ni artikel lama, cuma baru jer dipublishkan..jadi mohon maaf kalo bahasa agak kasar...malas nak edit..hehe..tapi insyaAllah semua blh faham kot =)..

Friday, June 12, 2009

Azab bagi wanita

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

* Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

* Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

* Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

* Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

* Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

* Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.


* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Ya Allah betapa dasyat azab siksaan dariNYA.
Semoga kita semua terhindar dari azab siksaan ini,
dan semoga kita terpelihara dr melakukan perkara2 maksiat..

Wednesday, June 10, 2009

Manusia ibarat sepohon pokok.

Manusia ni ibarat sepohon pokok.

Akar tu ibarat iman kita. Semua manusia tak nampak sebab dia berada di dasar tanah. Kita tak tahu macam mana bentuknya. Walaupun akar tadi kita tak nampak, namun akar tadilah yg menjadi tunjang kepada pokok utk terus hidup. Begitu jugalah iman kita. Kita tak tahu setinggi mana tingkat iman kita,ia tersemat didasar hati kita. tapi iman tadilah yg menjadi pegangan dalam kehidupan kita. Jika kuat iman tadi, maka lebih kuatlah kita. Jika sekiranya iman tidak kukuh didada, maka terhuyung-hayanglah hidup kita.


Batang tu ibarat badan kita. Semua org nampak, macam mana bentuknya dan warnanya. Begitulah badan manusia. Tiada yg tersembunyi. Kita dapat melihat dengan mata kasar kita. Kulit pula ibarat pakaian kita. Kalau sekiranya kulit pokok tu luka @ tertanggal, maka pokok tadi akan terdedah kepada penyakit @ bahaya. Begitulah kehidupan manusia, sekiranya pakaiannya tidak menutup aurat, maka terdedahlah ia kepada bahaya dan dosa.

Dahan pulak menyokong kepada pokok. Menjadi penyeri kepada pokok. Kurang dahannya, kurang menarik lah pokok tu. Dahan membantu membentuk pokok tadi. Makin cantik pokok tadi, makin lah disayangi tuan dia. Didalam kehidupan manusia,dahan tadi ibarat amal kita. JIka banyak amalnya, maka beruntunglah hidup kita. Kita akan disayangi Tuan kita.

Dahan yg segar dan cukup zatnya akan menghasilkan daun dan buah. Tapi tak semua dahan mampu menghasilkan buah. Mungkin dahan tadi hanya mampu menghasilkan daun sahaja. Hanya dahan2 yg terpilih, yg cukup zatnya mampu membantu menghasilkan buah. Dalam kita melakukan ibadat, yg mana yg betul2 ikhlas kerana Allah barulah betul2 mendapat ganjaran dariNYA. Jika sekiranya ibadat tadi dilakukan sambil lewa, ia ibarat dahan pokok yg tidak berzat, maka ia tidak mampu menghasilkan buah. Mungkin zatnya yg kurang mengcukupi tadi hanya mampu menghasilkan daun. JAdi bagi seorang manusia yg hanya melakukan ibadat kerana nama dan pangkat, maka mereka hanya mendapat nama dan pangkat tersebut, namun mereka tidak akan mendapat lebih dari itu. Kerana ibadat mereka tadi tidak ikhlas kerana Allah.

Pokok memerlukan zat utk terus hidup. Ia memerlukan baja, air dan cahaya matahari. Sekiranya kurang mendapat zat, maka pokok tadi akan layu dan tidak mustahil satu hari nanti ia akan mati. Begitu jugalah manusia. Manusia memerlukan ilmu. Tanpa ilmu manusia akan menjadi jahil. Tanpa ilmu manusia ibarat tidak berguna dan mungkin akan menyusahkan dirinya sendiri. Jadi tuntutlah ilmu supaya kita dapat mejadi seorang manusisa yg berguna. Ibarat pokok yg berbuah rendang, yg segar dan menarik.

JAdi..yg mana satu yg menjadi pilihan anda??
Pokok yg layu atau yg rendang dan segar??
Fikir-fikirkanlah..

Saturday, June 6, 2009

DaH dEwAsA kE??

Makin meningkat usia kita, makin banyak tanggungjawab yg perlu kita pikul,

makin dewasa kita, makin banyak yg nak kena fikir,

makin dewasa kita, makin banyak yg perlu dipertimbangkan,

makin dewasa kita, makin panjang list yg perlu dilaksanakn,

makin dewasa kita, makin la pening kepala kita,

makin dewasa kita, makin la berat beban akal kita..

Ramai yg cuba "melarikan" diri dari alam dewasa ni. Maklumlah, bila dah jadi org dewasa ni kita nak kena berperangai macam org dewasa. Tak boleh nak main2 dah. Kena serius. Tak nak lah. Susah nak jadi org dewasa ni...~Suka2 jer cakap susah ~. Teringat nasihat cikgu saya masa kat sekolah dulu : "Mana dia tahu susah masuk universiti? Dah bape kali dia masuk universiti? Cuba awak tanya dia". Itulah yg selalu cikgu saya ingatkan. Dia cuma nak sampaikan, apa2 hal pun, selagi kita tak alami sendiri, kita takkan tahu keadaan atau situasi sebenar. Jangan kita mudah memutuskan sesuatu. Manusia ni, dia takkan faham selagi dia tak alami sendiri. Sekali dah terkena baru dia tahu. hehe..Tapi persoalannya, boleh ke nak elakkan alam ni? (korang jawab la sendiri)

Erm..Memanglah alam dewasa ni susah sikit. Kenape cam tu ah?

Sebab Allah dah bagi peluang kat hangpa blajaq sampai pandai (masa bayi, kanak2 n alam remaja dulu)..Kalau hangpa x blajaq sapa yg suruh. Hangpa yg merugikan masa hangpa sendiri. So, hangpa jgn nak salahkan org lain.

Lagipun betul la..Asal kejadian manusia kan macam tu. Dari peringkat senang ke peringkat yg lebih susah. Dari peringkat bawah ke peringkat atas. Dari peringkat yg mudah ke peringkat yg lebih "complicated". Cuba kita fikir, kita lahir, jadi bayi dulukan? Kenapa tak terus jadi remaja @ org dewasa @ org tua? Sebab Allah tau dgn ilmu dan kemampuan kita waktu tu, kita tak mampu utk menanggung ujian atau dugaan atau menguruskan urusan bagi org yg dah diperingkat dewasa. Masakan kita mampu utk bekerja diwaktu tu. Berjalan pun tak pandai lagi, berlari apatah lagi. Bercakap..erm..hampeh..Nak sebut perkataan "umi" pun tak boleh, ni kan plak nak handle meeting ngan menteri2.

Allah dah kurniakan waktu yg cukup utk kita bersedia ke peringkat ni. Allah bagi peluang kat kita jadi bayi, pastu besar sikit, jadi kanak2, pastu membesar lagi, jadi remaja n akhirnya kita di peringkat ni. Peringkat dewasa. So jangan nak kata : "xmo la aku jadi org dewasa ni, jadi budakkan best". Jangan nak menggatal.

Ish3..x tau bersyukur sungguh kita ni. Allah kan dah bagi peluang kita merasa jadi org normal. Merasa setiap peringkat kehidupan bagi manusia normal. Kan ke dah jadi bayi, kanak2 dan remaja, so sekarang ni merasa la plak jadi org dewasa. Asyik nak jadi kanak2 jer, x best la. Tak mencabar langsung. Hidup ni perlukan cabaran, kawan. Takkan la kita selamanya nak dok di takuk tu, tak mahukan perubahan ke? Tak mahukan kelainan ke?

Hehe.. Ape2 pon, redha la teman. Kita dah di alam dewasa dah. dah tiba waktunya nak menyemakkan kepala otak kita ngan uurusan2 yg lebih berat yg sememangnya kita perlu laksanakan. Tak kan la selamanya kita nak susahkan org. Bila lagi nak menyumbang? Time ni la.


Ya Allah..Ya Allah..

Berikanlah kami kekuatan..

Kekuatan utk menghadapi cabaran dan dugaan yg mendatang ini..

Sesungguhnya kami hanya insan yg lemah lagi tidak berdaya..

Engkau permudahkanlah urusan kami..

Tunjukkan kami jalan yg lurus..

Ameen..

Monday, June 1, 2009

Tak dak org yg faham aku..

"Ah..x mau la aku..mak aku x penah nak faham aku..sikit2 nak soh aku dengar cakap dia..dia ingat aku xde perasaan ke?? aku pon nak ada kehidupan aku sediri jgak..asyik nak kena ikut dia jer, kalo yg aku suka xpelah, ni ntah ape2 yg dia nak"..

Saya senyum jer..Bukam senyum perli..Tapi sekadar memberi ruang kepada kawan saya untuk berkongsi rasa hati dia. Biarkan dia luahkan dulu. Kalau menyampuk pon belum tentu dia nak dengar. Jadi sia2 je lah nasihat atau pandangan kita nanti dan keadaan mungkin jadi lebih parah sekiranya kawan kita menyalah ertikan pandangan kita diwaktu tu. Dia tengah "panas" tu. Orang yang tengah 'panas' ni sukar untuk membuat pertimbangan sebab tu lah kadang2 mereka akan melakukan perkara yang tak sepatutnya mereka lakukan.

Saya biarkan kawan saya reda dulu. Biar dia stabil dulu, baru saya bercakap. Saya sekadar mengiakan atau bertanya sahaja. Waktu tu teringat pesanan dari kawan2 saya : "Orang yg tengah panas ni jangan kita siram dengan minyak, kalau tak buruk padahnya". Erm..betul jgak. Memang sangat betul pon. Macam2 boleh jadi, sebab orang tu tengah tak bape stabil. Lagi pon saya tahu bukan senang nak berurusan dengan org yg menganggap he/she is the best among the best ni.

Kawan, meh cni, aku nak bagi tau hang :

Kawan..jangan kita sekali2 memandang rendah pada orang lain. Lebih2 lagi mak ayah kita sendiri. Walaupun mereka tak pernah ke sekolah, tak pernah masuk university tapi tak semestinya kita ni lebih baik dari mereka..


Jangan sesekali kita memperkecilkan org tua kita. Walaupun mereka tidak pernah bersekolah, tinggal pun di kampung tapi tak semestinya kita ni lebih baik dari dia. Kawan ingatlah, satu hari nanti kita pun bakal jadi ayah dan ibu jgak, kita nak ke anak2 kita perkecilkan kita? Kita nak ke anak kita pandang rendah pada kita hanya kerana mereka ada pendidikan yang lebih tinggi dari kita?


Memanglah, kita mungkin selalu berbeza pendapat dan pandangan dengan mereka. Normal la tu. Kawan..patunya kamu lebih mengerti ibu bapamu kerana kamu ni berpendidikan, tapi nampaknya pendidikan yang kamu dapat tak cukup untuk mentarbiah diri kamu sendiri, masakan untuk dijadikan perkongsian dengan teman2 yang lain. Kawan, masakkan kamu tidak sedar, taraf pendidikan dan cara didikanmu berbeza dari mereka. Dan kerana itulah pendapat kamu tak pernah sehaluan dengan mereka.Tapi, cubalah kawan..Cubalah jadi insan yang memahami..


Kawan tidakkah kamu tahu, tiada ibu mahupun ayah yang mahu melihat anaknya derita dan tersiksa. Tiada ibubapa yang mahu melihat anaknya gagal. Dan tiada ibu bapa yang mahu melihat anaknya susah. Mereka cuma mahukan satu, MEREKA HANYA MAHUKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK2NYA..tidakkah engkau sedar semua itu..Jadi kamu tak perlu risau, ada sebab dia mahukan kamu lakukan sesuatu.


Ingatlah, kalu bukan kerana mereka, kita takkan ada kat sini dan mungkin kita juga tak berpeluang dapat apa yang kita dapat sekarang. Jadilah insan yang bersyukur, kenanglah jasa mereka. Dah banyak mereka berkorban untuk kita. walaupun kita tak pernah dapat seperti apa yang kawan2 kita ada, tapi ingatlah, itulah yang terbaik yang mereka mampu berikan.


Janganlah kita membandingkan diri kita dengan org yang lebih baik dari kita,

nescaya kita akan jadi mereka yang tak pernah cukup dgn apa ada


tetapi


bandingkanah diri kita dengan mereka yg lebih susah dari kita

nescaya kita akan lebih besyukurlah dengan segalan nikmat dari NYA.


Ingatlah, redha Allah itu terletak dibawah redha kedua ibu bapa kita.

Moga kita semua tergolong dalam golongan yg mendapat redha Allah =)..