Monday, March 21, 2011

Bagaikan air yg mengalir

Cuba kita lihat sungai. Airnya laju mengalir dari hulu ke hilir sungai..Namun dalam merentasi susur aliran untuk kehilir sungai, bermacam-macam yang perlu ditempuh. Bermacam-macam halangan yang terpaksa dilalui. Ada saja yang menghalang dan mengganggu.. Gangguan dari sekecil-kecil batu sehingga sebesar-besar batu, gangguan dari ranting2 pokok, batang pokok, dan bermacam-macam lagi. Namun air tu "tak pernah putus asa". Diredah dan ditemuh semua itu. Mungkin halangan tadi menyebabkan arus air semakin perlahan dan perlahan, namun ia masih berusaha untuk terus mengalir. Ia tak kan penah berputus asa dalam menuju ke hilir sungai. Selepas bersusah menghadapi rintangan2 tu, sudah pastilah arus air tadi akan kembali laju..


Begitulah juga kehidupan bersilaturahim kita. Dalam kita bersiaturahim dengan keluarga, sanak saudara dan muslimin dan muslimat serta persahabatan dengan sahabat2 kita. Hubungan tu takkan selamanya "lancar" tanpa apa2 gangguan. Sangat mustahil bagi kita mengimpikan satu keadaan yg baik2 tanpa sebarang gangguan atau ujian. Hidup kita ni ada 1001 kemungkinan. Sama ada ia adalah sesuatu yg kita boleh jangka atau ia adalah sesuatu yg diuar jangkaan kita.

Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda :
" Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki, belakang-membelakangi dan pulau-memulau. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara (dengan berkasih-sayang dan ziarah-menziarahi). Dan tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan (memulaukan) saudaranya lebih dari 3 hari ". Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dari : Riwayat al-bukhari
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”



"Patutkah manusia menyagka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaa)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikianlah), nyata apa yang diketahui Allah tentang oarang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNYA tentang orang-orang yang berdusta" ; Surah Al-Ankabut, Ayat 2-3

Jadi, kesimpulannya, jangan dikenang benda yg tak baik, hanya ingat benda-benda yg baik sahaja kerana ia bisa merosakkan ikatan silaturahim antara kita. Yang lepas tu biarlah lepas, yg penting kita jaga yg kedepan ni. Manusia mana ada yg sempurna.. Mungkin kekhilafan tu hanyalah satu ujianNYA utk melihat sejauh mana keikhlasan kita dalam bersilaturahim. Jadi jangan sekali2 memeutuskan silaturahim..

P/s : Ya Allah, jangalah Engkau jadikan kami hamba yg mensia2kan apa yg telah Engkau kurniakan pada kami..Tunjukkanlah kami sebaik2 cara untuk bersyukur atas nikmatMU..

Monday, March 14, 2011

Kisah Penjual Tempe




Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidupnya. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.



Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, ia separuh matang. Biasaannya tempe beliau telah matang sebelum dia bertolak ke pasar. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang semuanya masih belum matang lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih kerana tempenya masih belum menjadi, sudah pasti ia tidak dapat dijual dan tiadalah rezekinya pada hari itu.

Dalam keadaan yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan  bahwa tiada yang mustahil bagi Allah. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin". Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika kerana kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soya ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah dipenuhi dengan ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun karena keyakinannya yg sangat tinggi dia memutuskan untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.

Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan perjalanannya ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi dalam perjalanannya kepasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju kepasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini.Amin".

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia merasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, kerana inilah satu-satunya sumber rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk saja tanpa mepamerkan barang jualannya kerana dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang separuh matang itu. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mula sepi, para pembeli sudah mula berkurangan. Dia melihat-lihat kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahwa hari ini dia tidak mempunyai hasil jualan ylangsung. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan mendapat sebarang pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Mak cik ada menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum jumpa."Dia terkejut dan terkedu seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun dia menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "YA Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti sediakala, Amin". Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah terkejutnya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi!

Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya kepada wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahwa anaknya yang kini berada di luar negara ingin makan tempe dari desa. Oleh kerana itu tempe itu akan diposkan ke England, si ibu tadi membeli tempe yang belum menjadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau diposkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak enak lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun menyedari bahawa doanya sudah dimakbulkan oleh Allah...


MORAL DARI KISAH DIATAS:

1: Sahabat-sabahatku sekalian... belum tentu apa yang kita suka itu terbaik untuk kita dan belum tentu apa yang kita benci itu adalah terburuk untuk kita padahal sesungguhnya Allah s.w.t itulah yang Maha Mengetahui.
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t maka dijadikan baginya jalan keluar dan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Tiada yang mustahil bagi Allah s.w.t.
2:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagaihambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.


3 : Tiada yang mustahil bagi Allah

Sunday, March 13, 2011

Pencen akhirat


Oh..ada saja yg kita fikirkan utk planing masa depan. Pening fikir macam mana nak saving utk belanja sendiri, belanja mak ayah, belanja adik beradik, belanja isteri, belanja anak2 dan belanja datuk nenek (mungkin juga ^_^).. Mungkin kita terpaksa membuat belanjawan utk nelihat aliran duit sendiri. Mungkin ada bahagian utk saving bulanan, sebahagian utk bayaran insurance, dan selebihnya lagi utk semua belanja.

Aduh...sakit juga ya..banyak yg kita nak kena cover jika kita mahu selamat. Jika bernasib baik sikit kita ada KWSP, yg ni lg la advance..Memang sah2 dah utk saving di hari tua...HUrmmm..sibuk2 fikir saving masa depan..Masa depan yg difikirkan ni sampai kemana saja?? Dah termasuk ke masa depan yg memang sedepan2nya ke??

Kita kena ingat, "KWSP" yg kita carumkan sekarang ni dah cukup banyak ke utk "menyelamatkan" kita di hari kemudian tu??

Semua org sibuk2 dgn KWSP..Berapa banyak dapaltah?? Bila boleh amik lah?? Wang KWSP nanti utk belanja apa ja??



Kan ke bagus kalo kita semua fikirkan juga tentang "KWSP" di hari kemudian tu..

1~ Bila boleh amik?
 jwpn : di hari pembalasan

2~ Bentuk matawang?
jwpn : pahala n dosa
----> pahala bermakna penambahan nilai, tapi jika ada dosa, ia akan ditolak dari jumlah pahala tadi. Silap2 hari bulan boleh jadi negatif..nauzubillahiminzalik...

3~ Jumlah KWSP?
jwpn : sejumlah perbuatan baik kita n sejumlah perbuatan jahat kita
 ----> jika kita pernah buat jahat ia dikira sebagai ambilan inadvance, jadi jumlah perbuatan baik akan      berkurang bagi nak cover perbuatanyg jahat tadi

4~ Apa yg boleh beli?
jwpn : syurga atau neraka..
----> jika "wang KWSP" kita cukup banyak, boleh la kita terus beli rumah mewah idaman semua iaitu SYURGA..tapi if saving x cukup..terpaksa la "bekerja keras" di neraka dulu la..nauzubillahiminzalik..

So..sekarang macam mana?? Dah calculate ke jumlah KWSP yg kita bakal terima nanti?? Agak2 dah cukup ke nak beli "rumah mewah" idaman semua orang tu?? ~ wink**

p/s : Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka Engkau ampunkalah kesalahan dan kesilapanku. Aku tidak tega ke syurgaMU, namun aku tak sanggup ke nerakaMU..maka Engkau ampunkalah segala kesilapan dan kesalahanku..sesungguhnya dosa2ku bagaikan pepasir di pantai..

Friday, March 11, 2011

Kelebihan solat diawal waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak? 

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru mudayang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudianwarna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yangberkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.
p/s : Credit to I Luv Islam ^_^...

Thursday, March 10, 2011

Cintaku hanya untukMu..


meskipun ku rapuh dalam langkah
kadangkala tak setia kepadaMu

namun cinta dalam jiwa ini 
hanyalah padaMu


maafkanlah bila hati ini tak sempurna mencintaiMu

jauh di dalam hatiku
ku harap hanya diriMu yang bertahta

Sunday, March 6, 2011

Cara nak mengurangkan tekanan.




1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.




6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.


Jerawat = Dosa



Boleh tak kalau saya nak umpamakan antara dosa dengan jerawat?? (Walau apa pun jawapan dari sahabat semua, saya masih nak gunakan juga perumpaan tu ^_^ )...


Hurm..Kita semua sangat alert dengan penampilan kita kan??
Kenapa kita susah sangat nak concern tentang dosa kita ek?


Hurm...Cuba kita bayangkan muka kita ada sebijik jerawat kecik, kita dah mula bising-bising kan?..Kita mula risau. Sepatutnya kita rasa macam tu jugalah dgn dosa kita. 


Sebijik jerawat kecik pun dah boleh merosakkan imej kita kan? Dah boleh mencacatkan pemandangan mata. Inikan pula jika berbiji-biji jerawat kecik. Bahkan apatah lagi jika ia jerawat yg besar. Bukankah ia akan membuatkan muka kelihatan sangat tak cantik. Jika boleh, terasa tak nak pandang muka sendiri kat cermin kalau kita tahu kita banyak jerawat. Kita akan rasa rimas dan malu. 


Kita semua sudah sedia maklum yg jerawat ni pasti dan wajib meninggalkan kesan / parut pada muka. Satu jerawat kecik pasti akan meninggalkan 1 parut kecil pada muka. Begitulah juga jika ia jerawat besar. Cumanya mungkin parut jerawat kecil boleh hilang, cumnaya ia mungkin akan mengambil sedikit masa untuk hilang dari muka kita. Jika ia adalah 1 jerawat besar, sudah pasti ia akan menjadi satu parut kekal pada muka. 


Sepatutnya itulah yg kita rasa, dengan hanya 1 kesilapan/ dosa pun dah cukup buat kita risau dan bimbang. Ini pula jika dosa kita dah bertimbun-timbun. Kita perlu ingat, 1 dosa kecil ibarat 1 titik hitam pada hati kita. Tapi jika dosa itu diulangi dan sentiasa bertambah, maka lama kelamaan hati kita akan hitam dan takde rupa hati. Maknanya makin banyak dosa yg kita lakukan, ia akan menyumbang kepada hati kita jadi "mati". Ia akan "mati" kepada perkara-perkara kebaikan. Nak ke macam tu? Hati yg mati ni sukar utk ditembusi cahaya. Cahaya tak dapat dilihat melalui permukaan yg hitam, gelap dan pekat. Nauzubillah hi min zalik.


Sekarang ni kan zaman dah canggih. Teknologi dah mantap. Bukan setakat parut jerawat, macam-macam lagi pun boleh diubati. Jika kita tahu yg kita mempunyai masalah parut jerawat, pergi je lah ke farmasi dan belilah ubat bagi menghilangkan parut jerawat. InsyaAllah dengan ikhitiar dan izin dari Allah, parut tu akan hilang.


Begitulah juga dengan dosa-dosa kita. InsyaAllah dengan segala perbuatan dan amalan yg baik dari kita, insyaAllah ia akan cuba cover balik dosa kecil kita (jika sikit la). Tapi macam mana nak hilangkan jika dosa kita dah banyak dan jika ia adalah dosa besar??




Mudah jer... Buat taubat nasuha (bersungguh-sungguh) dan berazam utk meninggalkannya. Jangan sekali-kali ulangi kesilapan tersebut. insyaAllah jika kita bersungguh-sungguh dlm memohon pengampunan dari NYA, insyaAllah Allah akan ampumkan. Allah kan Maha Pengampun. Jangan kita sekali-kali berputus asa jika seandainya kita pernah berbuat dosa. InsyaAllah kita masih berpeluang. Kita harus kembali kepadaNYA..


“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".(At-Tahrim : 8)


Sedikit Perkongsian tentang taubat :



Syarat-syarat Taubat
  1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
  2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
  3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

Cara-Cara Bertaubat 
  1. Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah saw : “Menyesali (dosa) itu adalah taubat”.(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
  2. Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.
  3. Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.
  4. Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah :“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan taubat Nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” (At-Tahrim : 8)

Saturday, March 5, 2011

Tak ruginya ^_^..


Kita seringkali berkira utk menderma. Mungkin ada dikalangan kita yg berkira utk menderma kerana mereka agak khuatir akan kehabisan harta mereka atau mungkin juga mereka memandang ia sebagai satu bentuk pembaziran.

Setiap kali org datang meminta derma kpd kita, mungkin terlintas difikiran kita segala macam perasaan yg tidak senang, ada saja yg terlintas difikiran :

"Ah, penat jer aku kerja, senang-senang jer mereka nak duit aku.."
"Buat apa aku kasi, nanti berkuranglah duit aku. Diorang ni ntah sape-sape jer.."
"Kalo diorang nak, usahalah sendiri, ni suka-suka nak mintak dari aku.."

Dan macam-macam lagi yg menghasut. Ingatlah apa saja buah fikiran jahat diwaktu itu, itu semua adalah tipu daya sayaitan dan hawa nafsu jahat diri kita sendiri. Jadi kita harus hentikan semua godaan itu. Jangan kita nak memenatkan kepala, jangan kita nak mensesakkan fikiran kita. Jika tak nak kasi derma, sudahlah, jangan la nak menuduh macam-macam.


Kita pula jangan la nak terlepas pandang :
Sape kata semua yang kita ada tu memang hak kita? Kita kena ingat, itu semua pinjaman dari Allah, mungkin Allah mentakdirkan kitalah orangnya. Orang yg terpilih utk diberi kekayaan. Sebenarnya ia adalah ujian yg besar bagi kita. Sebenarnya Allah nak lihat sejauh mana kejujuran kita apabila melaksanakan amanah yg Allah dah berikan tu. Sejauh mana kita laksanakan semua perintahNYA dan suruhanNYA..

Saya menyeru pada diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian, jika kita mempunyai pendapatan atau gaji atau upah atau pemberian atau hadiah atau seangkatannya, yang boleh dimanfaatkan, maka manfaatkanlah ia sebetulnya. Janganlah kita mensia-siakannya.


“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya” ;(Riwayat Muslim)