Thursday, February 26, 2009

DUTA??? YA..Aku seorang duta...

Fahamkah kita bila kita menyebut perkataan duta. Apa maksud duta? Apa tugas duta? Apa fungsi duta ? Erm..Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku tiba-tiba menulis artikel tentang duta ? Apa yang aku cuba sampaikan atau kongsikan ?

Tahukah kita, apa itu duta ? perasankah kita, apabila kita menyebut duta, kita akan mengaitkan duta dengan sesutu produk. Produk yang mungkin kita nampak dengan mata kasar atau produk yang tidak nampak dek mata kasar. Erm..Sebanarnya kita adalah duta. Semua orang adalah duta. Duta kepada banyak ‘produk’ yang mungkin kita sendiri tidak sedar tentang ‘kedutaan’ kita tentang ‘produk’ tersebut (maaf menggunakan bahasa yg mungkin salah dari segi bahasa).

Aku akan mulakan dalam kontek keluarga. Didalam keluarga, anda mungkin merupakan seorang kakak atau abang atau mungkin jua adik. Anda merupakan duta kepada produk-produk ini. Sekiranya anda seorang kakak, anda sebenarnya merupakan duta bagi ‘kakak”. Anda akan mewakili seluruh kakak-kakak diluar sana. Sekiranya adik anda melihat kelakuan dan mungkin sifat anda, mereka akan mengaitkan sifat dan kelakuan tersebuat dengan semua insan bergelar kakak didunia ini.

Untuk menjadi seorang duta, anda harus memenuhi beberapa cirri-ciri yang melambangkan produk tersebut. Bagi seorang kakak atau untuk bergelar kakak, anda harus memenuhi cirri-ciri seperti berikut:

1. anda haruslah seorang perempuan

2. anda seharusnya mempunyai adik

Jadi sekiranya anda tidak dapat memenuhi 2 ciri-ciri utama tersebut, anda tidak layak untuk bergelar kakak.

Kita semua tahu bahawa seorang kakak merupakan seorang yang berjantina perempuan, disini terdapat beberapa cirri-ciri lain yang kita boleh kaitkan dengan produk ‘kakak’. Kakak berkemungkinan seorang yang lemah-lembut, berjiwa sentimental, pandai memasak, pandai mengemas dll. Ini merupakan nilai-nilai tambah (added value) yang mungkin ada bagi duta produk kakak.

Adik-adik anda mungkin akan mengkategorikan anda (duta kakak) dengan semua cirri-ciri tersebut. Dan sekiranya anda gagal untuk memenuhi cirri-ciri tersebut, adik-adik anda mungkin akan kehilangan keprcayaan kepada anda, atau mungkin lebih teruk lagi, mereka akan menyalah ertikan anda. Mahukah anda semua ini berlaku?? Adakah anda sanggup sekiranya adik anda salah faham dengan anda? Tentunya anda tidak mahu semua ini berlaku. Ini hanya dalam kontek kecil.

Cuba anda teliti dalam kontek yang lebih besar. Kontek bermasyarakat. Anda tadi yang merupakan seorang kakak dalam konteks keluarga, akan memainkan peranan sebagai duta produk keluarga dalam kontek masyarakat. Didalam kontek masyarakat, anda akan mewakilkan keluarga anda dalam semua hal. Sedarkah kita, didalam kontek masyarakat, orang @ masyarakat sekeliling kita akan mengaitkan anda dengan keluarga anda. Dalam erti kata lain, anda sebenarnya menjadi duta bagi keluarga anda dalam masyarakat tersebut. Jadi, sekiranya anda membawa imej yang buruk, maka secara tidak langsung masyarakat sekeliling anda akan mengaitkan imej buruk tersebut dengan produk keluarga anda. Mahukah anda menjadi duta kepada sesuatu produk yang tidak elok??

Yang paling utama adalah dalam kontek agama. Sekarang anda merupakan duta kepada produk “Islam’. Anda akan mewakili seluruh umat Islam yang lain. Semua insan yang beragama selain dari agama Islam akan melihat anda sebagai duta bagi produk “Islam”. Mereka akan menilai cara, perwatakan, ciri-ciri dan apa yang anda lakukan, seterusnya semua yang tersebut akan dikaitkan dengan produk Islam. Mahukah anda duta produk agama yang lain menandingi produk anda??Adakah anda mahu mereka melihat produk anda sebagai satu produk yang ‘buruk’?Tentunya anda tidak mahu. Siapa yang mahu menjadi duta kepada sesutau yang tidak elok.

Sebenarnya menjadi duta amat besar tanggungjawabnya. Tanggungjawab yang memuntut kesabaran dan pengorbanan dari duta-duta tersebut. Namun kita tahu, semua duta akan dibayar ‘gaji’. Ingatlah duhai sahabat-sahabat dan peringatan unutk diriku jua, ‘gaji’ yang anda terima dari menjadi duta ‘Islam” adalah lebih besar dan tidak ternilai dek segala isi yang ada didunia. ‘Gaji’ yang bakal kita terima adalah kekal dan tidak dapat diperoleh didunia yang sementara ini. ‘Gaji’ dan ‘upah’ yang kita dapat dari menjadi duta Islam adalah dalam bentuk pahala.

Aku tahu, semua orang berlumba-lumba untuk menjadi kaya. Even aku sendiri pun sangat berhasrat untuk menjadi ‘kaya’. Aku teringin menjadi insan atau manusia yang paling ‘kaya’. Namun untuk menjadi kaya, kita harus ‘bekerja’. Sedarkah insan-insan yang sememangnya dilahirkan dengan agama Islam, anda sebenarnya sangat bertuah kerana anda sebenarnya manusia yang terpilih untuk menjadi duta Islam. Anda tidak seperti saudara atau saudari muallaf yang lain, yang terpaksa melalui bebrapa procedure untuk betul-betul layak bergelar duta Islam. Jadi sekiranya betullah kita ini mengejar kekayaan, mengapa kita harus mensia-siakan peluang yang telah diberikan oleh ‘majikan’ (ALLAH) kita?? Sememangnya kita sudah tahu, ‘gaji’ yang bakal kita terima ini adalah sangat lumayan. Tiada majikan-majikan lain yang mampu memebrikan ‘gaji’ yang selumayan ini. Jadi, pandai-pandailah anda nilai nilai?? Tepuk dada, Tanya minda??Which one is the best one??

Kesimpulannya, menjadi seorang insan adalah tidak mudah. Tambahan pula,bagi seseorang individu, mereka akan menjadi duta kepada banyak produk. Contoh yang saya berikan tadi, bermula dari duta kakak, seterusnya duta keluarga, duta agama (Islam), seterusnya duta bangsa, duta warganegara dll.

Ingatlah…Anda adalah seorang duta. Duta yang yang akan mewakillkan produk yang paling utama (Islam). Macam mana anda bawa produk tersebut, begitulah produk tersebut dimata orang lain. Anda bertanggungjawab keatas imej yang anda bawa. Sekiranya anda memilih untuk membawa imej yang buruk, maka buruklah imej produk tersebut dimata pesaing anda. Walaupun sebenarnya produk tersebut tersangat baik lagi bernilai.

Pilihan terletak ditangan anda..

solat oh solat..

"Bacalah kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan : Surah Al-Ankabut, ayat 45

Selalu saja kita mendengar tafsir ayat ni. Sampaikan boleh hafalnya, cuma mungkin terlupa dari surah mana dan ayat yang keberapa. Kalau setakat tafsir ayat tu, orang cakap yang depan tu pun, kita sudah boleh teka apa yang ingin disampaikan kepada kita. Tapi kalau setakat ingat saja buat apa kalau tidak amal. Ibarat ilmu tanpa amal, tak ke sia-sia macam tu, lebih baik kalau kita tak tahu plak. Tapi kalau sudah tahu kita tak tahu dan tak pulak ambil inisiatif untuk belajar, bodohlah plak. Erm..macam-macam. Tapi betul lah, kita kan digalakkan untuk belajar, hatta ada pepatah mengatakan “belajarlah kamu sehingga kamu diusung ke liang lahad”. Tengok betapa pentingnya ilmu. Kita ni disuruh belajar sehingga ke akhir hayat kita. Belajar ni kan fardu ain. Tapi kalau setakat belajar dan tahu, tapi tak beramal, buat apa. Kan ke sia-sia, buang masa saja kita usaha untuk belajar kalau tak nak praktikkan.

Cakap pasal sembahyang ni pun satu lagi. Sah-sah memang semua dah tahu, cuma ada yang sudah arif atau yang kurang arif jer pasal sembahyang ni. Aku pasti sangat ramai jer yang arif pasal sembahyang ni. Erm..Cuma kadang-kadang kita susah sikit nak cari kekhusyukan dalam solat..Tak payah cakap korang, aku pun sama gak. Kadang-kadang kita dah cuba sebaik mungkin untuk lupakan perkara-perkara duniawi ni. Tapi biasalah, makin kita nak lupakan benda tu, makin la kuat bisiskan tu. Maklumlah, iman tak berapa kuat lagi. Tapi insyaAllah kita sama-sama tingkatkannya..

Erm..kalau berdasarkan ayat kat atas 2, maknanya kalau kita ni jenis sembahyang, secara tak langsung kita akan terhindar dari melakukan perkara maksiat. Tapi mesti kita akan tertanya-tanya, ramai jer yg jenis sembahyang, tapi masih lagi buat dosa dan maksiat. Pelik kan ?? Erm..xkan la apa yg Allah bagi tau 2 x betul kot. Sebenarnya bukan apa yg dijanjikan tak betul tapi ada faktor-faktor lain yang menyebabkan ia perlaksanaannya tak sempurna sekaligus menyebabkan keputusan yg diperoleh pon tak sama dari jangkaan awal... Nak tau kenapa ??

Erm..sebelum aku explain dengan panjang, aku nak tanya korang semua, kalo korang ada bela seekor kucing. Korang tatang kucing tu, macam menatang minyak yang penuh. Segala-galanya korang buat untuk kucing tu. Kiranya semua yang baik-baik lah. Pas tu mestilah korang mengharapkan sesuatu sebagai balasankan. Mestilah korang harap kucing tu jadi seekor kucing yang baik, dengar kata, rajin dan tak ngada-ngada. Betol tak ?? Kalau korang yang menyumbang tak seberapa tadi (kalau nak dibandingkan dengan apa yang Allah kurniakan kat kita) dah mengharapkan balasan yang macam-macam, cuba korang bandingkan apa yang Allah dah bagi kat korang dengan apa yang korang dah bagi kat kucing tu. Siapa yang lebih banyak menyumbang ?? Aku pasti korang lebih arifkan..

Erm..Dalam kes tadi, bagi orang-orang yang bersembahyang, sepatutnya mereka mestilah terhindar dari segala macam kemaksiatan yang berleluasa ini. Namun perlu diingatkan kembali, adakah solat sekadar solat. Maksud aku, mentang-mentanglah ayat itu hanya menyeru kita supaya menunaikan sembahyang (dari segi zahirnya), jadi kita hanya sembahyang atas nama sahaja..Biarlah apa yang kita buat itu diterima. Maknanya disini kita harus mengerjakan solat yang sempurna dan diterima oleh Allah. Takkanlah kita nak ‘bayar’ balik pemberian orang lain dengan ‘duit’ yang tak bernilai. Ibaratnya macam tu lah sekiranya kita hanya mengerjakan solat secara cincai jer. Asalkan sembahyang. Kes yang macam ni tak seharusnya berlaku. Apa perasaan kalian kalau pemberian kalian tak dihargai (tak dibalas)?? Mesti kalian akan terasa dan mungkin itu adalah pemberian yang terakhir dari kalian semua.

Sebagai seorang manusia, kita tidak tahu samada amalan kita diterima atau tidak. Kita hanya beramal dan yang menentukannya adalah Allah. Tetapi, secara logik akal, sekiranya (memang seharusnya) kita percaya dengan janji Allah, maka sudah semestinya kita dapat menilai apa yang telah kita buat (amalakan). Tafsir diatas boleh menjadi satu kayu ukur bagi kita untuk menilai keberkesanan ibadat solat kita tadi. Jika sekiranya ibadat solat kita adalah sempurna dan insyaAllah diterima oleh Allah, maka sudah tentu kita akan terhindar dari melakukan kemaksiatan.. Wallahualam…

"sAhAbAt" JaSaMu AkAn Ku KeNaNg..

Sudah agak lama aku tidak mencuri masa untuk mengemaskini blog-blog ku. Aku kesibukan dengan urusan-urusan yang memeningkan kepalaku sendiri. Ikutkan hati aku mahu jer lepaskan tangan, rasa malas untuk buat pe2. Penat. Tapi malam ni, Allah dah menggerakkan hatiku untuk mmenyambung satu artikel yang dah agak lama terbengkalai..Alhamdulillah diberi kekuatan dan kesempatan ini..

Dalam kesibukan aku menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadiri kelas-kelas yang 'terpaksa' aku hadiri pada sem ini, aku mula termenung. Aku ni, makin aku busy makin aku suka 'curi' masa. Itulah aku. Aku belum bersedia untuk ke kelas. Rasa malas mula menghantui diri. Ini semua gara-gara cadangan dari penolong pendaftar kami, aku masih lagi ingat apa yang dicadangkan oleh beliau. "Kamu tak payah susah-susah nak register paper kat sini, lagi pun kamu bukannya sempat ambil exam kat sini, kamu register jer kat sana, pas tu transfer kredit ke sini, kalau kamu register kat sini, kamu akan menyusahkan pihak pendaftaran, lepas tu kamu nak kena cancel balik sebelum pergi, tak ke dua kali kerja, buat susah jer". Itu yang membuatkan aku belum bersedia untuk ke kelas, sebab aku dah set dalam minda, sekarang tak payah study lagi, tunggu pergi sana baru kena study. Power of mind la katakan.

Erm..Sambil memikirkan masa depan, ingatan aku mula merawang ke tempat lain. Tiba-tiba aku terkenangkan seorang insan. Insan yang sangat berjasa dalam hidup aku. Yang banyak membantu dan sentiasa menyokong aku. Banyak mengajar dan mendidik aku. Insan yang bergelar 'sahabat' dalam susah dan senang, beliau sentiasa disisi. Aku merinduimu duhai 'sahabat'. Dah lama benar kita tidak 'berjumpa' bahkan tidak jua bersua muka. Bagaimana agaknya 'sahabat' di 'sana' ?.. Aku doakan semoga dikau tenang dan sentiasa dirahmati dan dicucuri rahmat olehNya..

'Sahabat', sudah agak lama kita berpisah. Berpisah dari segi fizikal. Namun perpisahan fizikal ini tidak menentukan perpisahan rohani kita. Sahabat, buat pengetahuanmu, aku disini sentiasa mengingatimu, paling kurang aku akan menyebutmu 5 kali sehari. Setiap kali diri kerdil ini selesai menyembahNya, tidakku lupa untuk berdoa untukmu sahabat. Aku tidak lupa mendoakan keampunan dan ketenangan untukmu disana.

Sungguh..diri ini amat merinduimu. Sangat merinduimu. Setiap kali dirimu menyapa ingatanku, setiap kali itu jualah air mataku mula mengalir. Ibarat air terjun yang tidak penah letih mencurahkan airnya kebumi. Air mataku sungguh 'murah' ketika itu. Sahabat, disaat iman ini tidak kukuh didada, aku terasa kurang sabar untuk bertemumu. Sungguhku ingin bertemumu.

Sungguh cepat masa berlalu. Sedar tidak sedar sudah 11 tahun kita berpisah. 11 tahun adalah satu jangkamasa yang panjang, namun aku harus sabar kerana aku tahu, aku sudah tidak mungkin untuk bertemumu disini walaupun aku terlalu mendambakan pertemuan denganmu. Aku amat mengharapkan pertemuan denganmu.

Sahabat, berat bagiku menempuh hari-hari mendatang tanpamu. Banyak benar dugaan dan cabaran yang menimpa. Aku memerlukanmu sahabat. Nasib aku telah benyak berubah setelah engkau "tinggalkan" aku. Aku kehilangan punca kekuatan disaat engkau tinggalkan aku. Engkau terlalu penting dalam hidupku sahabat. Kenapa engkau sanggup tinggalkan aku, sedangkan engkau tahu aku tidak kuat tanpamu??Bukankah engkau tahu aku terlalu bergantung kepadamu??Tidakkah engkau tahu aku tidak mampu mempertahankan diriku setiap kali dibuli dan dikacau oleh budak-budak nakal??Engkau jualah tempat aku mengadu dan menangis. Dan setiap kali itu jualah engkau akan menenangkanku. Sahabat akanku ingat pesanmu :"sabarlah.. banyak-banyakkan bersabar..Dah penat nanti diorang berhentilah.."
Setiap kali aku mengadu padamu, setiap kali itu jualah engkau akan mengulangkan kata-kata yang sama. Disaat itu aku tetap marah. Tetapi, sekarang aku amat merindui ungkapan itu. Ungkapan yang keluar dari mulutmu sahabat.

Sekarang diriku telah meningkat dewasa. InsyaAllah jika dikurniakan umur yang panjang, aku bakal menempuh alam dewasa tak lama lagi. Aku telah banyak belajar. Sekarang barulah aku sedar akan semua aturan hidup ini. Sekarang aku dikurniakan ramai sahabat-sahabat yang mampu dan boleh menenagkan aku disaat aku kesedihan dan keseorangan. Sahabat-sahabat aku sentiasa mengingatkan aku: "Allah tarik satu nikmat dari kita sebab Dia nak kurniakan nikmat-nikmat yang lain".. Betullah tu, aku kehilangan "sahabat" yang sorang tapi dikurniakan sahabat-sahabat yang ramai, keluarga angkat yang banyak (sekarang ni dah ada 3..Alhamdulillah).. Allah dah kurniakan penggantinya..Semoga ukhuwah yang dibina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan sentiasa dalam redhaNYa.

p/s: walaupun Allah telah mengurniakan pengganti yang ramai, namun, engkau sentiasa dihati dan terutama..Semoga engkau tenang dan aman disana..

Bersyukurlah..

Sebenarnya diri ini terasa tersangat insaf melihat keadaan dan susana disini. Hanya Allah yg tahu betapa berbezanya persekitaran antara dua negara ini. Pertama kali melihat sendiri keadaan disini, diri ini dilanda kesedihan. Seharusnya kita semua bersyukur degan apa yang kita ada.

Melihat persekiran di ibu Kota Jakarta, saya kira tidak banyak bezanya dengan Malaysia, cuma mungkin kepadatan penduduknya yg tinggi menyebabkan bandaraya ini kelihatan lebih sibuk dari bandaraya di Malaysia. Walaupun dalam kesibukan jalan raya, namun mata ini sempat menangkap, bayang-bayang manusia yg cukup berani dan terpaksa memberanikan diri untuk mencari rezeki demi sesuap nasi. Saya kira mereka ini, sangat berani kerana sanggup menggadaikan "nyawa' mereka demi mencari rezeki. Mana tidaknya, mereka menjaja barangan @ makanan kepada pengguna jalan raya yang sedang sibuk mengejar masa untuk balik atau menuju ke destinasinya. Mereka ini terdiri dari kanak-kanak, remaja dan ada yang dah diperingkat dewasa. Ada juga sesetengah kanak-kanak yang cuba menghiburkan pengguna jalan raya tersebut.

Boleh dikatakan, sumber pendapatan yang utama disini adalah melalui perniagaan. hal ini kerana saya dapat melihat kedai-kedai dan gerai-gerai kecil disepanjang jalan. Ada juga sesetengah pihak yang menjaja makanan mereka. Sebenarnya hati ini cukup sayu melihat kesusahan mereka, walaupun diri ini dilanda kesusahan, namun saya rasa tidak pernah lagi diri ini terpaksa menjaja dan melakukan kerja-kerja yang berbahaya sebegitu. Tambahan pula, pendapatan yang diperolehi oleh mereka tidaklah seberapa. saya merasa kagum dengan kesungguhan mereka.

Disini kita dapat melihat peminta-peminta sedekah dimana-mana. Teringat pengalaman pertama kali sampai disini, saya ditemani Ibu (Malasia panggil Cik @ Puan = sesorang yang berpangkat) Laily,dan kami menuju ke satu kedai makan. Semasa sedang makan tiba-tiba datang sekumpulan remaja lengkap dengan alat muzik meraka (band). Mereka akan mendendangkan lagu bagi menghiburkan pengunjung-pengunjung kedai tersebut. Disaat itu, saya lihat tidak rami yang menghulurkan wang bagi "membayar" hiburan tadi, termasuklah diri ini. Bukan tidak mahu mmeberi, tetapi tiada wang yang sepatutnya, diwaktu itu saya hanya mempunyai note Rp 100 000.. Menurut Ibu Laily, kebiasaannya, mereka hanya akan memberikan Rp 500, Rp 200 @ Rp 100, ini semua nilai syiling yang ada disini. Sekiranya kita ingin membandingkan dengan nilai wang di Malaysia, nilainya amatlah kecil. Rp 500 = Rm 0.15625, Rp 200 = RM 0.0625 dan Rp 100 = Rm 0.03125..

Betapa susahnya kehidupan disini, betapa merananya mereka demi mencari sesuap rezeki. Bersyukurlah..Bersyukurlah kerana anda semua tidak perlu melalui kehidupan yang perit seperti mereka. Bersyukurlah dengan apa yang anda ada. Hargailah ia sebelum ia ditarik olehNYa..Jadilah insan yang bersyukur..
---------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya pertama kali mendapat tahu yang diri ini terpaksa mengubah destinasi utk belajar kesini, diri ini rasa sangat sedih. Rupa-rupa ada rencana yang lebih hebat yang telah diatur olehNya untuk diri yang hina ini.
Alhamdulillah ya Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk mengenal negara ini. banyak benda yang saya dapat belajar disini. Berada disini membuatkan saya belajar menjadi seorang yg bersyukur (teringat pesan seorang sahabat: "Belajar jadi orang yang bersyukur" ). Betapa susahnya mereka terpaksa lalui demi mendapatkan sesuap nasi..Syukur ya Allah..Alhamdulillah x10..

Wednesday, February 18, 2009

Kisah teladan

Anas bin Malik r.a. menceritakan : “Kami telah duduk bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. pun bersabda : “Telah muncul dihadapan kamu seorang lelaki dari ahli syurga”. Kelihatan seorang lelaki Ansar yang mengurut-ngurut janggutnya dengan basahan air wuduk sambil beliau memegang sepasang kasutnya ditangan kirinya. Keesokan harinya, sekali lagi Rasulullah s.a.w. bersabda sedemikian rupa, dimana sekali lagi lelaki itu hadir seumpama kali yang pertama. Pada hari yang ketiga, Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda dengan perkara yang sama. Lelaki itu muncul juga seumpama kemunculannya pada kali pertama.

Apabila Rasulullah s.a.w. bangun dari majlisnya, Abdullah bin Amru pun mengikuti lelaki Ansar tersebut dan berkata kepadanya : “Sesungguhnya aku telah bergaduh dengan bapaku, maka ku bersumpah tidak akan kembali menemuinya selama tiga hari. Jika kamu membenarkan, Izinkanlah aku menumpang dirumahmu selama tiga hari”. Lelaki Ansar itupun membenarkan Abdullah bin Amru r.a. menumpang dirumahnya selama tiga hari.

Abdullah telah menceritakan bahawa beliau telah menghabiskan tiga malam tidur dirumah lelaki Ansar tersebut. Aku tidak pernah melihatnya bangun malam untuk bersolat melainkan aku mendengar beliau menyebut “Allahu Akbar” setiap kali mengalih-alihkan badannya sewaktu tidur itu sehinggalah beliau bangun untuk solat subuh. Abdullah berkata : “Melainkan aku hanya mendengar beliau bercakap tentang kebaikan”. Apabila tiga malam berlalu, aku hamper memperkecil-kecilkan amalanya, lalu aku berkata kepadanya: “Wahai hamba Allah, aku tidak bergaduh dengan bapaku dan keluar dari rumah, akan tetapi aku telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda tentang diri kamu sebanyak tiga kali: “Telah muncul dihadapan kamu seorang lelaki dari ahli syukur”. Setiap kali Rasulullah s.a.w. mengucapkan kata-kata tersebut, kamu telah muncul. Oleh yang demikian, aku pun bercadang untuk mengetahui apakah amalan kmau sehingga Rasulallah s.a.w. mengtakan bahawa kamu adalah ahli syurga. Tetapi aku tidak melihat amalan yang telah kamu lakukan yang menyebabkan Rasulullah s.a.w. bersabda demikian”.

Lelaki Ansar itu menerangkan: “Tiada amalan lain yang aku lakukan melainkan apa yang telah kamu saksikan”. Apabila aku berpaling darinya, beliaupun memanggil dan berkata: “Tiada amalan lain yang telah aku lakukan melainkan amalan yang telah kamu saksikan dan aku tidak pernah menyimpan rasa dendam atau hasad kepada seseorang pun diatas kebaikan yang telah dikurniakan Allah kepadanya”. Abdullah pun berkata: “Inilah amalan yang menyebabkab Rasullah s.a.w. bersabda demikian tentang diri kamu”.

Erm...tamatlah kisahnya...

Agak-agaknya, apa yang 'aku' (sebagai pembaca) boleh amik iktibar dari kisah lelaki Ansar tadi?? Aku pasti semua orang sangat cerdik dan bijak pandai untuk menilainya..InsyaAllah...Tapi bagi aku, amalan yang cukup simple (JANGAN MENYIMPAN DENDAM ATAU HASAD DENGKI KEPADA KEBAIKAN ATAU KELEBIHAN YANG ALLAH KURNIAKAN PADA INSAN LAIN), tapi ganjaranya, Subhanallah, sangat besar. Siapa yang tak nak ke Syurga. semua orang pasti nak punyer. Siapa yang tak nak benda yang nikmatnya hanya Allah saja yang tahu, betapa besar dan tiada tolok bandingannya kalau nak dibandingkan dengan apa yang kita ada kat dunia yang sementara ini.

Walaupun amalan tu sangat simple, tapi untuk lakasanakannya, bukanlah semudah amalan tu..Tu la, seperti yang aku cakap tadi..Nak buat benda baik ni bukan mudah. Tapi kita kena ingat, "bukan mudah" dalam erti kata lain benda tu bukan tak boleh dilakukan atau tak mustahil untuk dilakukan. Cuma bergantung pada aku. Kalau aku nak buat, InsyaAllah, aku boleh buat. Lagipun Allah ni suka sangat orang yang usaha dan DIA sentiasa bersama orang-orang yang nak buat kebaikan.

Cuba tanya diri sendiri, suka tak kalau orang bersangka baik dengan kita?? Aku rasa, aku mesti jawab YA..Siapa yang tak suka orang bersangka baik dengan kita. Kalau semua orang bersangka baik dengan orang lain, maka tak adalah istilah musuh. Tak payah nak menyemakkan hati dengan rasa marah, benci, dendam & yang seangkatan dengannya. Kan ke bahagia dengan hidup yang macam tu.

Ya Allah berikan aku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, serta muslimin dan muslimat kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan baik dan hiasilah diri kami dengan sifat-sifat terpuji. Jauhkanlah kami dari segala sifat-sifat dan amalan-amalan yang terkeji. Amin..

Tuesday, February 17, 2009

sabarlah sahabat..insyaAllah kami sentiasa disisi

Masa entah pukul berapa pagi, saya bangun untuk solat subuh (sebenarnya terjaga sebab kawan saya dah on lampu..hehe..terima kasih sahabat..), masa tu sahabat saya telah menyampaikan satu berita yang agak memeranjatkan saya..Ya Allah, bila saya dah dapat tahu cerita tu,hati saya rasa terusik. Saya rasa sangat-sangat sakit hati. Rasa bengang dan macam-macam lagi. Saya luahkan rasa tak puas hati saya pada sahabat tu. Tapi cepat-cepat sahabat saya tarbiahkan saya. Dia kata tu semua ujian dariNya, ada hikmahnya tu. Masa tu saya dikuasai rasa marah, jadi saya terbawa-bawa dengan perasaan marah tu. (Ya Allah nasib baik masa tu, kawan saya ada, kalau tak, mesti saya fikir yang bukan-bukan..Alhamdulillah kerana dikurnia sahabat yang baik macam..).Lepas tu, saya telah berjanji pada diri, saya tak boleh marah-marah, betul ada hikmahnya tu. Allah tu Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

Hari tu saya rasa tak tenang, asyik teringat tentang berita tu. Masih teringat lagi apa yang dibualkan dengan sahabat saya tu (lebih kurang cam ni lah, tapi banyak yang da lupa):

sahabat: sahabat kita....
saya: Ya Allah nape boleh jadi cam ni. Bukan ke semuanya ok jer..
Sahabat: erm..sebenarnya dah lama saya rasa benda ni akan berlaku, cuma tunggu masa jer..
Saya: tapi semuanya nampak macam ok jer. Tak sangka plak nak jadi cam tu. Tak patut betul budak tu. ish..geram betul orang..
sahabat: takpe2..ada hikmahnya tu..
saya: tapi kesian la kat sahabat kita tu. tak pasal-pasal jadi macam tu.
sahabat: sebenarnya kita patut bersyukur, sebenarnya sahabat kita bukan mangsa, cuma Allah nak tolong sahabat kita tu. Lagipun memang sahabat kita layak dapat lebih dari tu. Allah tu adil.
saya: erm...

Sebenarnya hati saya masih rasa bengang, tapi selepas dipertimbangkan balik, betul gak apa yang sahabat saya cakap. Memang betul pun. Sebagai seorang sahabat, kami akan cuba untuk memberikan semangat dan mengembirakan sahabat kami selagi yang termampu, disamping berdoa padaNYa..Hanya DIa yang punyai segalanya..Semoga sahabatku diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujian ini.

p/s : Jangan sedih-sedih sahabat. Sahabatmu masih ramai. InsyaAllah kami akan bantu yang mana termampu. Kalau rasa sedih atau tertekan, jangan simpan sorang-sorang, bahaya..takut migrain plak, kongsi-kongsilah. Mana tahu kami dapat membantu.Yang hilang hanya sorang, tapi yang berganti insyaAllah makin ramai.Kalau tak ramai pun, insyaAllah Allah gantikan dengan yang lagi baik. Sabar banyak-banyak.

Tuesday, February 10, 2009

Ya Allah matikan aku sebelum...



YA ALLAH..
SESUNGGUHNYA HARAM BAU SYURGA BAGI KU SEANDAINYA AKU DERHAKA KEPADA KEDUA ORANG TUAKU..

AKU RINDUKAN MEREKA, YA ALLAH..

AKU INGIN TEMUI MEREKA SEKARANG YA ALLAH...

AKU KHUATIR.. TIADA LAGI KESEMPATAN BUATKU MENEMUI MEREKA..

ANDAI BUKAN AKU YG PERGI MENINGGALKAN MEREKA.. MEREKA YANG AKAN KEMBALI MENEMUIMU..

OLEH ITU... AKU MOHON KAU MATIKAN AKU SEBELUM AKU BERPELUANG MENJADI ANAK DERHAKA....

AKU CINTAI MEREKA, YA ALLAH..

AKU SAYANG MEREKA, YA ALLAH..

NAMUN AKU TAK PANDAI MENZAHIRKANNYA...

LISANKU BIADAB TERHADAP MEREKA, YA ALLAH..

KATA-KATAKU LANCANG MESKIPUN AKU SEDAR MEREKALAH ORANG TUAKU..

OLEH, KAU LEMBUTKANLAH LISANKU..

KAU ZAHIRKAN KASIHKU KEPADA MEREKA, YA ALLAH..

AGAR MEREKA DAPAT RASA.. YG PENGORBANAN MEREKA KEPADAKU SELAMA INI BERBALOI, YA ALLAH..

CUKUPLAH SEKADAR BERBALOI BAGI MEREKA, YA ALLAH..

KERANA AKU TIDAK MAMPU MEMBALAS JASA MEREKA, YA ALLAH..

ANDAINYA AKU DAPAT BERKHIDMAT PADA MEREKA DUNIA DAN AKHIRAT, TETAP TIDAK AKAN SETIMPAL DENGAN JASA MEREKA MELAHIR DAN MEMBESARKAN AKU, YA ALLAH..

AKU HAMBAMU YG HINA, YA ALLAH..

AKU HAMBAMU YG LEMAH, YA ALLAH..

AKU TEWAS BILA SYAITAN MENIUP-NIUP API KEMARAHANKU..

NAFSU AMARAHKU SUKAR DIBENDUNG, YA ALLAH..

OLEH ITU..

AKU MOHON KAU LINDUNGI DAN BANTULAH AKU...

AGAR MENJADI ANAK YG SOLEH...

YG DAPAT MEMBERI BEKALAN KEPADA ORANG TUAKU KELAK..

p/s: sebenarnya artikel ini adalah satu email (yg telah diedit) yg aku terima dari seorang sahabat dan aku rasa aku perlu berkongsi dgn sahabat2 yg lain..