Fahamkah kita bila kita menyebut perkataan duta. Apa maksud duta? Apa tugas duta? Apa fungsi duta ? Erm..Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku tiba-tiba menulis artikel tentang duta ? Apa yang aku cuba sampaikan atau kongsikan ?
Tahukah kita, apa itu duta ? perasankah kita, apabila kita menyebut duta, kita akan mengaitkan duta dengan sesutu produk. Produk yang mungkin kita nampak dengan mata kasar atau produk yang tidak nampak dek mata kasar. Erm..Sebanarnya kita adalah duta. Semua orang adalah duta. Duta kepada banyak ‘produk’ yang mungkin kita sendiri tidak sedar tentang ‘kedutaan’ kita tentang ‘produk’ tersebut (maaf menggunakan bahasa yg mungkin salah dari segi bahasa).
Aku akan mulakan dalam kontek keluarga. Didalam keluarga, anda mungkin merupakan seorang kakak atau abang atau mungkin jua adik. Anda merupakan duta kepada produk-produk ini. Sekiranya anda seorang kakak, anda sebenarnya merupakan duta bagi ‘kakak”. Anda akan mewakili seluruh kakak-kakak diluar sana. Sekiranya adik anda melihat kelakuan dan mungkin sifat anda, mereka akan mengaitkan sifat dan kelakuan tersebuat dengan semua insan bergelar kakak didunia ini.
Untuk menjadi seorang duta, anda harus memenuhi beberapa cirri-ciri yang melambangkan produk tersebut. Bagi seorang kakak atau untuk bergelar kakak, anda harus memenuhi cirri-ciri seperti berikut:
1. anda haruslah seorang perempuan
2. anda seharusnya mempunyai adik
Jadi sekiranya anda tidak dapat memenuhi 2 ciri-ciri utama tersebut, anda tidak layak untuk bergelar kakak.
Kita semua tahu bahawa seorang kakak merupakan seorang yang berjantina perempuan, disini terdapat beberapa cirri-ciri lain yang kita boleh kaitkan dengan produk ‘kakak’. Kakak berkemungkinan seorang yang lemah-lembut, berjiwa sentimental, pandai memasak, pandai mengemas dll. Ini merupakan nilai-nilai tambah (added value) yang mungkin ada bagi duta produk kakak.
Adik-adik anda mungkin akan mengkategorikan anda (duta kakak) dengan semua cirri-ciri tersebut. Dan sekiranya anda gagal untuk memenuhi cirri-ciri tersebut, adik-adik anda mungkin akan kehilangan keprcayaan kepada anda, atau mungkin lebih teruk lagi, mereka akan menyalah ertikan anda. Mahukah anda semua ini berlaku?? Adakah anda sanggup sekiranya adik anda salah faham dengan anda? Tentunya anda tidak mahu semua ini berlaku. Ini hanya dalam kontek kecil.
Cuba anda teliti dalam kontek yang lebih besar. Kontek bermasyarakat. Anda tadi yang merupakan seorang kakak dalam konteks keluarga, akan memainkan peranan sebagai duta produk keluarga dalam kontek masyarakat. Didalam kontek masyarakat, anda akan mewakilkan keluarga anda dalam semua hal. Sedarkah kita, didalam kontek masyarakat, orang @ masyarakat sekeliling kita akan mengaitkan anda dengan keluarga anda. Dalam erti kata lain, anda sebenarnya menjadi duta bagi keluarga anda dalam masyarakat tersebut. Jadi, sekiranya anda membawa imej yang buruk, maka secara tidak langsung masyarakat sekeliling anda akan mengaitkan imej buruk tersebut dengan produk keluarga anda. Mahukah anda menjadi duta kepada sesuatu produk yang tidak elok??
Yang paling utama adalah dalam kontek agama. Sekarang anda merupakan duta kepada produk “Islam’. Anda akan mewakili seluruh umat Islam yang lain. Semua insan yang beragama selain dari agama Islam akan melihat anda sebagai duta bagi produk “Islam”. Mereka akan menilai cara, perwatakan, ciri-ciri dan apa yang anda lakukan, seterusnya semua yang tersebut akan dikaitkan dengan produk Islam. Mahukah anda duta produk agama yang lain menandingi produk anda??Adakah anda mahu mereka melihat produk anda sebagai satu produk yang ‘buruk’?Tentunya anda tidak mahu. Siapa yang mahu menjadi duta kepada sesutau yang tidak elok.
Sebenarnya menjadi duta amat besar tanggungjawabnya. Tanggungjawab yang memuntut kesabaran dan pengorbanan dari duta-duta tersebut. Namun kita tahu, semua duta akan dibayar ‘gaji’. Ingatlah duhai sahabat-sahabat dan peringatan unutk diriku jua, ‘gaji’ yang anda terima dari menjadi duta ‘Islam” adalah lebih besar dan tidak ternilai dek segala isi yang ada didunia. ‘Gaji’ yang bakal kita terima adalah kekal dan tidak dapat diperoleh didunia yang sementara ini. ‘Gaji’ dan ‘upah’ yang kita dapat dari menjadi duta Islam adalah dalam bentuk pahala.
Aku tahu, semua orang berlumba-lumba untuk menjadi kaya. Even aku sendiri pun sangat berhasrat untuk menjadi ‘kaya’. Aku teringin menjadi insan atau manusia yang paling ‘kaya’. Namun untuk menjadi kaya, kita harus ‘bekerja’. Sedarkah insan-insan yang sememangnya dilahirkan dengan agama Islam, anda sebenarnya sangat bertuah kerana anda sebenarnya manusia yang terpilih untuk menjadi duta Islam. Anda tidak seperti saudara atau saudari muallaf yang lain, yang terpaksa melalui bebrapa procedure untuk betul-betul layak bergelar duta Islam. Jadi sekiranya betullah kita ini mengejar kekayaan, mengapa kita harus mensia-siakan peluang yang telah diberikan oleh ‘majikan’ (ALLAH) kita?? Sememangnya kita sudah tahu, ‘gaji’ yang bakal kita terima ini adalah sangat lumayan. Tiada majikan-majikan lain yang mampu memebrikan ‘gaji’ yang selumayan ini. Jadi, pandai-pandailah anda nilai nilai?? Tepuk dada, Tanya minda??Which one is the best one??
Kesimpulannya, menjadi seorang insan adalah tidak mudah. Tambahan pula,bagi seseorang individu, mereka akan menjadi duta kepada banyak produk. Contoh yang saya berikan tadi, bermula dari duta kakak, seterusnya duta keluarga, duta agama (Islam), seterusnya duta bangsa, duta warganegara dll.
Ingatlah…Anda adalah seorang duta. Duta yang yang akan mewakillkan produk yang paling utama (Islam). Macam mana anda bawa produk tersebut, begitulah produk tersebut dimata orang lain. Anda bertanggungjawab keatas imej yang anda bawa. Sekiranya anda memilih untuk membawa imej yang buruk, maka buruklah imej produk tersebut dimata pesaing anda. Walaupun sebenarnya produk tersebut tersangat baik lagi bernilai.
Pilihan terletak ditangan anda..
No comments:
Post a Comment