Fenomena hari ini dimana semua umat manusia agak berjaga2 dengan sebarang perakam...cctv, kamera, camcorder, hp dan macam2 lg..kita risau..kita khuatir sekiranya gambar atau rakaman tadi disalahgunakan..
pelik...pelik dan pelik...kenapa harus ada manusia yg menyalahgunakan teknologi ini...bukankah kita harus bersyukur dan berterima kasih, bahkan harus memanfaatkannya sebaik mungkin..tapi apa yg b'laku adalah disebaliknya..mungkin kita terlupa tentang "alat perakam" yg sememangnya tiada tolok bandingan dengan alat2 kita tadi...
Lupakah kita dengan perakam yg asli, yg azali lagi sudah "melekat" pd kita...memang sudah ada sejak kita lahir ke dunia yg fana ini..perakam yg sememangnya tidak akan pernah kehabisan bateri dan tidak akan sekali2 rosak...Perakam yg Allah ciptakan khas utk memantau umatNYA yg sentiasa terleka dan terlena...
~malaikat yg sentiasa berada dikiri dan kanan manusia
~Malaikat Raqib disebelah kiri mencatat amalan jahat sementara malaikat Atid disebelah kanan manusia mencatat amalan baik
~Tiap satu kebajikan ditulis sepuluh kebajikan manakala satu kejahatan ditulis 1 kejahatan sahaja
~Segala tingkah laku manusia tidak akan terlepas dari catatan kedua2 malaikat ini..
P/s: semoga kita semua sentiasa b'ingat2 dan lebih berhati2...setiap apa yg terlafaz, setiap apa yg kita lakukan, dan setiap apa keinginan, kemahuan mahupun fikiran kita...semuanya diperhatikan dan dirakam...
AWAS ANDA SEDANG DIPERHATIKAN !!!!!!!!!!!!!!!!