Friday, June 5, 2009

Dosa-dosa kecil

Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:

"Berhati-hatilah dengan dosa kecil, kerana jika sering dilakukan (mengekalkan melakukannya), maka pastilah ia akan merosakkan diri kamu dan ia menjadi dosa besar."


Kadang2 kita suka mengambil mudah sesuatu hal, kerana bagi kita, ia tidak akan mendatangkan mudarat. Jika sekali pun ia mendatangkan mudarat, ia tidaklah terlalu memudaratkan kita. Tapi jika sekiranya kita faham sabda Rasulullah (yg seperti di atas) nescaya selepas ni kita lebih berhati2..insyaAllah..

Al-Imam Yusuf Al-Ardabily (dlm AL-ANWAR), telah menyenaraikan beberapa jenis dosa kecil yg menurutnya para ulamak telah sepakat menyatakan sebagai dosa kecil. Tetapi jika ia dilakukan secara berterusan maka ia boleh bertukar menjadi dosa besar. Diantaranya ialah:

  1. melihat benda dan perkara2 yg tidak seharusnya atau tidak dibenarkan kita melihat.
  2. mengumpat
  3. mendiamkan (tidak mencegah) perbuatan mengumpat yg dilakukan dihadapan kita.
  4. berbohong dalam perkara yg tiada hukum had dan yg tidak mendatangkan mudarat ke atas orang lain.
  5. menjenguk (mengintai) ke dalam rumah orang
  6. tidak bertegur sapa dengan sesama Islam melebihi 3 hari
  7. melampaui batas syarak dalam perbalahan (mujadalah)
  8. mengangkat (menyaringkan dan menguatkan ) suara menyebut kebaikan si mati di majlis kematian
  9. mengoyak2 pakaian ketika mendengar berita kematian
  10. berjalan dengan gaya sombong
  11. duduk bersama orang fasiq kerana bersenang2 dengan mereka
  12. bersolat di waktu2 yg ditengah
  13. memasukkan kanak2, orang gila dan najis ke dalam masjid
  14. menjadi imam, pada hal makmum benci kerana keaiban yg ada padanya
  15. melakukan hal2 yg tidak berfaedah (bermain2) di dalam solat
  16. ketawa di dalam solat
  17. melangkah diatas bahu orang di dalam masjid di hari jumaat
  18. membuang air besar atau kecil dengan mengadap kiblat
  19. mendedahkan aurat didalam bilik mandi ( yang ada orang)
  20. bercium yg boleh menggerakkan syahwat ketika puasa
  21. terus2 puasa tanpa makan sesuatu di waktu malam diantara dua puasa
  22. mengeluarkan mani dengan tangan sendiri (onani)
  23. menyentuh kulit dan anggota perempuan (bagi lelaki) atau menyentuh kulit atau anggota lelaki (bagi perempuan) yg ajnabi, walaupun dengan tidak berniat untuk berjimak. Tapi kalau tujuan dan niat untuk berjimak (zina), maka hukumnya haram (walaupun belum berzina). Seperti dua lelaki dan wanita sedang berasmara.
  24. menyetubuhi isteri yg telah diceraikan dengan talak raj'ie (ketika idah bg talak yg boleh dirujuk)
  25. menyetubuhi isteri yg telah dizihar sebelum membayar kifarah
  26. berkhalwat dengan perempuan ajnabiah tanpa niat buruk dan tanpa niat untuk melakukan atau tanpa melakukan sesuatu yang haram seperti berzina atau berkucup dan berciuman. sekiranya telah melakukan perkara itu, maka telah dikira dosa besar.
  27. seorang wanita yg musafir tanpa ditemani oleh suami atau muhrim atau oleh 3 orang wanita yg amanah dan adil.
  28. pura2 membeli barang berkenaan dengan harga yg mahal (di luar harga pasaran sepatutnya) dengan tujuan utk menipu orang lain atau utk sabotaj orang susah (tidak mampu membeli) supaya tidak boleh beli barang berkenaan.
  29. memebeli barang makanan ketika harga mahal dan mejualnya dengan harga yg lebih mahal ketika orang lain berhajat
  30. menawar (utk membeli) keatas barangan yg telah dibeli oleh orang lain setelah masing2 bersetuju dengan harga yg telah ditetapkan.
  31. menjual barang orang lain tanpa izinnya
  32. membeli barang yg telah dibeli oleh orang lain
  33. meminang pinangan (tunangan) orang lain
  34. menjadi orang tengah, seperti membeli barang2 dengan harga murah dikampung dan menjualnya dibandar dengan harga yg mahal, sedangkan ia mengetahui barangan itu (barangan keperluan asas) amat diperlukan oleh orang ramai
  35. membeli barangan orang2 kampung sebelum mereka sampai ke bandar dan ketika diketahui harga pasaran sebenarnya dibandar
  36. menjual binatang yg sengaja dibiarkan susunya (tidak diperah). setelah dijual, kemudian susnya pun diperah dan dijual
  37. menjual barangan yg cacat dengan tidak diterangkan kecacatannya
  38. membeli anjing yg tidaj diharuskan membelanya. kecuali untuk tujuan memburu @ menjaga rumah @ harta benda
  39. menyimpan arak yg tidak dihormati seperti arak yg ada pada hari ini. kecuali arak yg dalam proses utk membuat cuka
  40. menjual mashaf Al-Quran, kitab2 hadis, kitab2 fiqh dan ilmu agama (syarak) kpd orang kafir
  41. mengguna najis pada badan dgn tiada sesuatu hajat dan tujuan yg diluluskan oleh syarak
  42. mendedahkan aurat (berbogel) ketika bersendirian tanpa sesuatu hajat

Semoga kita semua terpelihara dari segala perkara2 yg mungkar dan keji =)...

5 comments:

lillah أم هريرة said...

point no 27 tu btul...

lillah berazam nk kurgkn pg prog yg jauh sorg2...

huhu....

moga Allah tunjukkn jalan... & mmpudahkn mcari jln yg lbh baik...

amin....

insan_kerdil said...

huhu..

org pon sm..terasa r point 2..huhu

semoga kita semua dipermudahkan =)..

ntah la, cm susah la nk avoid point 2..tmbh2 kalo da keje nanti..kalo keje d bdg org lg la..slalu kena travel..huhu..~ 2 pon kalo betol keje d bdg org la..hoho

humbleServant said...

kebanyakan dosa kecil ni macam jual beli haram yang hukumnya sah

thanks 4 de info

sangat2 memberi kesedaran

doakan saya dapat jauhkan dosa2 kecil ni",

insan_kerdil said...

to humbleServant:

hehe..btol 2..kebanyakkan psl jual beli..sbb dulu2 aktiviti jual beli sgt penting (even skang pon)..cuma org skang x bape pentingkan semua ni..(tp kita kena ingat, niat x menghalalkan cara)

u r most welcome =)..

insyaAllah =)

semoga kita semua terhindar dari dosa2 kecil =)..

Bintang ulama said...

yang suka berdosa