Sunday, August 30, 2009

Wasiat dari makhluk Tuhan (Allah)

Assalamu'alaikum..
Ni saya dapat email daripada seorang sahabat..Best email ni. Renung-renungkan..MySpace

Bapak setan ...Yang Besar Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ... untuk Sebulan ( No Overtime!! and No Replacement!!! ).


Maka dengan ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA : -

* Kalau tgh beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan yang suruh!!

* Kalau ada Runner yg tolong beli Bekalan - Dia takde kena mengena dengan !!!


* Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan yang dok bagi korang MALAS tau!!

* Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!!


* Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn awek/balak siang malam - Bukan yang bagi line!!
* Kalau suka Boros sangat shopping Raya - Bukan yang suruh!!
* Kalau tak habis2 mengata orang - Bukan yang bagi idea!!
* Kalau tak habis2 suka berdengki kat orang - Memang bukan yang dok cucuk!!

Maka MANUSIA , ambillah peluang ini untuk UPGRADE kan diri anda,
KENALIlah diri anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah diri anda.
Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin..........Renungkanlah..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!!...Tunggu Sapa lagi....
Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!..... Ada juga yg suka merungut Zakat mahal .....Ini pun takdak kena mengena dgn tau!!..
Tolonglah Manusia ooiii.......Kalau Semua dah Beriman dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime....
Akhir kata - SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT ......................... We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he
~ Semoga mendapat istifadah/pengajaran daripada pesanan ini.. MySpace~
:: RAMADHAN KAREEM ilaikum jami'an!MySpace ::
Wassalam..

Saturday, August 29, 2009

Apa nak jadi...apa nak jadi..

Dah agak lama blog ni menyepi..maaf diatas kekurangan ilmu diri ini utk berkongsi dgn sahabat2 sekalian..Alhamdulillah hari ini saya hanya ingin berkongsi satu pengalaman yg saya sendiri pun tak tersangka akan berlaku..

Malam ni merupakan hari ke-8 puasa..hehe..alhamdulillah masih dikurniakan umur yg panjang dan insyaAllah moga kita semua menggunkannya utk beribadat kepadaNYA.. ALhamdulillah, selepas berbuka, seperti kebiasaannya kami akan solat maghrib secara berjemaah. Then after solat, semua mengisi masa masing2 dgn aktiviti yg berfaedah (baca al-Quran, baca buku2 agama n macam2 lg)..
Saya dgn kawan ni dah janji dgn kawan kat bilik sebelah utk berterawih kat blok sahaja memandangkan masjid agak jauh dari sini..

Mendengar azan isyak, kami terus bergegas ke tempat yg telah ditetapkan bagi mereka yg mahu solat terawih di blok..Sesampainya disana, kami terus masuk dan memenuhkan saf..Alhamdulillah, kami dapat solat isyak secara berjemaah..After solat isyak..makmum pompuan pelik kenapa solat terawih belum mula lagi..ada sorang muslimah tu mengintai muslimin melalui tabir putih dihadapan kami..Then kata kakak tu, mereka sedang bermesyuarat (diorang wat bulatan)..Lama jgak kami tunggu..Pelik pun ada gak..Setahu saya, selepas solat isyak, imam akan bagi ruang bagi mereka yg mahu solat sunat, then lepas tu terus terawih..Tapi kenapa bdk2 laki ni siap wat mesyuarat lagi..

Lepas tu ada la sorang wakil budak laki cakap: "Maaf ya, solat terawih malam ni dibatalkan"...hah..apa nie???sume muslimah terkejut..apa ni??x faham...apa dah jadi???nape tiba2 dibatalkan???sedangkn tadi solat isyak OK jer...erm...macam2 la reaksi dari pihak muslimah ni...Semua macam x percaya..Tapi terpaksa percaya sebab memang tu dah keputusan dari pihak bdk laki tadi..Saya dapat lihat muka2 kecewa para muslimah yg memang turun ke tempat tu utk sama2 berjemaah buat solat terawih..Para muslimat plak menjawab : "Tak de yg sanggup jadi imam, kami x sanggup nak tanggung, takkan nak paksa plak kan org jadi imam"...wah bahagianya jawapan kaum muslimin ni..

So terpaksa la kami balik dgn perasaan yg kecewa...Sedih rasanya bila kita x mampu nak tolong org yg nak buat baik...

Saya doakan semoga pengalaman yg saya lalui hari ni x perlu dihadapi oleh sahabat2 sekalian...

Friday, August 14, 2009

Jilbab pakaian menutup aurat..

Aurat..Sebenarnya dah ramai hamba2 Allah yg tulis artikel pasal benda ni..Tapi mungkin bagi sesetengah pihak terasa berat je nak laksanakan..Mungkin utk pertama kali kita terasa berat dan munstahil utk kita amalkan, ingatlah, walau cam mn berat pun kita rasa, "berat" lagi balasan Allah pada kita..

Realiti masyarakat hari ini..

Kita janganlah keliru dgn tuntutan menutup aurat.
Menutup aurat hendaklah menutup tubuh badan yg wajib ditutup,
bukan menutup kulit sahaja..

Memakai tudung bukan utk rambut,
tetapi menutup kepala (kecuali muka), leher dan dilabuhkan hingga ke bawah dada..

Di dlm al-Quran (al-Ahzab:59) disebutkan pakaian yg menutup aurat itu dgn nama "jilbab". Jilbab(tudung dlm bhs melayu) adalah sejenis pakaian labuh dgn lapang yg dapat menutup kepala, muka dan dada.

Dibawah ni ada beberapa kriteria pakaian yg menutup aurat:

  1. pakaian yg menutup seluruh anggota tubuh wanita kecuali muka dan dua telapak tangan hingga pergelangan tangan. inilah aurat wanita apabila berhadapan dgn lelaki ajnabi menurut pendapat yg ,masyhur dlm mazhab Syafie.
  2. pakaian yg menutup aurat@jilbab itu sendiri pada dasarnya bukanlah perhiasan
  3. kain pakaian yg digunakan adalah drp fabrik yg tebal dan x nipis @ jarang. tujuannya utk menghalang drp menampakkan warna kulit dan bayangan susuk tubuh badan.
  4. pakaian menutup aurat@ jilbab itu dr segi yg longgar dan x ketat @sempit. Tujuannya agar x menampakkan bentuk tubuh badan.
  5. x memakai wangi-wangian hingga menusuk hidung. berwangi hanyalah sekadar utk menghilangkan bau badan.
  6. fesyen pakaian tidak menyerupai pakaian wanita2 kafir dan org jahiliah.
  7. pakaian itu x menyerupai pakaian org laki2..
  8. berpakaian dgn x ada maksud utk menunjuk2, menarik perhatian @ mempamerkan kecantikan kpd org lain.
kalo berdasarkan ciri2 kat atas 2, rasanya sume boleh faham kot..insyaAllah..sy doakan moga kita semua dapat menjaga uarat kita dgn baik, kita istiqamah dlm melaksanakan tuntutannya.
selamat beriman dan selamat beramal.p

Tuesday, August 11, 2009

Jom kita bersedekah =)..


Bazar Kita adalah sebuah perniagaan yang bercita-cita besar iaitu untuk mengeluarkan zakat sebanyak RM 1000,000.. marilah kita merealisasikan cita-cita ini.. Bazar Kita juga terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam membantu orang-orang susah di luar bandar & pelbagai projek khidmat masyarakat yang lain..

tempahan kuih raya :


1. Mazola : 750g - Rm16

2. Chocolate wave : 1 box - Rm26

3. White snow ice : 1 box - Rm24

4. makmur putih : 1 box - Rm28

5. tembikai cookies : 1 box - Rm28

6. cornflakes madu : 1 box - Rm24


7. purple mama : 1 box - Rm24

8. cornflakes pisang : 1 box - Rm24

9. kelapa pandan : 1 box - Rm24

10. biskut jagung : 1 box - Rm24

11. papa carrie pink : 1 box -Rm24

12. lada cookies : 1 box - Rm24

13. dahlia cookies : 1 box - Rm24

14. walnut ball : 1 box - Rm27

15. pink green carrie : 1 box - Rm24

16. pandan cookies : 1 box - Rm24

17. kacang bulat cookies : 1 box - Rm24

18. kelapa vanila cookies : 1 box - Rm24

19. mama carrie : 1 box - Rm24

20. sweet bamboo : 1 box - Rm24

21. peanut creamer : 1 box - Rm24

22. kacang panjang cookies : 1 box - Rm24

23. gajus cookies : 1 box - Rm24

24. tat bunga : 1 box - Rm24

25. nestum cookies : 1 box -Rm24

26. appolo cookies : 1 box - Rm24

27. suji marble : 1 box - Rm24

28. strawberi cookies : 1 box - Rm28

29. suji cookies : 1 box - Rm24

30. papa carrie : 1 box - Rm24

31. half croquent : 1 box - Rm26

32. ice cream cookies : 1 box - Rm24

33. pink mama cookies : 1 box - Rm24

34. cornflakes chocolate : 1 box - Rm24

35. yellow apple : 1 box - Rm24

36. coklat awana : 1 box - Rm24

37. tat gulung : 1 box - Rm24

38. coco bronis : 1 box - Rm24

39. sweet heart : 1 box - Rm24

40. choclate chip : 1 box - Rm24

41. almond chocolate : 1 box - Rm24

42. chocolate croquent : 1 box - Rm26

43. suji kristal : 1 box - Rm24

44. cornflakes : 1 box - Rm24

45. coco peanut : 1 box - Rm24

46. almond london : 1 box - Rm24

47. pink bamboo : 1 box - Rm24

48. bamboo rice : 1 box - Rm24

49. apple cookies : 1 box - Rm24

50. snow ice cookies : 1 box - Rm24

51. almond delight cookies : 1 box - Rm24

52. white coffee cookies : 1 box - Rm24

53. butter finger : 1 box - Rm24

54. badam cookies :1 box - Rm 24

55. choc berry : 1 box - Rm 24

56. layer cake : 1 box - R15

p/s: each box ada 50 biji

Kos penghantaran : Rm10 untuk setiap 5 box kuih.

maklumat lanjut sila email kepada bazarkita@yahoo.com.sg .. nanti kami reply email tu... :)

jemput la ziarah ke blog perniagaan kami di

a) balang kuih berhias

b) butik raudhah

c) gedung sulaman

nantikan produk-produk lain juga.... :)

Saturday, August 1, 2009

MenAngIS..

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;" (Surah An-Najm 53:43)

Air mata yang tiada di tuntut

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
5. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah SAW bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Wallahua'lam