Teringat saat2 menjadi junior...dulu masa first year, saya sangat aktif berpersatuan..cakap pe je aktiviti persatuan, mesti saya x pernah miss..Senior2 sentiasa mengingatkan kami supaya sentiasa meluruskan niat kerana Allah..walau apa jua cabaran, dugaan yg melanda kita mesti tempuhi dan hendaklah redha..ikhlas3..betulkan niat kerana Allah..itulah kata yg terngiang2 di telinga saya..
dan yg paling saya ingat, kata2 seorang senior :" Kalo kamu lakukan sesuatu dan semuanya berjalan dgn lancar dan mudah, kamu kena stop dan check kembali. Besar kemungkinan ada sesuatu yg tersembunyi yg kamu tak sedar. Mungkin kamu perlu mulakan kembali, sebab Allah dah janji yg dia takkan sekali2 membiarkan hambaNYA tanpa ujian" (~sesungguhnya ia menjadi sumber motivasi kepadaku diwaktu ini~)
betapa beratnya ujian bagi mereka yg ingin dan dambakan kasih Allah..ingatlah syurga Allah bukan murah nilainya..kalo tak sia2 sahaja pengorbanan mereka yg mengejar janji Allah ini. betapa ruginya mereka menanggung azab dan derita dunia.. Tapi disebabkan syurga itu tidak ternilai harganya, maka insan yg mengdambakan kasih Allah sanggup dan rela berkorban walau seberat mana pun ujian itu..
Ya Allah semoga aku, keluargaku, sahabat2ku, kaum kerabatku dan muslimin dan muslimat tergolong dalam golongan ini..berilah ilham kepada kami dalam membuat keputusan, mudahkan urusankan kami, ikhlaskan hati kami dan bimbinglah kami ke jalan yg Engkau redhai..amin ya rab a'lamin..
P/s: betulkan niat...cepat betulkan niat sahabat2...
No comments:
Post a Comment