Monday, December 12, 2011

Hukum susuan...

Jam 12 tengah malam tadi saya dikejutkan dgn 1 mesej dari seorang sahabat. Sahabat saya bertanyakan tentang hukum mengenai susuan. Untuk mejawab persoalan sahabat saya, saya telah mentelaah nota2 lama saya dan membuat beberapa research utk menguatkan hujah.

Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat kpd semua. Jika sahabat2 mempunya sebarang penambahan, saya sangat alu-alukan.

Hukum asal susuan adalah harus walaupun kepada bukan anak kandung.

SYARAT utk menjadi anak susuan :
~ berumur kurang 2 tahun
~ menyusu  5 kali kenyang

Jadi , sekiranya ukhti pernah menyusukan anak saudara ukhti, namun jika ia masih belum memenuhi syarat seperti diatas, anak saudara ukhti masih belum menjadi anak susuan ukhti. Dan hubungan ukhti dengan anak saudara tersebut masih lagi sama (ibu saudara dan anak saudara).

KESAN hukum
Apabila anak tersebut telah sah menjadi anak susuan ukhti, maka secara tak lansung hubungan anak tersebut dengan ukhti adalah seperti anak kandung sendiri.

1) Aurat
Aurat antara anak susuan dgn keluarga susuan (ibu susuan, bapa susuan (suami kpd ibu susuan) dan adik beraik susuan) sama seperti dgn mahramnya.

2) haram nikah

  1. Wanita yang menyusukannya;
  2. Anak-anak wanita yang menyusukannya sama ada anak-anak kandungnya atau anak-anak suaminya yang terdahulu;
  3. Cucu-cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak-anak lelaki atau anak-anak perempuannya;
  4. Bayi-bayi sesusuan. Sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi-bayi tersebut menjadi saudara susuan antara mereka dan maka mereka tidak boleh berkahwin.
  5. Ibu kepada wanita yang menyusukan;
  6. Nenek kepada wanita yang menyusukan dan ke atas;
  7. Adik-beradik wanita yang menyusukannya. Anak-anak kepada adik-beradik wanita tersebut tidak diharamkan berkahwin dengannya; dan
  8. Wanita yang menyusukan diharamkan berkahwin dengan anak kepada bayi yang disusukan dan ke bawah.


3) Wali
----> bapa susuan tidak layak menjadi wali bagi anak perempuan susuan
----> anak susuan layak menjadi wali kpd adik beradik susuannya

3) Pusaka / wasiat
Walaupun hubungan anak susuan dgn keluarga susuan adalah seperti keluarganya sendiri, namum anak susuan tidak layak untuk menerima harta pusaka dari kelurga susuannya.

Jika ukhti berhasrat untuk mengambil anak susuan, ukhti perlu mendapatkan kebenaran dari suami ukhti kerana ia akan melibatkan nasab keturunan dan secara tidak langsung akan berkait dengan suami ukhti. Dan, dalam masa yg sama juga, ukhti perlu memaklumkan kpd ibu dan bapa kanak2 tersebut.

Untuk menambahkan bahan bacaan, ukhti juga blh rujuk pada beberapa sumber lain :
 http://fitrahislami.wordpress.com/2011/11/09/hukum-anak-susuan/
https://www.facebook.com/hm4hbmalaysia?sk=app_4949752878#Q2
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic86_2001.htm

P/s : Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berkesempatan utk menulis, malam ini saya diberi kekuatan utk menulis. Tajuk kali ini agak berlainan "temanya" dengan blog saya.

4 comments:

Unknown said...

salam..alhamdulillah terima kasih byk2 di atas info yg sgt brguna ni..sy agk konfius sama ada sy boleh bersalam atau tak dgn bapa susuan merangkap bapa saudara sy..skarang sudh jelas.terima kasih!

insan_kerdil said...

waalaikumusalam ukhti :)..
semoga bermanfaat..

Selamat hari raya :)..

Mr Rasid said...

Saya ada anak yg disusukan oleh seorang wanita, maka adakah saya dan wanita tersebut menjadi muhrim disebabkan anak susuan tersebut?

insan_kerdil said...

Assalamualaikum Mr. Rasid.

Maaf kerana baru berkesempatan menjawab persoalan akhi.
Jika mengikut hukum, hanya anak akhi yang mempuyai hubungan dengan ibu susuannya, dipihak akhi pula, akhi tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan ibu susuan tersebut.
Jadi akhi tidak boleh menjadi mahram kepada ibu susuan tersebut.