Mungkin semua sudah tahu cara untuk makan. Cuma saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat cara yang sepatutnya dilakukan untuk makan. Lagi pun makan merupakan aktiviti rutin kita, kerap sangat kita buat. Biarlah apa yang kita buat tu berbaloi, maksud saya biarlah jadi satu amalan yang diberkati.
Adab makanan
1) Kita harus memastikan makanan yang hendak dimakan adalah makanan yang halal dan tidak syubhat. Makanan yang diharamkan adalah bangkai, darah, daging babi, sesuatu yang disembelih bukan atas nama Allah, khamar (minuman yang memabukkan).
2) Disunatkan agar membasuh tangan sebelum makan dan minum (HR. Nasai)
3) Disunatkan agar memakan dengan menggunkan tangan kanan. Makan dengan tangan kiri adalah amalan syaitan. (HR. Ibnu Majjah, Tirmizi, Nasai)
4) Diperintahkan agar memulakan makan dan minum dengan basmasllah (HR. Ibnu Majjah, Tirmizi)
5) Jika pada permulaan makan terlupa untuk membaca basmalah, anda hendaklah membaca doa ini “Bismillahi awwalahu wa akkhirahu” (HR. Tirmizi, Nasai)
6) Doa makan: “Bismillahi wa ‘ala barakatillah” (HR. Hakim)
7) Disunatkan memulakan makan dengan makanan yang terdekat (HR. Bukhari)
8) Tidak boleh makan sambil bersandar, berjalan, dan sambil tidur (HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai)
9) Disunatkan membaca doa selepas makan.
10) Disunatkan memuji makanan dan tidak boleh mencela makanan (HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai)
11) Jika sekiranya kita suka dengan makanan tersebut maka makanlah dan sekiranya kita tidak menyikainya, maka tinggalkanlah (HR. Muslim)
12) Dianjurkan makan secara berjemaah kerana ia boleh membawa berkat (HR. Abu Daud, Ibnu Majjah)
13) Makanan untuk seorang dapat menampung makanan bagi 2 orang secara berjemaah, makanan untuk 2 orang dapat menampung makanan untuk 4 orang secara berjemaah dan makanan untuk 4 orang dapat menampung makanan bagi 8 orang secara berjemaah ((HR. Muslim, Abu Daud)
14) Rasulullah s.a.w tidak pernah makan di meja atau kerusi walaupun dizaman itu sudah mempunyai meja dan kerusi (HR. Bukhari)
15) Dianjurkan agar makan dengan menggunakan alas dibawah talam/piring/bekas makanan) (HR. Bukhari)
16) Disunatkan memulakan makan dari pinggir talam/piring/bekas makanan menuju ke tengah kerana berkat makanan terletak ditengah (HR. Bukhari, Nasai, Ibnu Majjah)
17) Jangan memotong daging dengan pisau ketika sedang makan kerana yang demikian adalah kebudayaan bangsa asing, sebaiknya digigit dengan gigi (HR. Abu Daud, Baihaqi)
18) Jangan makan ditempat yang ada hidangan tuak atau minuman yang memabukkan (HR. Nasai)
19) Hendaklah mengambil kembali makanan yang jatuh kerana kemungkinan itu adalah makanan yang mengandungi keberkatan (HR. Muslim, Nasai)
20) Selepas makan disunatkan mencuci tangan.
No comments:
Post a Comment