Kita merancang..Allah jua merancang..Tapi yakinlah, perancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan..Jangan sekali-kali kita ragu andai perancanganNYA tidak selari dengan perancangan kita..Jangan kita sedih mahupun kecwa, pati ada hikmah disebalik semua itu. Mungkin DIA hanya mahu hambaNYA kembali kepadaNYA, memohon kepadaNYA, bermunajat kepadaNYA, berserah kepadaNYA..
Berbaik sangkalah kepada Allah, Dia lebih mengetahui..Andai terasa diri sudah memberi yang terbaik, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, jangan sahabat berputus asa.."Jangan berputus asa diatas rahmatNYA"..DIA pasti akan menggantikannya dengan yang lebih baik. Mungkin apa yang sahabat kejar bukanlah yang terbaik buat sahabat n bukan hak sahabat, jadi Allah telah menjaga sahabat dari perkara-perkara yang mungkin bukanlah yang terbaik buat sahabat.
Bersyukurlah sahabat..Allah masih menyayangimu..Allah masih menjagamu..Allah masih mengasihimu..Allah masih ingat padamu..Allah masih dan sentiasa disisimu..Oleh kerana itulah, DIA sentiasa memberi yang terbaik buatmu sahabat..
P/s: Yakinlah sahabat, perancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan..
P/s/s: Jangan sekali-kali kita melatah sahabat..Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita..
p/s/s/s: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." ~ Al-Baqarah ; 286
P/s/s/s/s: Ya Allah berikanlah sahabatku kekuatan untuk menghadapi ujianMU ini.. Kurniakanlah sahabatku kesabaran yang tinggi dalam meniti ujian dunia ini.. Anugerahkanlah sahabatku ketenangan jiwa dan rohani dalam menjalani kehidupan seorang hamba.. Istiqamahkan sahabat dalam mengejar redhaMU..Ya Allah kurniakanlah yang terbaik buat sahabatku, yang dapat memberi kebaikan dunia dan akhirat..Sesungguhnya padaMU aku memohon..Engkau yang Maha Mengetahui, Engkau yang Maha Pemurah dan Engkau yang Maha Penyayang..PadaMU kami berserah, memohon yang terbaik buat sahabatku..Amin ya Rabb..Aminnnn..
P/s/s/s/s/s: Buat insan yang bergelar sahabat ..
No comments:
Post a Comment