Sunday, December 28, 2008

10 Muharram Hari Yang Berkat

Hari Assyura iaitu bersamaan dengan 10 Muharram, disifatkan sebagai hari yang berkatdi dalam bulan Islam.Umat Islam digalakkan supaya melakukan pelbagai amalan sunat pada hari tersebut kerana Allah S.W.T telah menjanjikan ganjaran pahala yang cukup besar bagi mereka yang mengamalkannya.

Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, ada 14 perkara sunat yang boleh kita amalkan pada hari tersebut. Antaranya :-
  1. Puasa sunat pada Hari Assyura. Allah menjanjikan pahala seperti melaksanakan 1000 kali haji, 1000 kali umrah, 1000 kali syahid dan diharamkan daripadanya neraka.
  2. Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala seperti memberi sekalian umat Islam berbuka puasa.
  3. Sembahyang sunat 4 rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Assyura, 4 rakaat kerana Allah taala". Pada rakaat pertama dan ke-2, selepas bacaan Al-Fatihah, bacalah surah Al-Ikhlas senyak 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sudah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
  4. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di Akhirat.
  5. Mandi sunat. Niatnya seperti "Sahaja aku mandi sunat Assyura kerana Allah taala". allah akan memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat pada tahun itu.
  6. Memakai celak. Allah menjauhkan dirinya daripada sakit mata pada tahun itu.
  7. Memelihara kehormatan diri. Allah mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Banyakkan bersedekah. Allah menjauhkan dirinya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak henti-henti hingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dalam dunia ini.
  9. Menyapu kepala anak yatim. Allah mengurniakan sepohon di syurga tiap-tiap helai rambut yang disapunya.
  10. Menunjukkan orang sesat ke jalan yang benar. Allah akan memenuhkan cahaya iman di hatinya.
  11. Menahan marah. Allah akan memasukkannya kedalam golongan orang diredhai olehNya.
  12. Memuliakan fakir miskin. Allah memuliakannya didalam kubur.
  13. Melapangkan belanja anak isteri. Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.
  14. Membaca surah Al-Infithar . Jika seseorang banduan membacanya InsyaAllah akan dibebaskan dari penjara. Jika orang yang demam membacanya ketika mandi, InsyaAllah akan sembuh.
Subhanallah, betapa besarnya nikmat Allah. Kita sangat bertuah kerana dikurniakan 10 Muharram. Dengan melakukan aktiviti-avtiviti yang sememangnya kita sentiasa lakukan namun, pada 10 Muharram ganjarannya sangat besar dan berlipat ganda. Marilah kita sama-sama merebut peluang untuk menambahkan ibadah kita pada Allah terutamanya pada 10 Muharram ini.. InsyaAllah dengan niat yang ikhlas kerana Allah, moga-moga kita beroleh berkat dariNya.

No comments: