Tuesday, January 19, 2010

AkU yANg LeMaH...

Badanku yang agak kepenatan membuatku terasa mengantuk. Namun entah apa gerangan perasan yang menghalang aku dari melakukannya. Kenapa ni? Tiba2 terasa seakan2 sukar untuk aku memejamkan mata. Kucuba juga kerana aku tahu aku sudah kepenatan. Tidak ada yang aku mampu lakukan malam ini. Aku terus memaksa diriku supaya akur dengan arahan dari otakku yang mahukan rehat. Namun segalanya nampak sia2.


Ah..apa yang dah jadi padaku? Aku terasa amat ganjil bila mataku sukar untuk ditutup. Bukankah aku seorang yang suka tidur. Bukankah aku suka menghabiskan masaku dengan tidur. Kononnya aku tak mahu membuat sesuatu benda yang tak baik. Mahu menjaga diri dari melakukan perkara2 yg dilarang. Tapi lain pula jadinya kali ini. Selalunya aku amat senang untuk tidur. Tak kira mana2 ditempat, tak kira bila2 masa. Tapi kenapa lain pula yang jadinya malam ini.


Apa yang dah jadi dengan aku. Aku tak boleh melelapkan mataku. Ya Allah bantulah aku. Sesungguhnya aku hanya insan yang lemah. Tanpa bantuanMu aku tidak mampu lakukan apa2. Aku hanya mahu merehatkan fizikalku yang telah kepenatan seharian bekerja. Hanya itu yang aku mahu.


Aku terasa begitu diuji bila aku tidak mampu untuk tidur. Rasa seperti tidak percaya, aku memang tidak mampu untuk melelapkan mataku. Sedarlah aku, aku tidak berkuasa, walaupun hanya untuk menggerakkan kelopak mata pun aku tidak mampu tanpa pertolongan dari yang Maha Berkuasa. Ya Allah ampunkan dosaku. Aku adalah insan yang lemah lagi zalim. Berikanlah aku hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar. Berkatilah hidupku. Permudahkanlah urusanku. Rahmatilah dan bimbinglah aku ke jalan Mu.


Betapa aku terasa diri ini hamba yang kerdil. Inilah kuasa penciptaku, sesungguhnya Dia berkuasa keatas segalanya. Aku terpana seketika. Terasa bagai dihinggap tamparan yang hebat. Betapa selama ini aku takbur dan berbangga dengan apa yang ada. Sungguh aku rasa terhina bila menyedari betapa sombong dan alpanya aku. Betapa bodohnya diriku. Betapa kurang ajarnya aku bila berbangga2 dengan apa yang ada. Sebenarnya aku tak sedar yang semua itu datang dariNYA. Ia hanyalah pinjaman sementara. Ia bukanlah sesuatu yang kekal. Betapa Allah mampu menariknya bila2 masa. Apa daya aku untuk melawan. Ya Allah, ampunkan kealpaan aku.

Sesungguhnya aku lemah dalam menilai, aku lemah dalam mentafsir, aku lalai dalam kurniaMU. Bimbinglah daku. Jangan biarkan aku terlalai dengan dunia yang sementara. Kuatkan imanku. Baikilah akidahku.


Dalam kepekatan malam, air mataku merembes dengan laju tanpa dapat aku kawal. Bak air terjun yang jatuh menimpa anak sungai. Mengalir deras bersama keinsafan yang aku perolehi. Aku sedar akan kerdilnya diri ini. Aku tahu betapa hinanya diri ini.


Aku menagis teresak2. sungguh aku tak mampu mengawalnya. Segala berlaku dengan tiba2. tanpa dirancang.dan dengan pantas..


Yang Eqlas :

aku_yang_insap


2 comments:

Mengharap RedhaMu said...

Pintalah pada Yang Satu..
agar hati dikuatkan selalu...
kemana arah kemana tuju..
biarlah walau beribu batu...
hati tetap pada Yang Satu..

Pintalah pada Yang Esa...
agar ceria akal dan minda..
dari selubungi segala dosa...
dari segala dirimu alpa...

jadilah dirimu seorang perindu...
perindu kpd Allah Yang Satu...
biarlah hanya dirimu tahu....
Allah mendengar segala rintihmu...

Allahu Rabbi kata kan selalu....
didalam zikir didalam doamu..
Moga dirimu diberkati selalu...
ikhlas terhadap perbuatan dirimu..
Amin........

insan_kerdil said...

syukran atas perkongsian dr akhi ^_^..