Thursday, October 29, 2009

Sesungguhnya kita harus bersyukur :)..

1. Untuk suami / isteri yg tidur berdengkur di waktu malam , kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.



2. Untuk anak / adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.



3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.



4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat , kerana itu bermakna kita cukup makan .



5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.



6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar .



7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci / digosok kerana itu bermakna kita ada
pakaian untuk dipakai.



8. Untuk keletihan / kesakitan otot selepas seharian bekerja , kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.



9. Untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.



10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih
hidup untuk meneruskan hari tersebut...



AND FINALLY ........ for reading this personal and meaningful post because it means you have friends who are thinking of you.

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"


Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah,
Sedarkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
Iringlah lenaku dgn kalungan doa..
Berjanjilah sahabatku,
Ukhwah kita utk selamanya..

3 comments:

lillah أم هريرة said...

alhamdulillah...........

(-,^)v

rasa2 mcm nk curik jugak yg ni.. mcm aritu...

tp rasa mcm nk blaja.. dah puas lagha pg td..

p/s : td search tenet jupa byk gamba2 yg bg byk idea.. hehe..

exammm

insan_kerdil said...

hehe...

nak curik???
x baik curik2 nie...

amik jer =)...

hehe...

blaja2...exam da dekat nie...

ek...gambo apakah?????

p/s : all d best ya..moga x t'goda ngan tenet 2..huhu

farhana said...

bersyukur.. aku bersyukur... syukur ya Allah di atas segala2nya.. diatas segala ujian, nikmat, kesakitan, kesedihan, kebahagiaan dan segala2 nya yang telah Kau berikan kepada ku.. =)Alhamdulillah..