Sunday, October 4, 2009

Nikmatnya Syurga

Dulu masa kecik2 kalau nak buat jahat, mak ngan ayah selalu cakap cam ni :
"Buatlah kalau berani. Nanti nak masuk neraka?"

Tujuannya cuma nak takutkan anak2 dia. Nak ajar anak dia yg benda tu x elok dan berdosa. Anak2 plak bila dengar pasal neraka ni, rasa gerun sikit. Almaklumlah, kat sekolah ustaz/ustazah selalu ingatkan kita pasal syurga dan neraka.

Pastu bila nak buat benda yg baik plak , mak ayah mesti cakap :
"haaa..cam tu la baru betul. Kalau buat cam tu nanti dapat pahala, dapat masuk syurga".

wah, kalau dengar cam tu, semangat ja nak buat..pastu mesti rasa cam "ketagih" nak buat lagi..sebab time tu hati masih suci, senang ja nak faham bila org cakap..dulu seronok sangat bila org cakap pasal syurga..excited jer..

Sahabat2, dulu dan skang lain sangat, tapi syurga dan neraka Allah tetap sama..tak kira, dulu, sekarang even masa depan pun, benda tu tetap sama. Sama dari segi nikmat dan azabnya..Cuma sekarang ni kita tak nampak dan tak leh rasa jer..

Ada satu hadith : Dari Sahal bin Saad r.a dari Rasulullah s.a.w sabdanya:”Di dalam syurga terdapat sebatang pokok yang naungannya tidak terlewat (tidak terlepas dilalui di bawahnya) oleh seorang pengendara selama seratus tahun.” (Muslim)

Huraian:

Allah berfirman yang maksudnya:"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa" (ali-Imraan:133)

Sememangnya syurga itu sungguh luas dan setiap manusia menginginkan syurga di akhirat. Syurga, di dalam al-Quran, disebut Jannah. Penghuninya adalah orang-orang yang bertaqwa . Maka alangkah bahagianya sekiranya kita dapat membimbing diri kita, anak-anak dan isteri kepada cara hidup yang diredhai Allah sehinggakan semuanya terselamat daripada api neraka. Bahkan sebuah keluarga yang bertakwa itu bukan sahaja akan bersama-sama mengecap kebahagiaan di dunia tetapi di akhirat juga mereka akan berkumpul lagi untuk kehidupan yang selama-lamanya.

Firman Allah S.W.T yang maksudnya:”...syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.” (ar’Ra’d: 23)

ya Allah, betapa nikmatnya jika kita dapat mengecapi kehidupan di syurga yg kekal abadi ini.
Kehidupan yg membahagiakan lagi menyenangkan.
Kehidupan yg diidam2kan oleh semua muslimin dan muslimat.

Ya Allah, jadikanlah kami golongan yg soleh dan solehah,
supaya kami dapat merasai nikmat syurgaMu.
Ya Allah kurniakanlah kami syurga tertinggiMu,
sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Penyayang.Amin =)

No comments: