Sunday, March 6, 2011

Jerawat = Dosa



Boleh tak kalau saya nak umpamakan antara dosa dengan jerawat?? (Walau apa pun jawapan dari sahabat semua, saya masih nak gunakan juga perumpaan tu ^_^ )...


Hurm..Kita semua sangat alert dengan penampilan kita kan??
Kenapa kita susah sangat nak concern tentang dosa kita ek?


Hurm...Cuba kita bayangkan muka kita ada sebijik jerawat kecik, kita dah mula bising-bising kan?..Kita mula risau. Sepatutnya kita rasa macam tu jugalah dgn dosa kita. 


Sebijik jerawat kecik pun dah boleh merosakkan imej kita kan? Dah boleh mencacatkan pemandangan mata. Inikan pula jika berbiji-biji jerawat kecik. Bahkan apatah lagi jika ia jerawat yg besar. Bukankah ia akan membuatkan muka kelihatan sangat tak cantik. Jika boleh, terasa tak nak pandang muka sendiri kat cermin kalau kita tahu kita banyak jerawat. Kita akan rasa rimas dan malu. 


Kita semua sudah sedia maklum yg jerawat ni pasti dan wajib meninggalkan kesan / parut pada muka. Satu jerawat kecik pasti akan meninggalkan 1 parut kecil pada muka. Begitulah juga jika ia jerawat besar. Cumanya mungkin parut jerawat kecil boleh hilang, cumnaya ia mungkin akan mengambil sedikit masa untuk hilang dari muka kita. Jika ia adalah 1 jerawat besar, sudah pasti ia akan menjadi satu parut kekal pada muka. 


Sepatutnya itulah yg kita rasa, dengan hanya 1 kesilapan/ dosa pun dah cukup buat kita risau dan bimbang. Ini pula jika dosa kita dah bertimbun-timbun. Kita perlu ingat, 1 dosa kecil ibarat 1 titik hitam pada hati kita. Tapi jika dosa itu diulangi dan sentiasa bertambah, maka lama kelamaan hati kita akan hitam dan takde rupa hati. Maknanya makin banyak dosa yg kita lakukan, ia akan menyumbang kepada hati kita jadi "mati". Ia akan "mati" kepada perkara-perkara kebaikan. Nak ke macam tu? Hati yg mati ni sukar utk ditembusi cahaya. Cahaya tak dapat dilihat melalui permukaan yg hitam, gelap dan pekat. Nauzubillah hi min zalik.


Sekarang ni kan zaman dah canggih. Teknologi dah mantap. Bukan setakat parut jerawat, macam-macam lagi pun boleh diubati. Jika kita tahu yg kita mempunyai masalah parut jerawat, pergi je lah ke farmasi dan belilah ubat bagi menghilangkan parut jerawat. InsyaAllah dengan ikhitiar dan izin dari Allah, parut tu akan hilang.


Begitulah juga dengan dosa-dosa kita. InsyaAllah dengan segala perbuatan dan amalan yg baik dari kita, insyaAllah ia akan cuba cover balik dosa kecil kita (jika sikit la). Tapi macam mana nak hilangkan jika dosa kita dah banyak dan jika ia adalah dosa besar??




Mudah jer... Buat taubat nasuha (bersungguh-sungguh) dan berazam utk meninggalkannya. Jangan sekali-kali ulangi kesilapan tersebut. insyaAllah jika kita bersungguh-sungguh dlm memohon pengampunan dari NYA, insyaAllah Allah akan ampumkan. Allah kan Maha Pengampun. Jangan kita sekali-kali berputus asa jika seandainya kita pernah berbuat dosa. InsyaAllah kita masih berpeluang. Kita harus kembali kepadaNYA..


“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".(At-Tahrim : 8)


Sedikit Perkongsian tentang taubat :



Syarat-syarat Taubat
  1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
  2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
  3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

Cara-Cara Bertaubat 
  1. Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah saw : “Menyesali (dosa) itu adalah taubat”.(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
  2. Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.
  3. Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.
  4. Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah :“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan taubat Nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” (At-Tahrim : 8)

No comments: