Showing posts with label pesanan. Show all posts
Showing posts with label pesanan. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Nikmat yang tidak terhingga.



Alhamdulillah, mari mulakan hari kita dengan ucapan syukur padanya ^_^..bukan susah pun..cuma satu patah perkataan yang sangat senang diucapakan..namun sangat sukar dilafazkan..Kenapa ek? Tepuk dada, tanya iman kita..Hanya kita yang tahu apa jua alasannya..

Alhamdulillah, sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang Dia telah kurniakan pada kita. Sama ada kita sedar atau tidak, kita sedang menikmati banyak sangat nikmat dari-Nya. Dan jika kita mampu menghitung segala nikmat-nikmat tersebut, kita pasti akan merasa malu kepada-Nya..Dengan segala nikmat yang telah dan sedang Dia berikan pada kita, kita masih sanggup untuk melupakan-Nya. Malah bukan itu sahaja, kita juga tanpa segan silu telah melanggar segala larangan-Nya. Astagfirullah..

Sesungguhnya kita takkan mungkin mampu mengira segala nikmat yg telah dikurniakan dari sebelum kita dilahirkan sehinggalah ke hari ini..Mugkin juga banyak nikmat-nikmat yang sedang kita nikmati kita abaikan. Kita seakan-akan tidak sedar yang ia adalah satu nikat..

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita sihat dan esok pula kita sakit..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa kesihatan adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita lapang dan esok pula kita sibuk..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa kelapangan adalah satu nikmat yang tidak terhingga.


Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita mepunyai anggota badan yang lengkap dan esok pula kita kehilangannya..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa anggota badan kita adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita mampu melihat dan esok pula kita sudah tidak mampu melihat..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa penglihatan adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita dapat mendengar dan esok pula kita sudah tidak mampu mendengar..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa pendengaran adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita masih mempunyai makanan dan esok pula kita sudah ketiadaan makanan..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa makanan adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Pernahkah kita terfikir jika hari ini kita sihat dan esok pula kita sakit..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa kesihatan adalah satu nikmat yang tidak terhingga.
Dan pernahkah kita terfikir jika hari ini kita diberi peluang untuk bernafas dan esok pula kita sudah tidak mampu menikmati ia..Ianya sudah ditarik balik dari Pemberinya..Kita sudah tidak berpeluang untuk bernafas (berhidup) dan melihat dunia ini lagi..Kita judah dah tak mampu untuk merasai semua nikmat-nikmat yang lain juga..Mungkin diwaktu itu barulah kita menyedari bahawa bernafas (berhidup) adalah satu-satunya nikmat yang tidak mungkin dapat ditukar ganti.

Jadi sahabat-sahabat yang saya kasihi dan sayangi kerana Allah, juga untuk diri saya sendiri, marilah kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur. Dan menggunakan segala nikmat yang diberikan kejalan yang diredhai.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilanganya” ~ Syrah Al-Baqarah, Ayat 34

P/s : Ya Allah sesungguhnya nikmat dan kurnia-Mu lebih luas dari amalan kami, maka Engkau ampunkanlah segala kesalahan dan kesilapan kami. Jadikanlah kami hamba-hambanya yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat-Mu. Dan jadikanlah kami dapat menggunakan segala nikmat-nikmat tersebut dijalan yang Engkau redhai dan sukai. Aminn..


P/s : Jangan kita lokek untuk menyebut Alhamdulillah kerana setiap kali kita mengucapkan Alhamdulillah, para malaikat tidak tahu berapa banyak pahala yang hendak dituliskan kepada kita. Betapa besarnya ganjaran yang Allah janjikan hanya untuk satu perkataan yang sangat senang diucapkan..Jom sama-sama perbanyakkan ucapan “Alhamdulillah” sahabar-sahabat.

P/s : Alhamdulillah..Alhamdulillah..Walaupun dalam keadaan yang kurang sihat ni, Allah masih memberi peluang dan “mebantu” saya menyiapakan tugasan yang perlu diselesaikan hari ni..Alhamdulillah..

Thursday, October 15, 2009

Asam garam kehidupan

Kehidupan adalah perjalanan memilih pelbagai pilihan. Justeru, kebolehan membuat keputusan adalah suatu yang penting demi memastikan kehidupan berada pada landasan yang betul. Keputusan yang tepat memberikan kepuasan kepada diri sendiri dan pihak yang lain turut terlibat. Namun begitu, adakalanya berlaku juga kesilapan dalam membuat keputusan. Hal inilah yang membimbangkan kita.

Ramai antara kita yang takut dalam membuat keputusan kerana takut tersilap. Ada yang tidak dapat menerima kesilapan sehingga tidak dapat bertindak dan sanggup membunuh diri. Yang penting berani mencuba dan berani menerima kegagalan. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan kerana jangkauan akal kita adalah terhad.

Kesilapan harus diterima sebagai panduan kehidupan. Terimalah kesilapan secara positif dan hati terbuka demi keharmonian dalam kehidupan. Resam Melayu mengatakan kehidupan dilalui dengan 'asam garam', iaitu adakalanya masam dan masin yang menggambarkan bahawa kehidupan ini dilalui dengan pelbagai pengalaman yang akhirnya menjadikan kehidupan semakin lengkap.

Wednesday, April 22, 2009

tension study??

Salam sahabat-sahabatku….Alhamdulillah kerana ALLAH sayangkan kita…kita dapat lihat suria, pokok, rasa angin, bunyi burung, kampus yang aman..How are you (iman, health & study)?...adakalanya masa kita study, fikiran kita melayang, hilang focus..rugi masa dan tenaga…jadi kita kena tau bila masa yang kita paling fresh & bila kita paling weak… Masa fresh gunakan untuk subjek yang berat…untuk masa yang weak,pergi la basuh baju, exercise la sikit, hilang ngantuk =)…Rancang jadual belajar supaya xde yang tertinggal…orang yang x merancang bermakna sedang merancang unutk gagal…percayalah….sometimes kita rasa geram…dah baca banyak kali pun x faham2, xleh nak hafal2..check hati kita…mungkin dosa2 kita menggelapkan hati kita menyebabkan ilmu x dapat masuk..ilmu itu cahaya…cahaya dengan kegelapan xleh share bersama..1 masuk, 1 kuar..sabar sikit je..hindari mata,telinga, mulut , hati & sekeliling kita dari dosa maksiat..Harap2 lepas habis exam, sahabat2 dapat teruskan usaha ini..Amin…lepas solat berdoa..luar solat pun doa…nak study pun doa…lastly minta maaf pada ayah dan kawan2 kita…lagi rapat lagi kena minta maaf =)

p/s: pesanan dr seorang sahabat baik saya..sebenarnya sy dpt msg ni ms final exam sem lps..da 1 sem da..mmg da xde kat hp tp sy sengaja type n simpan kat laptop..thanks lillah =)..moga ia blh dijadikan p'kongsian b'sm..

Tuesday, February 17, 2009

sabarlah sahabat..insyaAllah kami sentiasa disisi

Masa entah pukul berapa pagi, saya bangun untuk solat subuh (sebenarnya terjaga sebab kawan saya dah on lampu..hehe..terima kasih sahabat..), masa tu sahabat saya telah menyampaikan satu berita yang agak memeranjatkan saya..Ya Allah, bila saya dah dapat tahu cerita tu,hati saya rasa terusik. Saya rasa sangat-sangat sakit hati. Rasa bengang dan macam-macam lagi. Saya luahkan rasa tak puas hati saya pada sahabat tu. Tapi cepat-cepat sahabat saya tarbiahkan saya. Dia kata tu semua ujian dariNya, ada hikmahnya tu. Masa tu saya dikuasai rasa marah, jadi saya terbawa-bawa dengan perasaan marah tu. (Ya Allah nasib baik masa tu, kawan saya ada, kalau tak, mesti saya fikir yang bukan-bukan..Alhamdulillah kerana dikurnia sahabat yang baik macam..).Lepas tu, saya telah berjanji pada diri, saya tak boleh marah-marah, betul ada hikmahnya tu. Allah tu Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

Hari tu saya rasa tak tenang, asyik teringat tentang berita tu. Masih teringat lagi apa yang dibualkan dengan sahabat saya tu (lebih kurang cam ni lah, tapi banyak yang da lupa):

sahabat: sahabat kita....
saya: Ya Allah nape boleh jadi cam ni. Bukan ke semuanya ok jer..
Sahabat: erm..sebenarnya dah lama saya rasa benda ni akan berlaku, cuma tunggu masa jer..
Saya: tapi semuanya nampak macam ok jer. Tak sangka plak nak jadi cam tu. Tak patut betul budak tu. ish..geram betul orang..
sahabat: takpe2..ada hikmahnya tu..
saya: tapi kesian la kat sahabat kita tu. tak pasal-pasal jadi macam tu.
sahabat: sebenarnya kita patut bersyukur, sebenarnya sahabat kita bukan mangsa, cuma Allah nak tolong sahabat kita tu. Lagipun memang sahabat kita layak dapat lebih dari tu. Allah tu adil.
saya: erm...

Sebenarnya hati saya masih rasa bengang, tapi selepas dipertimbangkan balik, betul gak apa yang sahabat saya cakap. Memang betul pun. Sebagai seorang sahabat, kami akan cuba untuk memberikan semangat dan mengembirakan sahabat kami selagi yang termampu, disamping berdoa padaNYa..Hanya DIa yang punyai segalanya..Semoga sahabatku diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujian ini.

p/s : Jangan sedih-sedih sahabat. Sahabatmu masih ramai. InsyaAllah kami akan bantu yang mana termampu. Kalau rasa sedih atau tertekan, jangan simpan sorang-sorang, bahaya..takut migrain plak, kongsi-kongsilah. Mana tahu kami dapat membantu.Yang hilang hanya sorang, tapi yang berganti insyaAllah makin ramai.Kalau tak ramai pun, insyaAllah Allah gantikan dengan yang lagi baik. Sabar banyak-banyak.