Sudah agak lama aku tidak mencuri masa untuk mengemaskini blog-blog ku. Aku kesibukan dengan urusan-urusan yang memeningkan kepalaku sendiri. Ikutkan hati aku mahu jer lepaskan tangan, rasa malas untuk buat pe2. Penat. Tapi malam ni, Allah dah menggerakkan hatiku untuk mmenyambung satu artikel yang dah agak lama terbengkalai..Alhamdulillah diberi kekuatan dan kesempatan ini..
Dalam kesibukan aku menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadiri kelas-kelas yang 'terpaksa' aku hadiri pada sem ini, aku mula termenung. Aku ni, makin aku busy makin aku suka 'curi' masa. Itulah aku. Aku belum bersedia untuk ke kelas. Rasa malas mula menghantui diri. Ini semua gara-gara cadangan dari penolong pendaftar kami, aku masih lagi ingat apa yang dicadangkan oleh beliau. "Kamu tak payah susah-susah nak register paper kat sini, lagi pun kamu bukannya sempat ambil exam kat sini, kamu register jer kat sana, pas tu transfer kredit ke sini, kalau kamu register kat sini, kamu akan menyusahkan pihak pendaftaran, lepas tu kamu nak kena cancel balik sebelum pergi, tak ke dua kali kerja, buat susah jer". Itu yang membuatkan aku belum bersedia untuk ke kelas, sebab aku dah set dalam minda, sekarang tak payah study lagi, tunggu pergi sana baru kena study. Power of mind la katakan.
Erm..Sambil memikirkan masa depan, ingatan aku mula merawang ke tempat lain. Tiba-tiba aku terkenangkan seorang insan. Insan yang sangat berjasa dalam hidup aku. Yang banyak membantu dan sentiasa menyokong aku. Banyak mengajar dan mendidik aku. Insan yang bergelar 'sahabat' dalam susah dan senang, beliau sentiasa disisi. Aku merinduimu duhai 'sahabat'. Dah lama benar kita tidak 'berjumpa' bahkan tidak jua bersua muka. Bagaimana agaknya 'sahabat' di 'sana' ?.. Aku doakan semoga dikau tenang dan sentiasa dirahmati dan dicucuri rahmat olehNya..
'Sahabat', sudah agak lama kita berpisah. Berpisah dari segi fizikal. Namun perpisahan fizikal ini tidak menentukan perpisahan rohani kita. Sahabat, buat pengetahuanmu, aku disini sentiasa mengingatimu, paling kurang aku akan menyebutmu 5 kali sehari. Setiap kali diri kerdil ini selesai menyembahNya, tidakku lupa untuk berdoa untukmu sahabat. Aku tidak lupa mendoakan keampunan dan ketenangan untukmu disana.
Sungguh..diri ini amat merinduimu. Sangat merinduimu. Setiap kali dirimu menyapa ingatanku, setiap kali itu jualah air mataku mula mengalir. Ibarat air terjun yang tidak penah letih mencurahkan airnya kebumi. Air mataku sungguh 'murah' ketika itu. Sahabat, disaat iman ini tidak kukuh didada, aku terasa kurang sabar untuk bertemumu. Sungguhku ingin bertemumu.
Sungguh cepat masa berlalu. Sedar tidak sedar sudah 11 tahun kita berpisah. 11 tahun adalah satu jangkamasa yang panjang, namun aku harus sabar kerana aku tahu, aku sudah tidak mungkin untuk bertemumu disini walaupun aku terlalu mendambakan pertemuan denganmu. Aku amat mengharapkan pertemuan denganmu.
Sahabat, berat bagiku menempuh hari-hari mendatang tanpamu. Banyak benar dugaan dan cabaran yang menimpa. Aku memerlukanmu sahabat. Nasib aku telah benyak berubah setelah engkau "tinggalkan" aku. Aku kehilangan punca kekuatan disaat engkau tinggalkan aku. Engkau terlalu penting dalam hidupku sahabat. Kenapa engkau sanggup tinggalkan aku, sedangkan engkau tahu aku tidak kuat tanpamu??Bukankah engkau tahu aku terlalu bergantung kepadamu??Tidakkah engkau tahu aku tidak mampu mempertahankan diriku setiap kali dibuli dan dikacau oleh budak-budak nakal??Engkau jualah tempat aku mengadu dan menangis. Dan setiap kali itu jualah engkau akan menenangkanku. Sahabat akanku ingat pesanmu :"sabarlah.. banyak-banyakkan bersabar..Dah penat nanti diorang berhentilah.."
Setiap kali aku mengadu padamu, setiap kali itu jualah engkau akan mengulangkan kata-kata yang sama. Disaat itu aku tetap marah. Tetapi, sekarang aku amat merindui ungkapan itu. Ungkapan yang keluar dari mulutmu sahabat.
Sekarang diriku telah meningkat dewasa. InsyaAllah jika dikurniakan umur yang panjang, aku bakal menempuh alam dewasa tak lama lagi. Aku telah banyak belajar. Sekarang barulah aku sedar akan semua aturan hidup ini. Sekarang aku dikurniakan ramai sahabat-sahabat yang mampu dan boleh menenagkan aku disaat aku kesedihan dan keseorangan. Sahabat-sahabat aku sentiasa mengingatkan aku: "Allah tarik satu nikmat dari kita sebab Dia nak kurniakan nikmat-nikmat yang lain".. Betullah tu, aku kehilangan "sahabat" yang sorang tapi dikurniakan sahabat-sahabat yang ramai, keluarga angkat yang banyak (sekarang ni dah ada 3..Alhamdulillah).. Allah dah kurniakan penggantinya..Semoga ukhuwah yang dibina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan sentiasa dalam redhaNYa.
p/s: walaupun Allah telah mengurniakan pengganti yang ramai, namun, engkau sentiasa dihati dan terutama..Semoga engkau tenang dan aman disana..
No comments:
Post a Comment