Friday, February 15, 2013

Ujian dunia.

Bismillah..
Assalamualaikum sahabat-sahabat, rasanya dah setahun lebih blog ni menyepi, mohon maaf semua :)..
Semoga kali ini Allah memberi kekuatan pada saya untuk istiqamah dalam mencoret kalimah-kalimah yg diharapkan dapat memberi manfaat dunia dan akhirat buat semua yg berpeluang membaca.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu yang padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" Al-Baqrah;216

Bila diri diuji, ingat dua perkara :
  1. ujian itu adalah satu Rahmat dari Allah buat hamba-hamba yg terpilih.
  2. ujian adalah satu kafarah dosa diatas kesilapan dan kealpaan kita di masa lepas.

Kebiasaannya ujian yg paling berat Allah akan ditimpakan pada golongan nabi, dan seterusnya pada hamba-hamba yang terpilih mengikut tahap kemampuan seseorang. Jangan merasa sedih atau terbeban dengan ujian yg menimpa kerana ketahuilah bahawa ujian kita tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan kekasih Allah, baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Ujian juga bukanlah satu bebanan buat manusia, tetapi ia adalah satu bentuk tarbiah buat diri sang hamba. Ingatlah kita hanya hamba dan sesungguhnya itulah beza hamba dengan pencipta kita. Kita diuji supaya kita lebih mengenal erti kehambaan yg sebenar.

P/s : Tidak semua yang kita sukai semestinya baik buat kita dan tidak semestinya semua benda yg kita tak suka boleh kita tinggalkan..Redha dengan segala ujian yg menimpa itu yg terbaik, insyaAllah.



No comments: