Jihad. Jihad paling besar melawan nafsu sendiri. Dalam proses jihad kita akan mengalami dilema memilih diantara kehendak dan keperluan. Jika kita ikut nafsu pastilah kita akan memilih kehendak berbanding keperluan kita.
Dalam kita nak melaksanakan jihad ni, kita nak kena tengok balik, apa asasnya, kita berjihad untuk mencari redha Allah. Jika nak cari redha Allah apa yang perlu kita buat? Kita kena la dapatkan redha mak ayah dulu (sila rujuk post yg lepas )..jadi kalau kita mendalami persoalan jihad ni, ia berakar umbi pada redha mak ayah, tapi kita perlu ingat, dalam kita mendapatkan redha mak ayah pulak, jangan sampai kita melanggar perintah agama plak. Kalau dah sampai kita melanggar perintah agama, dah tak jatuh wajib dah untuk mentaati mak ayah (tapi hanya untuk perkara tersebut sahaja, yang lain2 masih lagi kena patuh).
Sebagai seorang anak, kita kena patuh kepada mak ayah untuk mendapatkan redha Allah. Jangan kita membuat sesuatu yg boleh mengundang kemurkaan ibu bapa. Dikhuatiri kita akan mengundang kemurkaan Allah, maka rugilah kita. Taatilah mereka selagi tidak bertentangan dengan agama Allah.
P/s : Post ringkas, semoga bermanfaat..Pesanan dan peringatan buat diri sendiri dan buat sahabat2 yg dikasihi..Ingatlah walaupun kita nak buat kerja dakwah sekalipun, tapi jika tak diizinkan mak ayah, kita kena patuh..Remind pada diri kita : "kita patuh pada mak ayah hanya untuk dapat redha Allah" ~walaupun ianya pahit buat diri kita..Ingatlah kita hidup ni hanya ada 1 matlamatnya jer : untuk medapatkan REDHA ALLAH, maka walau sepahit mana pun, kita kena tempuhi jua..
P/s/s : Ya Allah semoga kami tergolong dalam golongan hamba yang mendapat redhaMU, berikanlah kekuatan kepada kami untuk menempuhi segala ujian hidup dan istiqamahkan kami dalam mencari rehdaMU..aminn...
P/s/s/s: Teringat pesan sahabat : "Tak boleh pergi, mana boleh macam tu, kita da jaga sebaik mungkin, tapi kalu ending dia x baik macam mana? Tak ke sia2..Nanti kalo mati pon, mati katak jer, kita nak mati dalam keadaan mak ayah redha, baru dapat redha Allah..Itu yang kita cari kan dalam hidup.." ~ terima kasih sahabat..
No comments:
Post a Comment