Sunday, December 28, 2008

10 Muharram Hari Yang Berkat

Hari Assyura iaitu bersamaan dengan 10 Muharram, disifatkan sebagai hari yang berkatdi dalam bulan Islam.Umat Islam digalakkan supaya melakukan pelbagai amalan sunat pada hari tersebut kerana Allah S.W.T telah menjanjikan ganjaran pahala yang cukup besar bagi mereka yang mengamalkannya.

Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, ada 14 perkara sunat yang boleh kita amalkan pada hari tersebut. Antaranya :-
  1. Puasa sunat pada Hari Assyura. Allah menjanjikan pahala seperti melaksanakan 1000 kali haji, 1000 kali umrah, 1000 kali syahid dan diharamkan daripadanya neraka.
  2. Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala seperti memberi sekalian umat Islam berbuka puasa.
  3. Sembahyang sunat 4 rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Assyura, 4 rakaat kerana Allah taala". Pada rakaat pertama dan ke-2, selepas bacaan Al-Fatihah, bacalah surah Al-Ikhlas senyak 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sudah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
  4. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di Akhirat.
  5. Mandi sunat. Niatnya seperti "Sahaja aku mandi sunat Assyura kerana Allah taala". allah akan memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat pada tahun itu.
  6. Memakai celak. Allah menjauhkan dirinya daripada sakit mata pada tahun itu.
  7. Memelihara kehormatan diri. Allah mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Banyakkan bersedekah. Allah menjauhkan dirinya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak henti-henti hingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dalam dunia ini.
  9. Menyapu kepala anak yatim. Allah mengurniakan sepohon di syurga tiap-tiap helai rambut yang disapunya.
  10. Menunjukkan orang sesat ke jalan yang benar. Allah akan memenuhkan cahaya iman di hatinya.
  11. Menahan marah. Allah akan memasukkannya kedalam golongan orang diredhai olehNya.
  12. Memuliakan fakir miskin. Allah memuliakannya didalam kubur.
  13. Melapangkan belanja anak isteri. Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.
  14. Membaca surah Al-Infithar . Jika seseorang banduan membacanya InsyaAllah akan dibebaskan dari penjara. Jika orang yang demam membacanya ketika mandi, InsyaAllah akan sembuh.
Subhanallah, betapa besarnya nikmat Allah. Kita sangat bertuah kerana dikurniakan 10 Muharram. Dengan melakukan aktiviti-avtiviti yang sememangnya kita sentiasa lakukan namun, pada 10 Muharram ganjarannya sangat besar dan berlipat ganda. Marilah kita sama-sama merebut peluang untuk menambahkan ibadah kita pada Allah terutamanya pada 10 Muharram ini.. InsyaAllah dengan niat yang ikhlas kerana Allah, moga-moga kita beroleh berkat dariNya.

Di akhir Zulhijjah..

Erm.. Cepat benar masa berlalu. Sekarang ni kita da berada di akhir bulan Zulhijjah tahun 1429H. Hari ni dah 29 Zulhijjah 1429H.. Tak sabar rasanya nak menyambut tahun baru namun dalam masa yang sama aku merasa sedih disebabkan tahun yang berlalu ini kubiarkan 'kosong' tanpa pengisian rohani..Betapa aku kerugian kerana telah mensia-siakan masa dan peluang berlalu tanpa aku hargai..Ya Allah sesungguhnya aku telah 'merugikan' diriku sendiri. Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun.

InsyaAllah sempena tahun baru yang bakal menjelang ni, aku dah mula tanam azam baru..Semoga aku diberi kekuatan untuk melaksanakannya..InsyaAllah aku akan cuba menjadi seorang insan dan hamba yang lebih baik dari sebelum ni, tak nak buat orang marah dan cuba tak nak kecewakan sahabat-sahabat =>...InsyaAllah..Moga-moga Allah kuatkan aku dalam menempuhi hari-hari yang mendatang..Itu janji aku pada diri sendiri..

"Ya Allah, seketika di akhir tahun ini InsyaAllah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan dan sayangilah aku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan semua hamba-hambaMu, berkatilah keluarga kami, sihatkan tubuh badan kami, limpahkan rezeki kami, jauhkan dari fitnah penganiayaan dan penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkanlah cita-cita kami yang murni. Amin Ya Rabbal A'lamin"



29 Dzulhijjah 1429

Prihatinkah kita??

Masa tengah cari buku tadi saya terjumpa satu artikel dan kat dalam tu ada terkandung petikan tentang balasan orang yang bakhil. Teringin saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat, mana tahu suatu hari nanti kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah moga kita tidak lupa dari mana datanganya nikmat kekayaan tu.

Orang yang bakhil itu biasanya tidak akan terlepas daripada salah satu daripa empat sifat-sifat yang membinasakan iaitu :
  1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau
  2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau
  3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang yang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau
  4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Sekiranya kita berkemampuan, janganlah kita lupa pada mereka yang susah dan jangan sekali-kali kita menghina mereka. Mereka juga makhluk Allah. Sekiranya kita tidak takut akan balasan-balasan tu, fikir-fikirkanlah. Sanggupkah kita melihat orang lain dalam kesusahan sedangkan kita bersenag-lenang dan mampu mengurangkan beban mereka.

Sekarang ni, kita dapat lihat mereka-mereka yang kurang bernasib baik terpaksa mengemis untuk hidup. Kadang-kadang mereka ni masih kecil lagi. Setiap kali terpandang mereka, saya rasa tak tenteram..

Apalah agaknya yang akan berlaku pada masa depan??
Mampukah mereka teruskan hidup macam tu??

Tak adakah insan yang perihatin ingin membantu??

Macam mana dengan pelajaran mereka??

Saturday, December 27, 2008

Kasih Ibu

Assalamualaikum...
Ibu engkau seorang wanita yang penyabar, pengasih lagi lembut hatimu..Aku tahu hatimu banyak terguris dalam membesarkan anak-anakmu, namun engkau tetap sabar..Engkau saggup terluka demi anak-anakmu..Ibu, engkau saggup berkorban apa sahaja demi kami..Engkau menatang kami bagai minyak yang penuh..

Namun apa yang kami telah berikan padamu??
Adakah kami mampu lakukan seperti yang telah engkau lakukan kepada kami??

Terbayang wajah ibu yang kepenatan dan kelesuan dek dimamah usia, aku jadi sayu..Sempatkah aku membalas segala jasa-jasanya??Mampukah aku menjadi seorang anak yang solehah??Seorang anak yang mendengar kata dan rela berkorban deminya??Semua persoalan ini telah lama aku fikirkan, namun tidak terjawab sehinggalah tiba saat dan waktunya..

Ibu, kau ampunkanlah segala dosa-dosa anakdamu ini andai aku telah mencalar perasaanmu..aku tidak berniat malah jauh sekali berhajat melakukan sedemikian..Ibu, aku tidak sanggup digelar anak durhaka..

Ya Allah besar benar nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami dengan hanya mengurniakan seorang insan yang bergelar ibu kepada kami..

"Wahai Tuhanku tunjukkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Berikanlah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang Islam (yang tunduk dan patuh kepadaMu)..Amin..."


Belaian Ibu
Artis : Hijjaz


Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan

Oh.. ibu


Di bahumu tergalas beban

Perjalananmu penuh rintangan

Kau titipkan kasih sayang

Sejujur pengorbanan

Tak ku nafikan


Di saat kita berjauhan

Rasa ingin ku berlari

Mendakapimu penuh girang

Bak si kecil kehilangan


Kau insan penyayang

Betapa ku merindu

Lembutnya belaian ibu

Membuatku terlena


Di wajah terlukis tenang

Debar di dada kau rahsiakan

Ku pastikan dikau aman

Dikurnia sejahtera

Tak ku lupakan


Di saat kita berjauhan

Rasa ingin ku berlari

Mendakapimu penuh girang

Bak si kecil kehilangan


Tiada aku tanpa ibu

Hanya (kau) satu didunia

Bertakhta dikau dijiwaku

Kau lah ibu yang tercinta


Kau insan pengasih

Betapa aku mengharap

Hadirnya restumu ibu

Membawaku ke syurga


Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan

Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu

Oh... Ibu