Sunday, July 31, 2011

Jom kita grab "Mega Month" ^_^..

Alhamdulillah, setelah sekian lama saya mencari kekuatan utk mencoret disini, Alhamdulillah hari ini Allah telah memberi saya kekuatan itu..Syukur padaNya juga, malam ini jika kita masih dipanjangkan usia, kita bakal berpeluang menegerjakan terawih yg pertama pada tahun ini..Alhamdulillah.

Setiap tahun, tak kira di mana pun, kita selalu dihebahkan dengan "Mega Sale" yg dianjurkan oleh pelbagai pihak. Macam2 juga yg ditawarkan sempena mega sale tersebut. Dengan promosi sana sini, harga runtuh, harga terendah, harga terbaik dan macam2 lagi. Dan setiap kali itu juga kita akan terpengaruh, sanggup berhabis. Menghabiskan wang saku, menghabiskan waktu dan mengahbiskan tenaga semata2 nak merebut mega sale. Yang kononnya pada masa2 tertentu sahaja.

Demi mega sale kita sanggup lakukan apa sahaja utk dapatkannya. Tapi bagaimana pula dengan "Mega Month" ??? Maka rugilah bagi mereka yg tak merebut "Mega Month" kali ini. Munkinkah ini kali terakhir "Mega Month" bagi kita. Jangan kita sia2 kan ia. Entah sempat atau tidak kita menghabiskan sebulan waktu kita di "Mega Month"  kali ni. Semoga kita semua diberi kesempatan utk sama2 menghargai "Mega Month" ini.

InsyaAllah esok , tanggal 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan , maka secara rasminya bermulalah "Mega Month" yg ditawarkan buat semua umat yg bergelar Islam. Istimewa utk umat Islam sahaja.Jom kita tengok apa yg macam mana cara kita nak merebut "Mega Month" ini ^_^..

Keahlian : Terbuka kepada semua Umat Islam
Lokasi : Dibumi Allah
Waktu : Sepanjang bulan Ramadhan
Syarat kelayakan : Beragama Islam


Promosi : ~ Pahala amalan yg digandakan 
               ~ Musuh2 kita dirantai
Mega Promosi : ~Malam Lailatul Qadar

Untuk lebih detail, disini saya ingin berkongsi sedikit hasil pencarian saya dgn sahabat2 yg saya kasihi sekalian . Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua ^_^..


Kelebihan Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.


Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.


Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.


Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.
Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:


"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)



Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa
Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.
P/s : Ya Allah semoga madrasah Ramadhan kali ini dapat mendidik kami menjadi hamba yang lebih baik. semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelum2 ini. Ya Allah sempatkanlah kami betemu "Malam Lailatur Qadar" Mu..Aminnn..

No comments: