Sunday, October 4, 2009

Berkasih sayang

Tak tau nape tiba2 terpanggil utk menulis pasal tajuk nie. Alhamdulillah setelah satu hari perjalanan yg agak memenatkan..Saya sampai ke destinasi yg dituju. Tepat jam 5.30 ptg bas sampai di terminal bas Hentian Putra. Sesampai sahaja disana saya dgn segera mengangkut 2 beg kecil utk ke surau. Setelah menghantar sms kpd mak cik (lebih kurang cam mak sendiri dah => ) hp saya tiba2 padam..erm..rupa-rupanya dah kehabisan bateri..Macam mana ni? Macam mana nak contact dgn mak cik lepas nie?? Erm..charger xde la plak. Jadi saya duduk jer dlm surau tu, menanti dgn pasrah. Kebiasaannya mak cik akan park kereta disebelah surau, jadi sambil2 menunggu mak cik sampai, saya mengintai melalui tingkap surau. Setelah agak lama didlm surau tu, mak cik pun muncul. Sambil bersalaman mak cik memberitahu saya bahawa dia cuba kol beberapa kali, tapi x dapat2..then dia ke toilet..lama lepas tu baru dia ke surau..seb baik mak cik ke surau, kalo x memang x balik lah saya agaknya..


Dlm perjalanan balik ke Rawang, umah dimana saya “menumpang kasih dan sayang”, dan merangkap office bagi saya, kami singgah di pasar (x sure pasar tani or pasar malam). Kami ada membeli beberapa juadah utk makan malam nanti. Setelah selesai m’bersihkn diri, kami makan malam. Bagi saya makan mlm ni agak lama gak la..sambil makan kami discuss pasal keje ckit, sambil2 tu mak cik ada baca 1 buku. Buku yg agak menarik. Sambil membaca tu mak cik ada buat ulasan pasal buku tu.


Saya Cuma nak konsi kisah dibawah :


Pada zaman nabi, ada sorang perempuan muda yg mengendong seorg lelaki tua..Tba2 terjumpa dgn sahabat2 Nabi. Lalu mereka b’tanya, “wahai wanita, kenapa kamu mengendong lelaki tua itu?” . Maka jawab si perempuan tadi, “Ketahuilah bahawa lelaki tua ini adalah bapaku dan dia mahu bermain2 dgn ku”. Para sahabat sangat terkejut. Maka para katanya, “lihatlah, inilah contoh anak yg baik” . Tetapi perempuan muda tadi menyampuk dan memberitahu , “Tidak. Sesungguhnya aku bukan anak yg baik krn aku selalu tertanya2 bilakah ayahku akan mati”


MOralnya : tengoklah kasih sayang antara anak dan ayah ni and it could be love among daughter and mom. Betapa ayah dan ibu kita kasih dan sayangnya pada kita. Semasa kita kecil dulu, dia slalu mendoakan supaya kita dipanjangkan umur, tapi sebaliknya berlaku bila kita yg menjaga mereka. Kita jadi sangat sensitif. Cepat marah, mudah terasa hati, kita mudah rasa penat. Sesungguhnya sedarlah wahai umat manusia. Itu tanggungjawab kita. Kita kena laksanakan. Melainkan kita x takut di hari pembalasan nanti.


Dulu waktu kita masih kecil, semua kehendak kita mak ayah turuti tanpa rasa jemu.

Semua masa kita dipenuhi gelak ketawa kerana mereka cuba menceriakan hari2 kita. Semua kemahuan kita mereka tunaikan tanpa mengira penat dan lelah, walau sesukar mana pun, tapi demi insan yg bernama anak, mereka sanggup lakukan.


Tapi malangnya bila mereka sudah tua dan tak berdaya, anak2 yg dibesarkan dan ditatang bagai minyak yg penuh ni mula menunjukkan belang. Ibu dan ayah sudah tidak dihiraukan. Kalau ada yg masih kasih dan sayang pada ibu dan ayah mereka, mereka pasti sanggup lakukan apa yg telah ibu dan ayah mereka lakukan pada mereka. Malah mungkin lebih dari tu. Berkasih sayanglah. Dari kasih timbul sayang. Dari sayang berputik simpati. Dari simpati berbunga pengorbanan. Dari pengorbanan berbuah kesetiaan. Kasih dan sayang pada org tua, pengorbanan pada mereka, kesetian yg tak berbelah bagi, insyaAllah takkan sia2.


Jika sekiranya kita rasa berat sangat nak berbakti pada org tua kita, cuba la ingat kembali, kenang kembali jasa2 mereka pada kita. Terbayar tak segala pengorbanan mereka selama ni?? Kalo belum, paham2 la..takkan la kita nak jadi org yg berhutang. Hutang yg memang takkan selesai.


Cuba korang bayangkan. Bape lama mak ayah korang berkhidmat utk korang??? Apa yg diorang dapat?? Gaji??? Tak mungkin.. cuba congak kembali, bape thn plak yg korang berkhidmat utk mereka? Sama ka apa yg korang wat dgn apa yg mereka dah buat pada korang?? Fikir2kanlah…


Ingatlah walau seburuk mana pun layanan mereka pada kita, tapi mereka masih ada hak keatas kita. Hak sebagai ibu dan ayah. Mereka boleh menuntut hak tersebut. Hak tadi menjadi tanggungjawab yg kita terpaksa pikul, walaupun kita nak atau sebaliknya, tapi hak tu masih dan akan ada selagi kita ada hubungan dengan insan yg bergelar ibu dan ayah.


Semoga dpt menjadi peringatan buat diriku yg “pelupa” ini dan kutujukan buat sahabat2 sekalian.


p/s : artikel 3 hr lps..huhu..alhamdulillah br dpt siapkan..

2 comments:

lillah أم هريرة said...

baru balik dari guar lobak ni...

spt biasa, disambut dgn penuh sepenuh2 hati...

ibu ayah.. syg sgt2 kat diorang...

rindu kat umah...

salu tringat kat mek.. apa khabar d sana..

lillah dapat smangat baru..

ibu ayah kirim salam.. mereka tanya di mana ramlah.. (diorang panggil ramlah)

"romlah... nama dia romlah.."lillah mention.. hehe

ppm punya schedule padat gila.. cikmot ada dalam 3 bulan lg utk all out dgn ppm.. harap dpt bg pd mreka yg tbaik.. syg sgt2 kat diorg...

;) i cant wait utk unite dgn kurin & mak.. utk sama2 bg full swing in our biz...

all i need is time.. hope u'll wait 4 me.. ;)

insan_kerdil said...

alhamdulillah =)...
org dapat bayangkan cm mn =)..
ibu ayah pa khbr?
rindu la kat meka..
windu sama masakan ibu n ayah..especially mee goreng yg ibu buta...cedappppp =P..

sabar ek..10hb nie kan cikmot da nak blk...x sbr nak tunggu..kta pun da lama x jumpakan?? windu sama cikmot =P...

alhamdulillah, baru ja cakap ngan mek..mek kem salam =)..alhamdulillah semua sht2...

waalaikumusalam =)..ingat lagi diorang kat org =)..terharu org..syg kat ibu n ayah jgak =).. org nak jadi anak yg baik...aminnnnn =)..

dun't worry sis =)...we always wait 4 u...n we did understand bout ur situation...jgn riso sgt..skang ni cikmot tumpu kat ppm dulu..cikmot pom da x lama ngan diorang..cikmot hargailah kesempatan yg masih Allah bagi nie..org doakan yg t'baik buat cikmot n adik2 ppm gak =)..