Friday, August 27, 2010

Fadhilat Al-Ikhlas

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim. Bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lam yalid Walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga".(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s".

Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'


Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
p/s : Selamat beramal ^_^

Sunday, August 22, 2010

Makanan untuk minda

Agar kita dapat meningkatkan daya ingat, kita harus memilih makanan yang baik, makanan untuk otak dan hal itu dapat meningkatkan kekuatan otak serta sistem syaraf kita. Banyak kajian yang menyatakan bahwa pemilihan makanan yang tepat dapat meningkatkan kekuatan otak hingga 50%. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan antara lain:

· Bijirin dan kekacang ( badam, walnut, kacang soya, kacang a’das, biji labu, kismis, habbatus sauda )
· Sayur – sayuran ( lobak merah, halia )
· Tumbuhan herba ( ginkgo biloba )
· Air ( air mineral, air zam zam, madu, susu, air soya, kopi )
· Daging ayam
· Telur ayam
· Vitamin B ( Thiamine (B1), Niacin (B3), Pyridoxine (B6), Complex (B12) )
· Ikan tuna
· Ulam – ulaman ( pegaga, daun sadri, kemangi )
· Buah – buahan ( anggur hitam, kurma, buah delima, blue berry )
· Roti
· Minyak ( minyak ikan, minyak zaitun, minyak rosemary, minyak sage )

Dan yang penting, makanan tersebut haruslah segar, baik, halal, seimbang, tiada bahan pengawet, tiada perasa tiruan serta tiada pewarna tiruan. Mari kita tingkatkan daya ingat kita, dengan memakan makanan yang baik.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan menyambut BULAN RAMADHAN Al-Mubarak kepada semua sahabat-sahabat yang dikasihi..Insyallah esok kita akan mula berpuasa.. Jangan lupa, puasa bukan sekadar pada mulut bahkan pada kelakuan dan hati :)..

Hargailah peluang berada di bulan Ramadhan pada tahun ini kerana belum tentu kita masih berpeluang untuk merasainya pada tahun depan. Anggaplah ini Ramadhan terakhir buat kita. Manfaatkan bulan ini sebaik mungkin sebelum ia berlalu pergi. sebelum kita terlepas rahmat, keberkatan dan keampunanNYA seperti yang telah Allah janjikan..

Sempena bulan Ramadhan nanti, jom kita format balik kehidupan kita.
Sama-samalah kita:

1.setting niat
2.upgrade iman
3.download sabar
4.delete dosa
5.approve maaf
6.search pahala

Diharapkan puasa pada tahun ini lebih baik dari puasa-puasa yang sebelum ini..insyaAllah..

Sumbangan Ziarah Ramadhan Patani

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Riwayat at- Tirmidzi



Inshaallah sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, sukarelawan akan mengadakan ziarah ke rumah-rumah mangsa konflik (janda, anak yatim dan orang yang hilang upaya akibat konflik) untuk menghantar sumbangan Ramadhan berbentuk :

(1) beras

(2) buah kurma/ buah tamar

(3) minyak ikan

(4) kopi/ teh

(5) lain-lain seperti: dana/ wang, pakaian hari raya


Ziarah tersebut akan meliputi :

(a) Kumpulan 1 : 50 keluarga di wilayah Yala

(b) Kumpulan 2 : 50 keluarga di wilayah Patani

(c) Kumpulan 3 : 50 keluarga di wilayah Narathiwat

(d) Kumpulan 4 : 50 keluarga di wilayah Senggora


Justeru AMANI mengalu-alukan masyarakat khususnya umat Islam untuk menyumbang bagi menjayakan program ini.

Untuk menyumbang:

1) sila hubungiHOTLINE AMANI 019-4131472 dan nyatakan 'Sumbangan Ziarah Ramadhan Patani' beserta jumlah sumbangan yang diberikan.

2) sila salurkan atas nama :
Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP),
nombor akaun Bank Islam : 7043011013136.
(sila maklumkan jumlah sumbangan kepada selepas kemasukan sumbangan kerana akaun tersebut adalah akaun rasmi PUMPP yang turut digunakan untuk badan-badan lain di bawah PUMPP)

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.
(Riwayat Muslim)

Ruj : http://amanpattani.blogspot.com