Monday, July 27, 2009

BUlan Syaaban

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah Mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya.. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu
mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat..

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi Maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat Keampunan dan rahmat Allah SWT.

Friday, July 24, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah setelah sekian lama saya tak sempat mengupdatekan blog saya, hari ni Allah telah memberi saya kesempatan utk mencoret sesuatu didalam blog ni. Alahamdulillah saya ingin berkongsi rasa gembira dan seronok dengan semua teman2 krn skang ni saya otw nak blk kampung. Saya ditemani oleh my "sister" (kak bulma). Saya balik kali krn ada "misi" khas. Semoga misi ni dapat dilaksanakan sebaik mungkin...doakan saya ek =)..

p/s: maaf x boleh nal taip panjang2 sebab skang ni dlm bas..x bape nak stabil..insyaAllah blog ni akan diupdate lg.

Sunday, July 5, 2009

Pesanan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali

RASULULLAH s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah:

- Wahai Ali, sesungguhnya para wali Allah tidak mendapat rahmat dan keredhaan-Nya dengan membanyakkan ibadah, tetapi mereka mendapatkannya dengan kemurahan hati dan memandang hina kepada dunia.

- Wahai Ali, dermawan itu dekat dengan Allah dan dekat dengan rahmat-Nya serta jauh daripada azab-Nya. Manakala si bakhil jauh daripada Allah dan jauh juga daripada rahmat-Nya tetapi dekat dengan azab-Nya.

- Wahai Ali, Aku melihat tertulis di pintu syurga: "Kamu diharamkan daripada semua orang yang bakhil, penderhaka dan pengumpat.''

- Wahai Ali, ketika Allah menjadikan syurga, ia berkata, "Wahai Tuhanku mengapakah Engkau menjadikan aku?'' Allah menjawab: "Untuk semua orang yang dermawan dan bertaqwa.'' Ia menjawab : "Aku rela.'' Manakala neraka bertanya : "Wahai Tuhanku mengapakah Engkau menjadikan aku?'' Allah menjawab: "Untuk semua orang yang bakhil dan orang yang sombong takbur.'' Ia pun berkata: "Aku bersedia untuk kedua-duanya.''

- Wahai Ali, sesiapa yang menyalahi hawa nafsunya, sesungguhnya syurga adalah tempat duduknya. Sesiapa yang mengikut hawa nafsunya, sesungguhnya neraka adalah tempat tinggalnya.

- Wahai Ali, berhati-hati dengan seruan atau doa orang dermawan. Sesungguhnya apabila ia memberi, Allah mengambil dengan Tangan-Nya.

- Wahai Ali, sesiapa yang memberi makan orang Islam dengan ikhlas, maka Allah menulis baginya ribuan kebaikan dan menghapuskan daripadanya ribuan kejahatan dan Allah mengangkatnya seribu darjat.

- Wahai Ali, Kasihilah saudaramu seperti kamu mengasihi dirimu.

- Wahai Ali, para malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat gambar-gambar atau patung-patung atau penderhaka kepada ibu bapanya atau rumah yang tidak dikunjungi tetamu.

- Wahai Ali, lakukan kebaikan walaupun kepada orang yang buruk perangainya.'' Ali bertanya: "Siapakah sebenarnya orang yang buruk perangai?'' Rasulullah menjawab: "Dia adalah orang yang diberi nasihat tetapi tidak mengambil nasihat itu. Apabila diberi amaran tidak mengendahkannya serta tidak menghiraukan sama sekali segala yang dikatakannya dan segala yang dikatakan kepadanya.''

- Wahai Ali, sedekah secara rahsia memadamkan kemarahan Tuhan, membawa berkat dan rezeki yang banyak. Orang yang menghebohkan sedekah pada pagi hari, sesungguhnya ujian turun sebelum awal pagi, dan ia mengembalikan pemberian itu pada angin.

- Wahai Ali, apabila kamu bersedekah, maka bersedekahlah dengan sebaik-baik benda yang ada di sisimu. Sesungguhnya sedekah sesuap makanan yang halal lebih disukai Allah daripada seratus timbangan berat daripada benda yang haram. Sedekah yang diberi sebelum kematianmu lebih utama daripada seratus timbangan berat yang mereka sedekahkan selepas kematianmu. Allah berfirman dalam surah an-Naba' ayat 40 "Iaitu seseorang melihat apa yang telah diusahakan.''

- Wahai Ali, sedekahkanlah bagi orang yang mati dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah telah mewakilkan para malaikat untuk membawa sedekah orang-orang yang hidup kepada mereka. Mereka bergembira dengannya lebih daripada kegembiraan mereka ketika di dunia. Mereka berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosa orang yang memberi cahaya kepada kubur kami dan berikan mereka berita gembira dengan syurga sebagaimana Engkau memberi berita gembira kepada kami dengan balasan syurga.''

- Wahai Ali, lakukan amalan ikhlas kepada Allah. Sesungguhnya Allah tidak menerima melainkan daripada sesiapa yang ikhlas kerana-Nya. Allah berfirman dalam surah al-Kahfi ayat 110, "Sesiapa yang berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.''