Wednesday, November 18, 2009

AS rampas 4 masjid kelolaan Iran


GAMBAR menunjukkan pintu masuk ke bangunan Piaget setinggi 36 tingkat yang akan dirampas oleh pentadbiran persekutuan Amerika Syarikat (AS) di New York.


NEW YORK - Pendakwa raya persekutuan Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengemukakan permohonan untuk merampas empat buah masjid dan sebuah bangunan pencakar langit 36 tingkat di sini daripada sebuah kumpulan kebajikan yang didakwa dikawal kerajaan Iran.

Menurut Peguam Daerah Selatan New York, Preet Bharara, pertubuhan itu yang dikenali sebagai Yayasan Alavi dituduh menyalurkan sejumlah dana kepada kerajaan Iran.

Bharara memfailkan aduan sivil di sebuah mahkamah persekutuan di sini untuk membatalkan sejumlah akaun bank milik yayasan tersebut.

Sebuah syarikat perantara, bangunan pejabat, hartanah di Virginia dan pusat Islam di negeri Maryland, Texas serta di California turut dirampas.

Sebanyak lapan hartanah dan sembilan akaun bank terbabit disenaraikan dalam permohonan itu.


PELAJAR-PELAJAR tiba di sekolah Ravi yang dikaitkan dengan rampasan aset Yayasan Alavi oleh pentadbiran persekutuan Amerika Syarikat di New York kelmarin.


Dalam aduan setebal 97 muka surat itu, para pendakwa raya AS mendakwa beberapa pegawai kanan Iran termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tahmasb Mazaheri dan duta ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terbabit dalam urusan perniagaan yayasan tersebut.

"Yayasan Alavi secara aktif menjadi 'kenderaan' untuk kerajaan Iran (melakukan usaha perniagaan setelah dikenakan sekatan ekonomi)," kata Bharara dalam satu kenyataan.

Tindakan itu dijangka akan meningkatkan ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dengan Iran.

Iran sebelum ini didakwa membiayai kumpulan pengganas dan berusaha untuk menghasilkan bom nuklear dengan berselindung di sebalik program janakuasa elektrik.

Presiden AS, Barack Obama pernah memberitahu Kongres kelmarin bahawa hubungan negara tersebut dengan Iran masih belum pulih. - AFP

Sunday, November 15, 2009

Cara nak atasi stress...

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badanseperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yangkuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita
mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya.

p/s: for those yg tengah exam lg tu, jgn stres2...nanti study x jln...study la ngan happy n make u revision as an interesting thing...xdela korang pening2..huhu...

Wednesday, November 11, 2009

Wanita @ perempuan


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan

p/s: artikel ni saya jumpa dlm laptop dan rasanya artikel ni quite nice...so nak kongsi ngan semua =)...so, bagi kaum adam, jgn pelik2 ye bila kaum hawa nangis..nothing strange when they (women) cry...hehe..

Monday, November 9, 2009

Kisah Nabi Muhammad s.a.w sewaktu menemui ajalnya..

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak....

p/s: sebenarnya ada video pasal nie...kalo sahabat2 perasan ada video kat fb, yg di tag kan oleh sahabat saya jgak...

Saturday, November 7, 2009

12 barisan manusia ke akhirat

Barisan Pertama:

di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :"mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"

Barisan ke-2:

di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."

Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu

Barisan ke-3:

di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka

Barisan ke-4:

diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka

Barisan ke-6 :

diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran

Barisan ke-8:

diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas mereka adalah orang yg melakukan zina. tempat mereka juga adalah di neraka. sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"

Barisan ke-9:

diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya

Barisan ke-10:

diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

diiringi dari kubur dlm keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:

diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt."

p/s: Ya Allah yang Maha Adil, betapa seksanya hukuman bagi mereka yg berdosa ini..Jauhkanlah kami dr menjadi golongan tadi (barisan 1-12)...Marilah kita sama2 menjadi golongan yg ke-12 nie...semoga kita semua tergolong dlm golongan hamba yg beramal soleh dan menjaga solat...aminnnn =)..

Friday, November 6, 2009

PERHATIAN !! sukarelawan sebagai guru diperlukan .....

pelajar-pelajar sekolah pondok haji harun seramai 5500 orang

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi..
Kami memerlukan seramai 5 orang guru perempuan dan 5 orang guru lelaki untuk menjadi sukarelawan sebagai guru bahasa melayu dan inggeris.
tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat... ;)

nama sekolah :
Ma'had Al-Bi'that Ad-Diniah (Sekolah Pondok Haji Harun)

tempat :

Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala


masa :
bulan Mac 2010 atau April 2010

tempoh mengajar :
sebulan (3-4minggu)

bilangan murid :
5500 orang

gaji :
tiada~ ini fisabilillah.... ;)

kemudahan :
penginapan dan makan minum disediakan seadanya

tugasan anda :
mengajar bahasa melayu dan bahasa inggeris

bilangan guru yang diperlukan :
5 lelaki dan 5 perempuan

follow up :
bulan disember ini akan ada mesyuarat dengan mudir sekolah.

inilah tempat kita akan bermesyuarat, di Ma'had Al-Bi'that Ad-Diniah (Pondok Haji Harun). insyaAllah kita akan turut mengadakan ziarah dan latihan dakwah (training of trainers -TOT) selama 3 hari pada bulan Disember ini (17-20 Dis).. insyaAllah...


anda berminat?

sila hubungi saya nur khalilah rasyidah (lillah)
di kha_lillah@yahoo.com.sg
blog : coretan fisabilillah

atau
saudara Mohd Saiful Afindi Sulaiman
019-4131472
blog : jundullah

sebelum bulan Disember 2009 ini...

sila beri
1) nama penuh anda,
2) nombor telefon,
3) latar belakang pendidikan
4) dan email anda.


semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan memberi ruang untuk kita melibatkan diri dalam kerja-kerja amal...
*******************************************************************
sedikit catatan (MESTI BACA) :

sekolah pondok haji Harun ini merupakan sebuah sekolah aliran agama dan akademik.. sekolah ini terletak di Selatan Thai (di Bandar Yala) @ wilayah Yala.

sesi pagi fokus akademik manakala sesi petang fokus agama.

terdapat empat kuliah iaitu
kuliyah bahasa arab, syariah, tarbiyah dan usuluddin. jumlah pelajar kuliah ini adalah lebih kurang 600 orang.

di sini juga terdapat sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6. sekolah ini mempunyai lebih 500 orang guru.

sebelum ini sekolah ini pernah mempunyai lebih kurang 10000 orang pelajar. kini pelajarnya cuma 5500 berikutan pergolakan yang berlaku di selatan thai. terdapat beberapa kes dimana beberapa orang guru ditembak menyebabkan ramai yang tidak berani untuk meneruskan pelajaran di sini.


*******************
Anda ingin menyumbang???

Untuk bantun sumbangan kewangan boleh disalurkan boleh di salurkan atas nama Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang, No. Akaun Bank Islam : 7043011013136. Diharapkan Tuan dapat memaklumkan jumlah derma kepada pihak kami untuk tujuan rekod.

kami memerlukan dana untuk membantu menyediakan:
1)keperluan asas pelajar seperti pakaian sekolah, beg sekolah, alatan belajar dan buku-buku yang boleh dimanfaatkan
2)membina dan meningkatkan kemudahan asas sekolah seperti bilik darjah, perpustakaan, pejabat dan sebagainya.



rombongan sukarelawan ke pondok Haji Harun.. ustaz kamaruddin (dua dari kiri), saiful (empat dari kiri)


******************************************************
Ada apa dengan bahasa melayu???


sebelum ini rakyat Thai tidak dibenarkan menggunakan bahasa melayu. mereka yang menggunakan bahasa melayu akan didenda. sedangkan penduduk Patani adalah orang-orang melayu. kesannya ialah anak-anak muda melayu Patani sudah tidak tahu menggunakan bahasa melayu kecuali mereka yang berada dalam kelompok kecil seperti di sekolah pondok ini. kini mereka sudah dibenarkan menggunakan bahasa melayu dan mereka memerlukan kita untuk membantu mereka. rata-rata mereka sudah hampir lupa untuk menggunakan bahasa melayu.

click sini untuk memahami peranan bahasa melayu dalam perkembangan islam



p/s:
uji keupayaan diri, periksa tahap iman, cari susunan dlm keadaan sempit & sentiasa membina diri.. doa kepada Allah supaya Dia memberi kita peluang untuk beramal soleh... tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah...

Anak-anak setan..

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan.

nak tau pe jenis anak2 setan tadi???

K..kita ikuti laporan seterusnya..

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang
yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg
ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga
lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk
ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga
(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai
bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk! (SCROLL DI BAWAH)..

↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

10. Isetan.

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di
sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe umah tangga.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an
pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan

Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, maseh menyonggol depan tv.....kapala
keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!

12. Santan

Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan
masak lemak...hehe