Wednesday, February 23, 2011

Makmum Masbuk..




Budak perempuan tu tergesa-gesa berlari masuk ke masjid. Disebabkan dia bersiap agak lewat pada hari itu, dia telah lewat untuk berjemaah di masjid. Masuk-masuk sahaja dia melihat semuanya tengah berdiri dgn tegak dan tersusun memenuhi saf. Dia cepat-cepat membentangkan sejadah kecilnya disebelah seorang Mak cik A. Alhamdulillah kerana dia masih sempat beada di saf pertama bagi jemaah perempuan. Memang tak dinafikan, hari-hari biasa begini memang tak ramai yg sanggup datang berjemaah di masjid. Biasanya hanya malam selasa sahaja kawasan masjid ini dibanjiri dengan semua muslimin dan muslimat. Semuanya datang untuk mecari pengisian rohani. Malam selesa sememangnya masjid tersebut akan mengadakan ceramah agama.

Disebabkan dia terlewat, jadi apabila dia telah sedia untuk memulakan solatnya, imam telah rukuk. Dia ikut rukuk bersama imam. Dan budak perempuan itu meneruskan solat berjemaah sehingga selesai berjemaah. Imam memberi salam setelah menyelesaikan solat 3 rakaat. Budak perempuan tersebut pun mengikut memberi salam. selesai solat ada sedikit wirid dan bacaan doa seperti biasa.

Selesai mengaminkan doa, budak tersebut terpaksa menoleh ke arah kirinya memandangkan dia merupakan org yg paling tepi. Sambil tersenyum dia menghulurkan tangan. Sambil bersalam, Mak Cik A berkata : " kenapa bagi salam bersama imam? bukan ke tadi datang lambat? patutnya kena ganti 1 rakaat" .

Budak perempuan itu kehairanan, lalu dia menjawab : " Tapi ustaz kata kalo sempat rukuk bersama imam, masih dikira rakaat tu".

Masih terngiang-ngiang lagi dibenak budak perempuan itu segala ilmu tentang solat berjemaah yang pernah diajar oleh ustaznya dikelas Fardu ainnya yg lepas. Dia masih dapat mengingat dgn jelas tentang saranan ustaznya supaya solat berjemaah kerana pahalanya akan digandakan. Betapa teringinnya dia memperolehi pahala yg banyak.

Tapi ternyata jawapan seorang budak berumur 8 tahun tersebut tidak dapat memberikan keyakinan pada Mak Cik A.

Mak cik A menyambung : " Mana ada macam tu, kamu kena solat balik, solat kamu tadi tak sah".

Budak perempuan tersebut kebingungan : " Tapi Mak Cik, ustaz kata kalo masih sempat rukuk sersama imam, rakaat tu masih dikira".

Mak cik A : "Kamu mana ada baca Al-Fatihah tadi"..

Budak perempuan itu keliru. Namun dia yakin dgn apa yg ustaznya penah ajar dulu. Dia yakin yg solatnya sah, sebab dia solat cukup 3 rakaat tadi.

Mak cik A : "Baik kamu solat balik, solat kamu tak sah ".

Budak perempuan tersebut terdiam.

Tiba2 ada seorang lagi Mak cik B yg dah berumur menyapa : " Ingatkan dah tak datang". Tegurnya sambil tersenyum kpd budak perempuan itu. Dia merupakan Guru kelas Al-Quran budak perempuan tesebut.

Mak cik A sangat mengenali Mak cik B. Dia tidak tahu bahawasanya Mak cik B tu guru kpd budak perempuan itu. : " Kenal ke budak ni". Tanyanya kpd Mak Cik B.

Mak Cik B : " Kenal sangat. dia belajar ngaji dgn saya. Ingatkan dah tak datang dah tadi. Selalunya dia akan datang awal. Tapi tadi tengok jgak, tak nampak2. Masa nak bersalam baru nampak dia dok kat hujung ni".

Mak cik A : "Budak ni tadi datang lambat, dia solat tak cukup rakaat, terus dia bagi salam bersama imam. Saya dah suruh dia solat balik, tapi dia tak nak".

Mak cik B merenung muka budak perempuan tersebut. Budak perempuan tersebut lalu bersuara, : "Tadi saya memang datang lambat, lepas tu bila saya mula nak solat, imam dah rukuk. Jadi saya teruslah rukuk. Tapi dekat sekolah, ustaz cakap kalo masih sempat rukuk bersama imam, rakaat tu masih dikira".

Budak perempuan tu mengharapkan penjelasan selanjutnya dari guru mengajinya.

Mak Cik B : "Erm..macam ni..memang betul, kalo kita masih sempat rukuk bersama imam, memang rakaat tersebut masih dikira. Betul la tu dia solat tadi. Dah cukup rakaatnya". Jelasnya kpd mereka berdua.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Walau siapapun kita, walau dimana pun kita, walau setinggi mana pun jawatan kita, walau semulia mana pun kita dimata masyarakat, walau setua mana pun kita, sentialah kita koreksi diri. Jangan disebabkan kita rasa kita adalah seseorang, atau kita lebih dr seseorang sampaikan kita sukar untuk menerima teguran dari orang  lain, terutamnya dari org yg lebih kurang dr kita. Cubalah kita turunkan ego kita, cuba terima teguran dari insan lain. Mereka menegur kita sebab mereka sayang kita, jika mereka tak sayang, mereka takkan pernah ambil tahu tentang kita. Ingatlah, sebaik2 teman adalah mereka yg menegur kita apabila kita berbuat silap.
Ingatlah, lagikan semulia-mulia insan, Nabi Muhammad s.a.w pun menerima nasihat dan tegur dari sahabat baginda.

P/s: Sedikit info tentang solat berjemaah : Ada 2 jenis makmum iaitu, mamkmum masbuk dan makmum muafiq.


Masbuk ertinya ialah makmum yang tidak sempat membaca al-Fatihah beserta imamnya pada rakaat pertama.
  1. Jika dia takbir sebelum imam ruku’, hendaklah terus membaca al-Fatihah seberapa yang dapat. Apabila imam rukuk sebelum sempat dia membacakan bacaan al-Fatihahnya maka dia hendaklah ruku’ mengikut imamnya.
  2. Jika di takbir ketika imam sedang rukuk maka hendaklah dia terus ruku’ serta tumakninah. Maka rakaat itu juga dikira.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :
            “ Apabila  seseorang kamu datang bersembahyang sewaktu kami sujud, maka hendaklah kamu sujud dan janganlah kamu hitung rakaat itu satu rakaat & sesiapa yang mendapat satu rukuk beserta imam maka ia telah mendapat satu rakaat”.

P/s/s: Semoga kita semua dijauhkan dari sifat sombong, bongkak dan riak. Ingatlah, kita ni bukan sesiapa. Kita ni hanya hamba Allah yg hina dan penuh dgn kekhilafan. Hanya Nabi ja yg maksum (suci dari dosa). Moga kita semua tergolong dlm golongan yg lembut hatinya yg dapat menerima teguran dan tunjuk ajar dari org lain..Aminnn...

P/s/s/s : Kepada mereka yg bergelar guru atau pendidik, jalankanlah tanggungjawab anda sebaik mungkin. Terutamanya bg pendidik yg mengajar budak sekolah rendah, ingatlah mereka sangat suci, macam mana kita bentuk dia, macam tulah dia nanti. Mereka hanya menerima apa sahaja yg kita sampaikan kpd mrk bulat2. Mereka masih belum mampu menimbang antara baik dan buruk. ~ : Semoga anda semua dapat melaksanakan tanggungjawab anda sebaik mungkin ^_^..

No comments: