Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Bagaikan air yg mengalir

Cuba kita lihat sungai. Airnya laju mengalir dari hulu ke hilir sungai..Namun dalam merentasi susur aliran untuk kehilir sungai, bermacam-macam yang perlu ditempuh. Bermacam-macam halangan yang terpaksa dilalui. Ada saja yang menghalang dan mengganggu.. Gangguan dari sekecil-kecil batu sehingga sebesar-besar batu, gangguan dari ranting2 pokok, batang pokok, dan bermacam-macam lagi. Namun air tu "tak pernah putus asa". Diredah dan ditemuh semua itu. Mungkin halangan tadi menyebabkan arus air semakin perlahan dan perlahan, namun ia masih berusaha untuk terus mengalir. Ia tak kan penah berputus asa dalam menuju ke hilir sungai. Selepas bersusah menghadapi rintangan2 tu, sudah pastilah arus air tadi akan kembali laju..


Begitulah juga kehidupan bersilaturahim kita. Dalam kita bersiaturahim dengan keluarga, sanak saudara dan muslimin dan muslimat serta persahabatan dengan sahabat2 kita. Hubungan tu takkan selamanya "lancar" tanpa apa2 gangguan. Sangat mustahil bagi kita mengimpikan satu keadaan yg baik2 tanpa sebarang gangguan atau ujian. Hidup kita ni ada 1001 kemungkinan. Sama ada ia adalah sesuatu yg kita boleh jangka atau ia adalah sesuatu yg diuar jangkaan kita.

Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda :
" Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki, belakang-membelakangi dan pulau-memulau. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara (dengan berkasih-sayang dan ziarah-menziarahi). Dan tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan (memulaukan) saudaranya lebih dari 3 hari ". Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dari : Riwayat al-bukhari
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”



"Patutkah manusia menyagka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaa)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikianlah), nyata apa yang diketahui Allah tentang oarang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNYA tentang orang-orang yang berdusta" ; Surah Al-Ankabut, Ayat 2-3

Jadi, kesimpulannya, jangan dikenang benda yg tak baik, hanya ingat benda-benda yg baik sahaja kerana ia bisa merosakkan ikatan silaturahim antara kita. Yang lepas tu biarlah lepas, yg penting kita jaga yg kedepan ni. Manusia mana ada yg sempurna.. Mungkin kekhilafan tu hanyalah satu ujianNYA utk melihat sejauh mana keikhlasan kita dalam bersilaturahim. Jadi jangan sekali2 memeutuskan silaturahim..

P/s : Ya Allah, jangalah Engkau jadikan kami hamba yg mensia2kan apa yg telah Engkau kurniakan pada kami..Tunjukkanlah kami sebaik2 cara untuk bersyukur atas nikmatMU..

Saturday, May 15, 2010

"A new life" ..


Sejak saya pulang dari program selama hampir 10 hari, saya terasa seperti disuntik semangat baru. Sudah agak lama tidak bersemangat begini. Ujian dan dugaan ibarat tarbiah yg sangat bernilai buat diri ini. Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan yg sangat memenatkan, namum banyak benda yg saya dapat, yg saya belajar.


Sungguh saya tak sangka perkenalan yg kurang 2 minggu itu memberi 1001 kenangan dan pengajaran buat diri yg lemah ini. Ukhuwah yg terjalin menyuntik semangat baru, dan alhamdulillah "mematangkan" saya..Terasa sangat bersyukur dengan hidup saya, terasa seperti diri ini "tertidur" dengan nyenyak, dan tertidur dengan lenanya.


Entah kenapa program kali ini betul2 telah mengejutkan saya dari mimpi dan lena yg panjang. Terasa bersalah dan rugi. Kenapa selama ini saya boleh "tertidur"dengan lenanya ??


p/s : Ya Allah aku memohon keampunanMU, sesungguhnya aku telah leka dan lalai dari tanggungjawabku. Bimbinglah daku dalam mengejar redhaMU. Berilah petunjuk ke jalan yang Enkau Redhai. Aminnn..


Monday, October 5, 2009

Allah Maha Mengetahui

Seperti yg dirancang, kami bertolak ke sekolah adik krn hari ini diakan majlis solat hajat dan bacaan Yasin bagi pelajar tingkatan 3. Kami bertolak lebih kurang jam 10 pagi..Masa dlm kereta 2 tiba2 mak teringat pasal baju yg adik pesan semalam..sebenarnya baju tu mak dah siap iron dan digantung dlm bilik mak, tapi terlupa nak bawa masa kuar tadi..Jadi kami terpaksa patah balik utk ambil baju..

Setelah baju tu diambil, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Selangor..Sedang asyik kami bersembang, tiba2 berlaku sesuatu yg kami memang x sangka2, Kami dengar bunyi something yg meletup..tiba2 kami lihat cermin depan keta kami retak...ia terus retak dan retak..saya sangat terkejut..memang x sangka nak jadi cam nie..saya agak panik gak la sebab x penah lagi berdepan dgn situasi cam nie..mak kata lps bunyi tu, mak kalih ke cermin sisi pemandu, then katanya dia lihat lori yg pass by tadi..mungkin cermin keta kami terkena batu dari lori tadi..mak kata sebelum ni pon penah terjadi..kejadian yg sama, cuma tempat dan keta jer berbeza..

mak terus call produa nak tanya sal keta tu..pastu mak call insuran plak..mak try check samaada insuran keta tu cover cermin ke x..then officer kat sana kata takda..then pihak insuran tu dah call towing truk utk kami..so kami tunggulah dgr sabar..Alhamdulillah x lama pas tu towing truk pon sampai dan kami dihantar ke salah satu bengkel di rawang..
--------------------------------------------------------------------------------------------------
sEbenar apa yg saya nak bg tau, sebelum ni saya selalu tengok keta lain yg kena towing..tiap kali tengok tu saya tertanya2 apa perasan tuan keta bila keta diorang kena towing..x tau nape hati ni tertanya2..kalo ikutkan, saya slalu jer nek keta yg dipandu laju..140 - 150 km/j...bg saya biasa jer...xde perasaan gementar..malah saya rasa seronok ada la...(hehe..nakal3)

Tengok betapa Allah Maha Mengetahui..saya x penah pun ckp kat sape2 tentang perasaan (perasaan ingin tau) tu..Tapi Allah tau..then DIA bukan takat bagi jawapan malah bagi saya rasa terus..so lps ni saya xdelah tertanya2 lagi...Alhamdulillah =)...

p/s: Ini hanya perkongsian pengalaman hidup saya ja =)..

Saturday, August 29, 2009

Apa nak jadi...apa nak jadi..

Dah agak lama blog ni menyepi..maaf diatas kekurangan ilmu diri ini utk berkongsi dgn sahabat2 sekalian..Alhamdulillah hari ini saya hanya ingin berkongsi satu pengalaman yg saya sendiri pun tak tersangka akan berlaku..

Malam ni merupakan hari ke-8 puasa..hehe..alhamdulillah masih dikurniakan umur yg panjang dan insyaAllah moga kita semua menggunkannya utk beribadat kepadaNYA.. ALhamdulillah, selepas berbuka, seperti kebiasaannya kami akan solat maghrib secara berjemaah. Then after solat, semua mengisi masa masing2 dgn aktiviti yg berfaedah (baca al-Quran, baca buku2 agama n macam2 lg)..
Saya dgn kawan ni dah janji dgn kawan kat bilik sebelah utk berterawih kat blok sahaja memandangkan masjid agak jauh dari sini..

Mendengar azan isyak, kami terus bergegas ke tempat yg telah ditetapkan bagi mereka yg mahu solat terawih di blok..Sesampainya disana, kami terus masuk dan memenuhkan saf..Alhamdulillah, kami dapat solat isyak secara berjemaah..After solat isyak..makmum pompuan pelik kenapa solat terawih belum mula lagi..ada sorang muslimah tu mengintai muslimin melalui tabir putih dihadapan kami..Then kata kakak tu, mereka sedang bermesyuarat (diorang wat bulatan)..Lama jgak kami tunggu..Pelik pun ada gak..Setahu saya, selepas solat isyak, imam akan bagi ruang bagi mereka yg mahu solat sunat, then lepas tu terus terawih..Tapi kenapa bdk2 laki ni siap wat mesyuarat lagi..

Lepas tu ada la sorang wakil budak laki cakap: "Maaf ya, solat terawih malam ni dibatalkan"...hah..apa nie???sume muslimah terkejut..apa ni??x faham...apa dah jadi???nape tiba2 dibatalkan???sedangkn tadi solat isyak OK jer...erm...macam2 la reaksi dari pihak muslimah ni...Semua macam x percaya..Tapi terpaksa percaya sebab memang tu dah keputusan dari pihak bdk laki tadi..Saya dapat lihat muka2 kecewa para muslimah yg memang turun ke tempat tu utk sama2 berjemaah buat solat terawih..Para muslimat plak menjawab : "Tak de yg sanggup jadi imam, kami x sanggup nak tanggung, takkan nak paksa plak kan org jadi imam"...wah bahagianya jawapan kaum muslimin ni..

So terpaksa la kami balik dgn perasaan yg kecewa...Sedih rasanya bila kita x mampu nak tolong org yg nak buat baik...

Saya doakan semoga pengalaman yg saya lalui hari ni x perlu dihadapi oleh sahabat2 sekalian...

Thursday, February 26, 2009

Bersyukurlah..

Sebenarnya diri ini terasa tersangat insaf melihat keadaan dan susana disini. Hanya Allah yg tahu betapa berbezanya persekitaran antara dua negara ini. Pertama kali melihat sendiri keadaan disini, diri ini dilanda kesedihan. Seharusnya kita semua bersyukur degan apa yang kita ada.

Melihat persekiran di ibu Kota Jakarta, saya kira tidak banyak bezanya dengan Malaysia, cuma mungkin kepadatan penduduknya yg tinggi menyebabkan bandaraya ini kelihatan lebih sibuk dari bandaraya di Malaysia. Walaupun dalam kesibukan jalan raya, namun mata ini sempat menangkap, bayang-bayang manusia yg cukup berani dan terpaksa memberanikan diri untuk mencari rezeki demi sesuap nasi. Saya kira mereka ini, sangat berani kerana sanggup menggadaikan "nyawa' mereka demi mencari rezeki. Mana tidaknya, mereka menjaja barangan @ makanan kepada pengguna jalan raya yang sedang sibuk mengejar masa untuk balik atau menuju ke destinasinya. Mereka ini terdiri dari kanak-kanak, remaja dan ada yang dah diperingkat dewasa. Ada juga sesetengah kanak-kanak yang cuba menghiburkan pengguna jalan raya tersebut.

Boleh dikatakan, sumber pendapatan yang utama disini adalah melalui perniagaan. hal ini kerana saya dapat melihat kedai-kedai dan gerai-gerai kecil disepanjang jalan. Ada juga sesetengah pihak yang menjaja makanan mereka. Sebenarnya hati ini cukup sayu melihat kesusahan mereka, walaupun diri ini dilanda kesusahan, namun saya rasa tidak pernah lagi diri ini terpaksa menjaja dan melakukan kerja-kerja yang berbahaya sebegitu. Tambahan pula, pendapatan yang diperolehi oleh mereka tidaklah seberapa. saya merasa kagum dengan kesungguhan mereka.

Disini kita dapat melihat peminta-peminta sedekah dimana-mana. Teringat pengalaman pertama kali sampai disini, saya ditemani Ibu (Malasia panggil Cik @ Puan = sesorang yang berpangkat) Laily,dan kami menuju ke satu kedai makan. Semasa sedang makan tiba-tiba datang sekumpulan remaja lengkap dengan alat muzik meraka (band). Mereka akan mendendangkan lagu bagi menghiburkan pengunjung-pengunjung kedai tersebut. Disaat itu, saya lihat tidak rami yang menghulurkan wang bagi "membayar" hiburan tadi, termasuklah diri ini. Bukan tidak mahu mmeberi, tetapi tiada wang yang sepatutnya, diwaktu itu saya hanya mempunyai note Rp 100 000.. Menurut Ibu Laily, kebiasaannya, mereka hanya akan memberikan Rp 500, Rp 200 @ Rp 100, ini semua nilai syiling yang ada disini. Sekiranya kita ingin membandingkan dengan nilai wang di Malaysia, nilainya amatlah kecil. Rp 500 = Rm 0.15625, Rp 200 = RM 0.0625 dan Rp 100 = Rm 0.03125..

Betapa susahnya kehidupan disini, betapa merananya mereka demi mencari sesuap rezeki. Bersyukurlah..Bersyukurlah kerana anda semua tidak perlu melalui kehidupan yang perit seperti mereka. Bersyukurlah dengan apa yang anda ada. Hargailah ia sebelum ia ditarik olehNYa..Jadilah insan yang bersyukur..
---------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya pertama kali mendapat tahu yang diri ini terpaksa mengubah destinasi utk belajar kesini, diri ini rasa sangat sedih. Rupa-rupa ada rencana yang lebih hebat yang telah diatur olehNya untuk diri yang hina ini.
Alhamdulillah ya Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk mengenal negara ini. banyak benda yang saya dapat belajar disini. Berada disini membuatkan saya belajar menjadi seorang yg bersyukur (teringat pesan seorang sahabat: "Belajar jadi orang yang bersyukur" ). Betapa susahnya mereka terpaksa lalui demi mendapatkan sesuap nasi..Syukur ya Allah..Alhamdulillah x10..