Kesilapan harus diterima sebagai panduan kehidupan. Terimalah kesilapan secara positif dan hati terbuka demi keharmonian dalam kehidupan. Resam Melayu mengatakan kehidupan dilalui dengan 'asam garam', iaitu adakalanya masam dan masin yang menggambarkan bahawa kehidupan ini dilalui dengan pelbagai pengalaman yang akhirnya menjadikan kehidupan semakin lengkap.
"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" ~ (6:32)
Thursday, October 15, 2009
Asam garam kehidupan
Kesilapan harus diterima sebagai panduan kehidupan. Terimalah kesilapan secara positif dan hati terbuka demi keharmonian dalam kehidupan. Resam Melayu mengatakan kehidupan dilalui dengan 'asam garam', iaitu adakalanya masam dan masin yang menggambarkan bahawa kehidupan ini dilalui dengan pelbagai pengalaman yang akhirnya menjadikan kehidupan semakin lengkap.
Monday, October 5, 2009
Allah Maha Mengetahui
Setelah baju tu diambil, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Selangor..Sedang asyik kami bersembang, tiba2 berlaku sesuatu yg kami memang x sangka2, Kami dengar bunyi something yg meletup..tiba2 kami lihat cermin depan keta kami retak...ia terus retak dan retak..saya sangat terkejut..memang x sangka nak jadi cam nie..saya agak panik gak la sebab x penah lagi berdepan dgn situasi cam nie..mak kata lps bunyi tu, mak kalih ke cermin sisi pemandu, then katanya dia lihat lori yg pass by tadi..mungkin cermin keta kami terkena batu dari lori tadi..mak kata sebelum ni pon penah terjadi..kejadian yg sama, cuma tempat dan keta jer berbeza..
mak terus call produa nak tanya sal keta tu..pastu mak call insuran plak..mak try check samaada insuran keta tu cover cermin ke x..then officer kat sana kata takda..then pihak insuran tu dah call towing truk utk kami..so kami tunggulah dgr sabar..Alhamdulillah x lama pas tu towing truk pon sampai dan kami dihantar ke salah satu bengkel di rawang..
--------------------------------------------------------------------------------------------------
sEbenar apa yg saya nak bg tau, sebelum ni saya selalu tengok keta lain yg kena towing..tiap kali tengok tu saya tertanya2 apa perasan tuan keta bila keta diorang kena towing..x tau nape hati ni tertanya2..kalo ikutkan, saya slalu jer nek keta yg dipandu laju..140 - 150 km/j...bg saya biasa jer...xde perasaan gementar..malah saya rasa seronok ada la...(hehe..nakal3)
Tengok betapa Allah Maha Mengetahui..saya x penah pun ckp kat sape2 tentang perasaan (perasaan ingin tau) tu..Tapi Allah tau..then DIA bukan takat bagi jawapan malah bagi saya rasa terus..so lps ni saya xdelah tertanya2 lagi...Alhamdulillah =)...
p/s: Ini hanya perkongsian pengalaman hidup saya ja =)..
Sunday, October 4, 2009
Nikmatnya Syurga
"Buatlah kalau berani. Nanti nak masuk neraka?"
Tujuannya cuma nak takutkan anak2 dia. Nak ajar anak dia yg benda tu x elok dan berdosa. Anak2 plak bila dengar pasal neraka ni, rasa gerun sikit. Almaklumlah, kat sekolah ustaz/ustazah selalu ingatkan kita pasal syurga dan neraka.
Pastu bila nak buat benda yg baik plak , mak ayah mesti cakap :
"haaa..cam tu la baru betul. Kalau buat cam tu nanti dapat pahala, dapat masuk syurga".
wah, kalau dengar cam tu, semangat ja nak buat..pastu mesti rasa cam "ketagih" nak buat lagi..sebab time tu hati masih suci, senang ja nak faham bila org cakap..dulu seronok sangat bila org cakap pasal syurga..excited jer..
Sahabat2, dulu dan skang lain sangat, tapi syurga dan neraka Allah tetap sama..tak kira, dulu, sekarang even masa depan pun, benda tu tetap sama. Sama dari segi nikmat dan azabnya..Cuma sekarang ni kita tak nampak dan tak leh rasa jer..
Ada satu hadith : Dari Sahal bin Saad r.a dari Rasulullah s.a.w sabdanya:”Di dalam syurga terdapat sebatang pokok yang naungannya tidak terlewat (tidak terlepas dilalui di bawahnya) oleh seorang pengendara selama seratus tahun.” (Muslim)
Huraian:
Allah berfirman yang maksudnya:"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa" (ali-Imraan:133)
Sememangnya syurga itu sungguh luas dan setiap manusia menginginkan syurga di akhirat. Syurga, di dalam al-Quran, disebut Jannah. Penghuninya adalah orang-orang yang bertaqwa . Maka alangkah bahagianya sekiranya kita dapat membimbing diri kita, anak-anak dan isteri kepada cara hidup yang diredhai Allah sehinggakan semuanya terselamat daripada api neraka. Bahkan sebuah keluarga yang bertakwa itu bukan sahaja akan bersama-sama mengecap kebahagiaan di dunia tetapi di akhirat juga mereka akan berkumpul lagi untuk kehidupan yang selama-lamanya.
Firman Allah S.W.T yang maksudnya:”...syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.” (ar’Ra’d: 23)
Kehidupan yg membahagiakan lagi menyenangkan.
Kehidupan yg diidam2kan oleh semua muslimin dan muslimat.
supaya kami dapat merasai nikmat syurgaMu.
Ya Allah kurniakanlah kami syurga tertinggiMu,
sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Penyayang.Amin =)
Berkasih sayang
Tak tau nape tiba2 terpanggil utk menulis pasal tajuk nie. Alhamdulillah setelah satu hari perjalanan yg agak memenatkan..Saya sampai ke destinasi yg dituju. Tepat jam 5.30 ptg bas sampai di terminal bas Hentian Putra. Sesampai sahaja disana saya dgn segera mengangkut 2 beg kecil utk ke surau. Setelah menghantar sms kpd mak cik (lebih kurang cam mak sendiri dah => ) hp saya tiba2 padam..erm..rupa-rupanya dah kehabisan bateri..Macam mana ni? Macam mana nak contact dgn mak cik lepas nie?? Erm..charger xde la plak. Jadi saya duduk jer dlm surau tu, menanti dgn pasrah. Kebiasaannya mak cik akan park kereta disebelah surau, jadi sambil2 menunggu mak cik sampai, saya mengintai melalui tingkap surau. Setelah agak lama didlm surau tu, mak cik pun muncul. Sambil bersalaman mak cik memberitahu saya bahawa dia
Dlm perjalanan balik ke Rawang, umah dimana saya “menumpang kasih dan sayang”, dan merangkap office bagi saya, kami singgah di pasar (x sure pasar tani or pasar malam). Kami ada membeli beberapa juadah utk makan malam nanti. Setelah selesai m’bersihkn diri, kami makan malam. Bagi saya makan mlm ni agak lama gak la..sambil makan kami discuss pasal keje ckit, sambil2 tu mak cik ada baca 1 buku. Buku yg agak menarik. Sambil membaca tu mak cik ada buat ulasan pasal buku tu.
Saya Cuma nak konsi kisah dibawah :
Pada zaman nabi, ada sorang perempuan muda yg mengendong seorg lelaki tua..Tba2 terjumpa dgn sahabat2 Nabi. Lalu mereka b’tanya, “wahai wanita, kenapa kamu mengendong lelaki tua itu?” . Maka jawab si perempuan tadi, “Ketahuilah bahawa lelaki tua ini adalah bapaku dan dia mahu bermain2 dgn ku”.
MOralnya : tengoklah kasih sayang antara anak dan ayah ni and it could be love among daughter and mom. Betapa ayah dan ibu kita kasih dan sayangnya pada kita. Semasa kita kecil dulu, dia slalu mendoakan supaya kita dipanjangkan umur, tapi sebaliknya berlaku bila kita yg menjaga mereka. Kita jadi sangat sensitif. Cepat marah, mudah terasa hati, kita mudah rasa penat. Sesungguhnya sedarlah wahai umat manusia. Itu tanggungjawab kita. Kita kena laksanakan. Melainkan kita x takut di hari pembalasan nanti.
Dulu waktu kita masih kecil, semua kehendak kita mak ayah turuti tanpa rasa jemu.
Semua masa kita dipenuhi gelak ketawa kerana mereka
Tapi malangnya bila mereka sudah tua dan tak berdaya, anak2 yg dibesarkan dan ditatang bagai minyak yg penuh ni mula menunjukkan belang. Ibu dan ayah sudah tidak dihiraukan. Kalau ada yg masih kasih dan sayang pada ibu dan ayah mereka, mereka pasti sanggup lakukan apa yg telah ibu dan ayah mereka lakukan pada mereka. Malah mungkin lebih dari tu. Berkasih sayanglah. Dari kasih timbul sayang. Dari sayang berputik simpati. Dari simpati berbunga pengorbanan. Dari pengorbanan berbuah kesetiaan. Kasih dan sayang pada org tua, pengorbanan pada mereka, kesetian yg tak berbelah bagi, insyaAllah takkan sia2.
Jika sekiranya kita rasa berat sangat nak berbakti pada org tua kita,
Ingatlah walau seburuk mana pun layanan mereka pada kita, tapi mereka masih ada hak keatas kita. Hak sebagai ibu dan ayah. Mereka boleh menuntut hak tersebut. Hak tadi menjadi tanggungjawab yg kita terpaksa pikul, walaupun kita nak atau sebaliknya, tapi hak tu masih dan akan ada selagi kita ada hubungan dengan insan yg bergelar ibu dan ayah.
Semoga dpt menjadi peringatan buat diriku yg “pelupa” ini dan kutujukan buat sahabat2 sekalian.
p/s : artikel 3 hr lps..huhu..alhamdulillah br dpt siapkan..
Thursday, September 3, 2009
Read carefully =)...
Read Each One Carefully and Think About It a Second or Two
1. I love you not because of who you are, but because of who I am when I am with you
2. No man or woman is worth your tears, and the one who is, won't make you cry.

3. Just because someone doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have.
4. A true friend is someone who reaches for your hand and touches your heart.
5. The worst way to miss someone is to be sitting right beside them knowing you can't have them.
6. Never frown, even when you are sad, because you never know who is falling in love with your smile.
7. To the world you may be one person, but to one person you may be the world.
8. Don't waste your time on a man/woman, who isn't willing to waste their time on you.
9. Maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one, so that when we finally meet the person, we will know how to be grateful.
10. Don't cry because it is over, smile because it happened.
11. There's always going to be people that hurt you so what you have to do is keep on trusting and just be more careful about who you trust next time around.
12. Make yourself a better person and know who you are before you try and know someone else and expect them to know you.
13. Don't try so hard, the best things come when you least expect them to.
REMEMBER: WHATEVER HAPPENS, HAPPENS FOR A REASON.
True friends: How many people actually have 8 true friends?
Hardly anyone I know ! But some of us have all right friends and good friends!!!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*-*-*
Being happy is the priority of living, If u wanna be sad, Be sad 4 something thats worth it.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*-*-*-*
Wednesday, September 2, 2009
Makhluk Tuhan yg paling hebat
"Allah SWT menciptakan bumi ini, pada mulanya ia bergoncang, lalu diciptakan gunung-ganang agar menjadi mantap dan kukuh. Para malaikat berasa kagum terhadap kejadian gunung-ganang itu bertanya, "Wahai Tuhan kami, adakah makhluk-Mu yang lain yang lebih hebat daripada gunung-ganang itu? "Ada, ia adalah besi," jawab Allah SWT.
Malaikat bertanya lagi, "Wahai Tuhan, adakah terdapat makhluk-Mu yang lain yang lebih hebat daripada besi?" Allah SWT menjawab, "Ada, ia adalah api."
"Adakah yang lebih hebat daripadanya?" Ya, ia adalah angin," jawab Allah SWT.
Para malaikat masih belum berpuas hati. Mereka bertanya lagi, "Selain angin adakah lagi yang lebih hebat?" "Ada", jawab Allah SWT: "Itulah anak Adam (manusia) yang bersedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikan sedekah itu dari tangan kirinya." (HR. Imam Ahmad)
subhanallah...betapa bertuahnya jika kita dpt kd maklhuk Allah yg hebat itu...saya doakan moga kita semua b'jaya jd makhluk yg hebat itu...aminnn..
Apa bukti cinta kita????

Malam itu, selepas terawih, imam membuat pengumuman tentang satu majlis ilmu yg akan dilaksanakan setelah selesai solat terawih..
menurut imam tersebut majlis ilmu tu akan dijalankan selama 5-10 minit..
Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi, lega mendengarnya..bukan setakat lega..tapi seronok pun ada gak..dah agak lama diri ni tak ditarbiah..dah agak lama jugak diri ni terasa ketandusan..terasa "dahaga" sangat..alhamdulillah, nampaknya masih ada yg mengerti keperluan umat..
Selepas membuat pengumuman pendek tu, majlis pun bermula:
"Tidak sempurna iman sesorang itu selagimana dia tidak mencintai aku (Rasulullah s.a.w) melebihi dia mencintai kedua ibubapanya, jiran2nya, sahabat2nya dan semua urusan dunianya"..
Lebih kurang cam tu la ayat pembuka pengisian tersebut..semua jemaah diam..kusyuk mendengar, sambil mentafsir maksud yg cuba disampai oleh imam tadi..saya tersenyum sendiri..terasa sedikit excited..seronok sangat..imam tadi menambah:
Bukannya kita tak boleh cinta atau sayang pada mak ayah, bukan kita tak boleh sayang pada sanak saudara kita, dan bukan kita tak boleh sayang pada jiran tetangga kita..maksudnya, kita kena sayang pada Nabi Muhammad s.a.w melebihi kita sayang pada insan2 yg lain..jangan la sahabat2 tersalah tafsir. Kita bukan dilarang sama sekali menyayangi kedua ibu bapa kita, tapi kasih dan sayang kita pada mereka haruslah tidak melebihi cinta kita pada Rasul tercinta..

cuba sahabat2 lihat, bila couple kita sanggup menghabiskan top up kita utk yg tersayang. Kita sanggup menghabiskan duit utk insan yg kita cintai. itu caranya kita nak menzahirkan rasa sayang dan cinta kita pada pasangan kita. Tapi apa bukti yg kita sayangkan Rasulullah??? Kalau kita sanggup dan sudi menghabiskan masa kita utk yg tersayang, kita seharusnya buat lebih dari tu utk menzahirkan cinta dan sayang kita pada Rasulullah..Cinta kita pada Rasulullah harus melebihi cinta kita pada insan2 yg lain. Jadi kalau kita sanggup menghabiskan masa berjam2 utk menceriakan, utk membuktikan cinta pada insan tersayang, jadi kita seharusnya menghabiskan masa berhari-hari utk Rasulullah bagi membuktikan kita menyayangi dan mencintai beliau.
cuba sahabat2 tanya diri sendiri, apa yg telah kita lakukan utk membuktikan atau menzahirkan rasa kasih dan sayang kita pada Rasulullah?? Apa yg telah kita korbankan demi membuktikan cinta kita pada Rasulullah s.a.w?? apa yg telah kita sumbangkan demi cinta kita pada beliau??
cuba kita betul2 zahirkan cinta kita pada yg selayaknya. kalau dulu kita asyik dok cerita pasal pasangan kita, jadi mulai sekarang ceritalah pasal "pasangan" kita ni dekat sahabat2..cuba cerita pasal Rasulullah tecinta ni dekat sahabat2..kalau yg ni, nak cerita kat mak ayah pon boleh gak. Tak perlu risau mak ayah marah. insyaAllah diorang suka..bukan takat suka, sayang pun ada..cuba kita perkenalkan "kekasih" kita ni pada insan terdekat..cuba kita amik tau biodata, peribadi, sikap, teladan dan riwayat hidup beliau.
Kalau kita ni jenis yg suka dok puji2 kebaikan pasangan kita..jgn nk tipu kata x penah buat (bg yg couple la)..cuba ubah..cuba kita puji2 Rasulullah..kalau rasa suara dia merdu n suka nyanyi plak, cuba selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. gunakan suara merdu kita tu utk menzahirkan cinta kita pada beliau...
Sunday, August 30, 2009
Wasiat dari makhluk Tuhan (Allah)
Bapak setan ...Yang Besar Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ...
untuk Sebulan ( No Overtime!! and No Replacement!!! ). KENALIlah diri anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah diri anda.
tau!!.. 
Saturday, August 29, 2009
Apa nak jadi...apa nak jadi..
Malam ni merupakan hari ke-8 puasa..hehe..alhamdulillah masih dikurniakan umur yg panjang dan insyaAllah moga kita semua menggunkannya utk beribadat kepadaNYA.. ALhamdulillah, selepas berbuka, seperti kebiasaannya kami akan solat maghrib secara berjemaah. Then after solat, semua mengisi masa masing2 dgn aktiviti yg berfaedah (baca al-Quran, baca buku2 agama n macam2 lg)..
Saya dgn kawan ni dah janji dgn kawan kat bilik sebelah utk berterawih kat blok sahaja memandangkan masjid agak jauh dari sini..
Mendengar azan isyak, kami terus bergegas ke tempat yg telah ditetapkan bagi mereka yg mahu solat terawih di blok..Sesampainya disana, kami terus masuk dan memenuhkan saf..Alhamdulillah, kami dapat solat isyak secara berjemaah..After solat isyak..makmum pompuan pelik kenapa solat terawih belum mula lagi..ada sorang muslimah tu mengintai muslimin melalui tabir putih dihadapan kami..Then kata kakak tu, mereka sedang bermesyuarat (diorang wat bulatan)..Lama jgak kami tunggu..Pelik pun ada gak..Setahu saya, selepas solat isyak, imam akan bagi ruang bagi mereka yg mahu solat sunat, then lepas tu terus terawih..Tapi kenapa bdk2 laki ni siap wat mesyuarat lagi..
Lepas tu ada la sorang wakil budak laki cakap: "Maaf ya, solat terawih malam ni dibatalkan"...hah..apa nie???sume muslimah terkejut..apa ni??x faham...apa dah jadi???nape tiba2 dibatalkan???sedangkn tadi solat isyak OK jer...erm...macam2 la reaksi dari pihak muslimah ni...Semua macam x percaya..Tapi terpaksa percaya sebab memang tu dah keputusan dari pihak bdk laki tadi..Saya dapat lihat muka2 kecewa para muslimah yg memang turun ke tempat tu utk sama2 berjemaah buat solat terawih..Para muslimat plak menjawab : "Tak de yg sanggup jadi imam, kami x sanggup nak tanggung, takkan nak paksa plak kan org jadi imam"...wah bahagianya jawapan kaum muslimin ni..
So terpaksa la kami balik dgn perasaan yg kecewa...Sedih rasanya bila kita x mampu nak tolong org yg nak buat baik...
Friday, August 14, 2009
Jilbab pakaian menutup aurat..
Kita janganlah keliru dgn tuntutan menutup aurat.
Menutup aurat hendaklah menutup tubuh badan yg wajib ditutup,
bukan menutup kulit sahaja..
Memakai tudung bukan utk rambut,
tetapi menutup kepala (kecuali muka), leher dan dilabuhkan hingga ke bawah dada..
- pakaian yg menutup seluruh anggota tubuh wanita kecuali muka dan dua telapak tangan hingga pergelangan tangan. inilah aurat wanita apabila berhadapan dgn lelaki ajnabi menurut pendapat yg ,masyhur dlm mazhab Syafie.
- pakaian yg menutup aurat@jilbab itu sendiri pada dasarnya bukanlah perhiasan
- kain pakaian yg digunakan adalah drp fabrik yg tebal dan x nipis @ jarang. tujuannya utk menghalang drp menampakkan warna kulit dan bayangan susuk tubuh badan.
- pakaian menutup aurat@ jilbab itu dr segi yg longgar dan x ketat @sempit. Tujuannya agar x menampakkan bentuk tubuh badan.
- x memakai wangi-wangian hingga menusuk hidung. berwangi hanyalah sekadar utk menghilangkan bau badan.
- fesyen pakaian tidak menyerupai pakaian wanita2 kafir dan org jahiliah.
- pakaian itu x menyerupai pakaian org laki2..
- berpakaian dgn x ada maksud utk menunjuk2, menarik perhatian @ mempamerkan kecantikan kpd org lain.
Tuesday, August 11, 2009
Jom kita bersedekah =)..

Bazar Kita adalah sebuah perniagaan yang bercita-cita besar iaitu untuk mengeluarkan zakat sebanyak RM 1000,000.. marilah kita merealisasikan cita-cita ini.. Bazar Kita juga terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam membantu orang-orang susah di luar bandar & pelbagai projek khidmat masyarakat yang lain..

2. Chocolate wave : 1 box - Rm26
3. White snow ice : 1 box - Rm24
4. makmur putih : 1 box - Rm28
5. tembikai cookies : 1 box - Rm28
6. cornflakes madu : 1 box - Rm24

7. purple mama : 1 box - Rm24
8. cornflakes pisang : 1 box - Rm24
9. kelapa pandan : 1 box - Rm24
10. biskut jagung : 1 box - Rm24
11. papa carrie pink : 1 box -Rm24
12. lada cookies : 1 box - Rm24
13. dahlia cookies : 1 box - Rm24
14. walnut ball : 1 box - Rm27
15. pink green carrie : 1 box - Rm24
16. pandan cookies : 1 box - Rm24
17. kacang bulat cookies : 1 box - Rm24
18. kelapa vanila cookies : 1 box - Rm24
19. mama carrie : 1 box - Rm24
20. sweet bamboo : 1 box - Rm24
21. peanut creamer : 1 box - Rm24
22. kacang panjang cookies : 1 box - Rm24
23. gajus cookies : 1 box - Rm24
24. tat bunga : 1 box - Rm24
25. nestum cookies : 1 box -Rm24
26. appolo cookies : 1 box - Rm24
27. suji marble : 1 box - Rm24
28. strawberi cookies : 1 box - Rm28
29. suji cookies : 1 box - Rm24
30. papa carrie : 1 box - Rm24
31. half croquent : 1 box - Rm26
32. ice cream cookies : 1 box - Rm24
33. pink mama cookies : 1 box - Rm24
34. cornflakes chocolate : 1 box - Rm24
35. yellow apple : 1 box - Rm24
36. coklat awana : 1 box - Rm24
37. tat gulung : 1 box - Rm24
38. coco bronis : 1 box - Rm24
39. sweet heart : 1 box - Rm24
40. choclate chip : 1 box - Rm24
41. almond chocolate : 1 box - Rm24
42. chocolate croquent : 1 box - Rm26
43. suji kristal : 1 box - Rm24
44. cornflakes : 1 box - Rm24
45. coco peanut : 1 box - Rm24
46. almond london : 1 box - Rm24
47. pink bamboo : 1 box - Rm24
48. bamboo rice : 1 box - Rm24
49. apple cookies : 1 box - Rm24
50. snow ice cookies : 1 box - Rm24
51. almond delight cookies : 1 box - Rm24
52. white coffee cookies : 1 box - Rm24
53. butter finger : 1 box - Rm24
54. badam cookies :1 box - Rm 24
55. choc berry : 1 box - Rm 24
56. layer cake : 1 box - R15
p/s: each box ada 50 biji
Kos penghantaran : Rm10 untuk setiap 5 box kuih.maklumat lanjut sila email kepada bazarkita@yahoo.com.sg .. nanti kami reply email tu... :)
jemput la ziarah ke blog perniagaan kami di
a) balang kuih berhias
b) butik raudhah
c) gedung sulaman
nantikan produk-produk lain juga.... :)
Saturday, August 1, 2009
MenAngIS..
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;" (Surah An-Najm 53:43)
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
5. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Wallahua'lam
Monday, July 27, 2009
BUlan Syaaban
Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya.. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.
Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.
Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu
mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat..
Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi Maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.
Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat Keampunan dan rahmat Allah SWT.
Friday, July 24, 2009
Alhamdulillah
p/s: maaf x boleh nal taip panjang2 sebab skang ni dlm bas..x bape nak stabil..insyaAllah blog ni akan diupdate lg.
Sunday, July 5, 2009
Pesanan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali
- Wahai Ali, sesungguhnya para wali Allah tidak mendapat rahmat dan keredhaan-Nya dengan membanyakkan ibadah, tetapi mereka mendapatkannya dengan kemurahan hati dan memandang hina kepada dunia.
- Wahai Ali, dermawan itu dekat dengan Allah dan dekat dengan rahmat-Nya serta jauh daripada azab-Nya. Manakala si bakhil jauh daripada Allah dan jauh juga daripada rahmat-Nya tetapi dekat dengan azab-Nya.
- Wahai Ali, Aku melihat tertulis di pintu syurga: "Kamu diharamkan daripada semua orang yang bakhil, penderhaka dan pengumpat.''
- Wahai Ali, ketika Allah menjadikan syurga, ia berkata, "Wahai Tuhanku mengapakah Engkau menjadikan aku?'' Allah menjawab: "Untuk semua orang yang dermawan dan bertaqwa.'' Ia menjawab : "Aku rela.'' Manakala neraka bertanya : "Wahai Tuhanku mengapakah Engkau menjadikan aku?'' Allah menjawab: "Untuk semua orang yang bakhil dan orang yang sombong takbur.'' Ia pun berkata: "Aku bersedia untuk kedua-duanya.''
- Wahai Ali, sesiapa yang menyalahi hawa nafsunya, sesungguhnya syurga adalah tempat duduknya. Sesiapa yang mengikut hawa nafsunya, sesungguhnya neraka adalah tempat tinggalnya.
- Wahai Ali, berhati-hati dengan seruan atau doa orang dermawan. Sesungguhnya apabila ia memberi, Allah mengambil dengan Tangan-Nya.
- Wahai Ali, sesiapa yang memberi makan orang Islam dengan ikhlas, maka Allah menulis baginya ribuan kebaikan dan menghapuskan daripadanya ribuan kejahatan dan Allah mengangkatnya seribu darjat.
- Wahai Ali, Kasihilah saudaramu seperti kamu mengasihi dirimu.
- Wahai Ali, para malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat gambar-gambar atau patung-patung atau penderhaka kepada ibu bapanya atau rumah yang tidak dikunjungi tetamu.
- Wahai Ali, lakukan kebaikan walaupun kepada orang yang buruk perangainya.'' Ali bertanya: "Siapakah sebenarnya orang yang buruk perangai?'' Rasulullah menjawab: "Dia adalah orang yang diberi nasihat tetapi tidak mengambil nasihat itu. Apabila diberi amaran tidak mengendahkannya serta tidak menghiraukan sama sekali segala yang dikatakannya dan segala yang dikatakan kepadanya.''
- Wahai Ali, sedekah secara rahsia memadamkan kemarahan Tuhan, membawa berkat dan rezeki yang banyak. Orang yang menghebohkan sedekah pada pagi hari, sesungguhnya ujian turun sebelum awal pagi, dan ia mengembalikan pemberian itu pada angin.
- Wahai Ali, apabila kamu bersedekah, maka bersedekahlah dengan sebaik-baik benda yang ada di sisimu. Sesungguhnya sedekah sesuap makanan yang halal lebih disukai Allah daripada seratus timbangan berat daripada benda yang haram. Sedekah yang diberi sebelum kematianmu lebih utama daripada seratus timbangan berat yang mereka sedekahkan selepas kematianmu. Allah berfirman dalam surah an-Naba' ayat 40 "Iaitu seseorang melihat apa yang telah diusahakan.''
- Wahai Ali, sedekahkanlah bagi orang yang mati dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah telah mewakilkan para malaikat untuk membawa sedekah orang-orang yang hidup kepada mereka. Mereka bergembira dengannya lebih daripada kegembiraan mereka ketika di dunia. Mereka berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosa orang yang memberi cahaya kepada kubur kami dan berikan mereka berita gembira dengan syurga sebagaimana Engkau memberi berita gembira kepada kami dengan balasan syurga.''
- Wahai Ali, lakukan amalan ikhlas kepada Allah. Sesungguhnya Allah tidak menerima melainkan daripada sesiapa yang ikhlas kerana-Nya. Allah berfirman dalam surah al-Kahfi ayat 110, "Sesiapa yang berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.''
Tuesday, June 23, 2009
COuplE..
Erm..Kali ni aku nak citer pasal masalah couple. Memang couple ni bermasalah, sebab tu la aku kata masalah..hoho.. Aku tau sangat. Sebab sume org yg couple, mesti ada masalah punyer. Tp aku x kata la yg x couple 2 xde masalah. Cuma masalah mereka mungkin ringan sikit la dr yg bercouple ni. Mana xnya, cuba korang perhati betul2, bukan ke bila couple, secara automatik kita nak kena fikir pasal pasangan kita. Bukan takat masalah kita jer ada dlm kepala, tambah lg masalah "boyafren"/"gilafrend"..Tak ke beban tu. Dah elok2 xde masalah, gatai lagi nak cari masalah..ish2..manusia2..memang pelik ah. Tapikan, bila solo xde la nak menyemakkan kepala otak korang dgn masalah org len. KOrang fikir pasal korang jer. Ringan kepala..betoi x??
Macam2 alasan yg manusia bagi utk membolehkan diorang couple. Tapi hakikatnya dlm Islam, couple tu haram. KOrang tau nape?? Mesti tau kan. Ingat x ayat ni: Firam Allah : "Janganlah engkau mendekati zina". Erm..maknanya cubalah elak dari melakukan zina. Cakap pasal zina plak, zina ni ada banyak jenis tau, bukannya takat hubungan fizikal jer..Hati pon boleh berzina tau. Bila korang lalai mengingati Allah, asyik dok ingat "boyafren"/"gilafrend" korang jer..Kalo ingat mak ayah berbaloi la jgak. Ini ntah sape2. Aku tau la tu "pasangan" korang..ish..meluat aku dengarnya..Pasangan sehidup semati. Betoi ker? Korang percaya ke? Pasangan sehidup pon blom tentu tau.. pasangan semati lagi la. Jauh panggang dari api.
Dating..best oo pergi dating..huhu..best giler2..nanti boleh tambah amalan. AMALAN JAHAT..bertambah gak kan..NI masalah jagk ni, kOrang gatai pergi dating sape suruh. Ingatlah, bila lelaki dan perempuan berdua2an ditempat yg sunyi nescaya yg ke-3 itu alalah syaitan..korang x takut ker ade setan dok ikut korang. Memang la setan ni slalu mendampingi manusia, cuma bl korang dok dating cam tu, lg la senang diorang nak wat keje. Korang ni adik-badik setan ker, yg dok "baik hati" tolong diorang tu apa kes??
Ni tren baru. Hehe. Jadi remaja ni x best la kalo x ikut trend. Nanti dikatakan kolot plak. "ishk ko ni macam mak2 org jer" ~oish..panas ati kalo kita dengar, betoi x?? Trend remaja skang, xmo bercouple, x best couple nie, tp nak ada teman, baru best. "Teman tapi mesra".. Yg ni istilah baru. Saje nak cover. Kalo sebut couple, cam obvious sgt kan, jd nak memudahkan cerita n urusan (kat dunia je la), jadi istilah ni pon diperkenalkan.
Fikir2kan lah..Allah kurniakan kita akal supaya kita manfaatkannya. Kalo ciptaan DIA yg len ada otak tapi kita ni lg special, ada akal, boleh berfikir.
Yg mana baik tu jadikan teladan, yg mana buruk 2 jadikan sempadan. Yang mana yg baik tu dtg dari Allah dan yg mn buruk 2 dtg dari diriku yg x sempurna ini.
p/s: dah agak lama saya x mengupdate blog nie..hehe..busy ckit..skang ni musim exam..doakan sya ye sahabat2..sebenarnya ni artikel lama, cuma baru jer dipublishkan..jadi mohon maaf kalo bahasa agak kasar...malas nak edit..hehe..tapi insyaAllah semua blh faham kot =)..
Sunday, June 14, 2009
Logiknya solat dlm sudut pandangan sains
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Sekian untuk renungan kita bersama
Friday, June 12, 2009
7 kalimah Allah
Sabda Rasulullah S.A.W : Barang siapa hafal tujuh kalimat,
ia terpandangmulia di sisi Allah dan Malaikat
serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut.
7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap Bismillah ~ pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah ~ pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astaghfirullah ~ jika lidah terselit perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya-Allah ~ jika merancang berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah ~ jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun ~ jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah ~ sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Azab bagi wanita
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.
Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
* Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
* Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
* Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
* Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
* Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
* Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.
* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Semoga kita semua terhindar dari azab siksaan ini,
dan semoga kita terpelihara dr melakukan perkara2 maksiat..
Wednesday, June 10, 2009
Manusia ibarat sepohon pokok.

Manusia ni ibarat sepohon pokok.Akar tu ibarat iman kita. Semua manusia tak nampak sebab dia berada di dasar tanah. Kita tak tahu macam mana bentuknya. Walaupun akar tadi kita tak nampak, namun akar tadilah yg menjadi tunjang kepada pokok utk terus hidup. Begitu jugalah iman kita. Kita tak tahu setinggi mana tingkat iman kita,ia tersemat didasar hati kita. tapi iman tadilah yg menjadi pegangan dalam kehidupan kita. Jika kuat iman tadi, maka lebih kuatlah kita. Jika sekiranya iman tidak kukuh didada, maka terhuyung-hayanglah hidup kita.
Batang tu ibarat badan kita. Semua org nampak, macam mana bentuknya dan warnanya. Begitulah badan manusia. Tiada yg tersembunyi. Kita dapat melihat dengan mata kasar kita. Kulit pula ibarat pakaian kita. Kalau sekiranya kulit pokok tu luka @ tertanggal, maka pokok tadi akan terdedah kepada penyakit @ bahaya. Begitulah kehidupan manusia, sekiranya pakaiannya tidak menutup aurat, maka terdedahlah ia kepada bahaya dan dosa.
Dahan pulak menyokong kepada pokok. Menjadi penyeri kepada pokok. Kurang dahannya, kurang menarik lah pokok tu. Dahan membantu membentuk pokok tadi. Makin cantik pokok tadi, makin lah disayangi tuan dia. Didalam kehidupan manusia,dahan tadi ibarat amal kita. JIka banyak amalnya, maka beruntunglah hidup kita. Kita akan disayangi Tuan kita.
Dahan yg segar dan cukup zatnya akan menghasilkan daun dan buah. Tapi tak semua dahan mampu menghasilkan buah. Mungkin dahan tadi hanya mampu menghasilkan daun sahaja. Hanya dahan2 yg terpilih, yg cukup zatnya mampu membantu menghasilkan buah. Dalam kita melakukan ibadat, yg mana yg betul2 ikhlas kerana Allah barulah betul2 mendapat ganjaran dariNYA. Jika sekiranya ibadat tadi dilakukan sambil lewa, ia ibarat dahan pokok yg tidak berzat, maka ia tidak mampu menghasilkan buah. Mungkin zatnya yg kurang mengcukupi tadi hanya mampu menghasilkan daun. JAdi bagi seorang manusia yg hanya melakukan ibadat kerana nama dan pangkat, maka mereka hanya mendapat nama dan pangkat tersebut, namun mereka tidak akan mendapat lebih dari itu. Kerana ibadat mereka tadi tidak ikhlas kerana Allah.
Pokok memerlukan zat utk terus hidup. Ia memerlukan baja, air dan cahaya matahari. Sekiranya kurang mendapat zat, maka pokok tadi akan layu dan tidak mustahil satu hari nanti ia akan mati. Begitu jugalah manusia. Manusia memerlukan ilmu. Tanpa ilmu manusia akan menjadi jahil. Tanpa ilmu manusia ibarat tidak berguna dan mungkin akan menyusahkan dirinya sendiri. Jadi tuntutlah ilmu supaya kita dapat mejadi seorang manusisa yg berguna. Ibarat pokok yg berbuah rendang, yg segar dan menarik.
Pokok yg layu atau yg rendang dan segar??
Fikir-fikirkanlah..











