Monday, June 1, 2009

Tak dak org yg faham aku..

"Ah..x mau la aku..mak aku x penah nak faham aku..sikit2 nak soh aku dengar cakap dia..dia ingat aku xde perasaan ke?? aku pon nak ada kehidupan aku sediri jgak..asyik nak kena ikut dia jer, kalo yg aku suka xpelah, ni ntah ape2 yg dia nak"..

Saya senyum jer..Bukam senyum perli..Tapi sekadar memberi ruang kepada kawan saya untuk berkongsi rasa hati dia. Biarkan dia luahkan dulu. Kalau menyampuk pon belum tentu dia nak dengar. Jadi sia2 je lah nasihat atau pandangan kita nanti dan keadaan mungkin jadi lebih parah sekiranya kawan kita menyalah ertikan pandangan kita diwaktu tu. Dia tengah "panas" tu. Orang yang tengah 'panas' ni sukar untuk membuat pertimbangan sebab tu lah kadang2 mereka akan melakukan perkara yang tak sepatutnya mereka lakukan.

Saya biarkan kawan saya reda dulu. Biar dia stabil dulu, baru saya bercakap. Saya sekadar mengiakan atau bertanya sahaja. Waktu tu teringat pesanan dari kawan2 saya : "Orang yg tengah panas ni jangan kita siram dengan minyak, kalau tak buruk padahnya". Erm..betul jgak. Memang sangat betul pon. Macam2 boleh jadi, sebab orang tu tengah tak bape stabil. Lagi pon saya tahu bukan senang nak berurusan dengan org yg menganggap he/she is the best among the best ni.

Kawan, meh cni, aku nak bagi tau hang :

Kawan..jangan kita sekali2 memandang rendah pada orang lain. Lebih2 lagi mak ayah kita sendiri. Walaupun mereka tak pernah ke sekolah, tak pernah masuk university tapi tak semestinya kita ni lebih baik dari mereka..


Jangan sesekali kita memperkecilkan org tua kita. Walaupun mereka tidak pernah bersekolah, tinggal pun di kampung tapi tak semestinya kita ni lebih baik dari dia. Kawan ingatlah, satu hari nanti kita pun bakal jadi ayah dan ibu jgak, kita nak ke anak2 kita perkecilkan kita? Kita nak ke anak kita pandang rendah pada kita hanya kerana mereka ada pendidikan yang lebih tinggi dari kita?


Memanglah, kita mungkin selalu berbeza pendapat dan pandangan dengan mereka. Normal la tu. Kawan..patunya kamu lebih mengerti ibu bapamu kerana kamu ni berpendidikan, tapi nampaknya pendidikan yang kamu dapat tak cukup untuk mentarbiah diri kamu sendiri, masakan untuk dijadikan perkongsian dengan teman2 yang lain. Kawan, masakkan kamu tidak sedar, taraf pendidikan dan cara didikanmu berbeza dari mereka. Dan kerana itulah pendapat kamu tak pernah sehaluan dengan mereka.Tapi, cubalah kawan..Cubalah jadi insan yang memahami..


Kawan tidakkah kamu tahu, tiada ibu mahupun ayah yang mahu melihat anaknya derita dan tersiksa. Tiada ibubapa yang mahu melihat anaknya gagal. Dan tiada ibu bapa yang mahu melihat anaknya susah. Mereka cuma mahukan satu, MEREKA HANYA MAHUKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK2NYA..tidakkah engkau sedar semua itu..Jadi kamu tak perlu risau, ada sebab dia mahukan kamu lakukan sesuatu.


Ingatlah, kalu bukan kerana mereka, kita takkan ada kat sini dan mungkin kita juga tak berpeluang dapat apa yang kita dapat sekarang. Jadilah insan yang bersyukur, kenanglah jasa mereka. Dah banyak mereka berkorban untuk kita. walaupun kita tak pernah dapat seperti apa yang kawan2 kita ada, tapi ingatlah, itulah yang terbaik yang mereka mampu berikan.


Janganlah kita membandingkan diri kita dengan org yang lebih baik dari kita,

nescaya kita akan jadi mereka yang tak pernah cukup dgn apa ada


tetapi


bandingkanah diri kita dengan mereka yg lebih susah dari kita

nescaya kita akan lebih besyukurlah dengan segalan nikmat dari NYA.


Ingatlah, redha Allah itu terletak dibawah redha kedua ibu bapa kita.

Moga kita semua tergolong dalam golongan yg mendapat redha Allah =)..



16 comments:

humbleServant said...

syukran
posting kali nih mmg tepat2 kene batang idung saya
mak dan ayah

sebenarnya mak ayahlah org yg paling byk berkorban untuk kita
sekalipun ada yg tak betul mereka lakukan
they still n 4ever our parents

cuma kadang2 kita tanpa sengaja melukakan mereka
bukan mudah untuk jadi ibu bapa
dan
bukan mudah untuk bergelar anak2 yg soleh dan solehah

itu sebab darjat mak ayah tersangatlah tinggi
sehingga allah kata
"ridho allah fil ridho alwalidaini"
keredhaan allah terletak pada keredhaan ibu bapa

moga2 kita sama2 memburu gelaran
anak2 yg diredhai^^,

insan_kerdil said...

to humbleServant:

afwan ya ukhti =)..

ana minta maaf kalo post kali ni ada menyinggung mn2 pihak, tujuan ana hanya satu, hanya ingin berkongsi dgn sahabat2 sekalian..moga ia dapat memberi manfaat kpd semua..

ye btol 2, bkn mudah utk kita jd anak yg soleh @ solehah tapi bukan mudah x b'maksud ia adalah mustahil..cuma kita perlu usaha n banyakkan b'doa padaNYA..

pasal mak ayah plak, btol jgak, bukan mudah utk jadi mak ayah yg dpt memenuhi semua kehendak anak2nya..tmbh2 kalo anak2 ramai n mcm2 perangai..kesian mak ayah nak kena layan semua..

yg penting kita kena husnuzon (bersangka baik) dgn mereka..mungkin pe yg mereka lakukan kita rasa bnd 2 x baik bg kita, tp mana tau itulah yg t'baik bg kita.. kadang2 kita menginginkan sesuatu yg mgkn bkn hak kita..

jadi sbg anak kita kita xboleh buruk sangka dgn mak ayah..kita kena patuh n redha dgn segalanya.

sekiranya mak ayah suruh kita buat sesuatu yg kita x suka (selagi x melanggar hukum), kita cubalah penuhi permintaan diorang..mana tau itu adalah permintaan terakhir dr diorang..

xpelah kalo kita t'paksa mengorbankan kegembiraan kita hanya utk melihat mereka gembira..hari ni kita mungkin bersedih tapi yg pastinya ganjaran dariNYA dihari kemudian adalah besar n x t'kira..

yg mn yg kita nak??
gembira pada hari @ gembira dihari kemudian??
tepuk dada tanya akal =p..

aminn =)..
moga kita semua tergolong dlm golongan yg mendapat redha Allah =)..

humbleServant said...

ALLAH hai
bertuahlah ibu dan bapa yg mendapat anti sbgai anaknya

mudah2 han saya juga begitu ",

insan_kerdil said...

aminn..

moga kita semua tergolong sebagai anak2 yg soleh n solehah dan mendapat redha Allah =)..

chipsey said...

hey bro...gud post. mmg kna sgt..mencanak kt bth idung...bergaullah dgn baik pd dua ibu bapa..chill bro

insan_kerdil said...

to chipsey:

hai =)..

yup, betoi 2...sy setuju..bergaullah dgb baik pd dua org tua kita nescaya tenang didubia n akhirat =)..

lillah أم هريرة said...

hai bro...

hai hai...

haha (gelak nakal)

:p

lillah أم هريرة said...

nak masuk syurga kuncinya mak ayah..

senangkn hati mak ayah..

wat apa yg diorg nak...

mmgla x smudah yg dilafazkan..

tp bila kita ikhlas niat mentaati perintah mak ayah tu krn nak redha Allah...

insya'Allah akn dipermudahkn urusan utk mentaati tu..

yg slalu anak2 rasa payah nk taat mak ayah tu sbb hati x de rasa nk cari redha Allah..

bila sgalanya krn Allah.. insya'Allah akn dpmudahknNya...

:)

insan_kerdil said...

to lillah :

yo...whats up =p..

hoho (gelak nakal gak)

p/s: dok imagine cam mn lillah gelak..kwang3..

insan_kerdil said...

to lillah:

erm..btol 3..

setuju sgt =)..
makacih ya embak diatas perkongsian ilmunya =)..

moga kita semua adalah golongan yg m'cari redha Allah =)..

lillah أم هريرة said...

ish3..

napa?

x penah dgr lillah gelak nakal ka?

:0

insan_kerdil said...

x..

x penah la plak...

slalu tgk nini jer yg gelak nakal..

tmbh2 kalo dia dah b'jaya "buli" org..huhu

Ali Imran Md Salleh said...

Salam ziarah..

Nice post.. =)

Anonymous said...

jzkillah 4 sharing..:)waitng 4 ur nw post..:)

insan_kerdil said...

to imran:

ahlan2..

syukran =)..

moga dapat memberi manfaat..

insan_kerdil said...

to hnmawaddah:

jazakillah =)..

doakan ana ek, moga beroleh ilham darinNYA utk dijadikn p'kongsian bersama =)..

insyaAllah..