Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, ada 14 perkara sunat yang boleh kita amalkan pada hari tersebut. Antaranya :-
- Puasa sunat pada Hari Assyura. Allah menjanjikan pahala seperti melaksanakan 1000 kali haji, 1000 kali umrah, 1000 kali syahid dan diharamkan daripadanya neraka.
- Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala seperti memberi sekalian umat Islam berbuka puasa.
- Sembahyang sunat 4 rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Assyura, 4 rakaat kerana Allah taala". Pada rakaat pertama dan ke-2, selepas bacaan Al-Fatihah, bacalah surah Al-Ikhlas senyak 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sudah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
- Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di Akhirat.
- Mandi sunat. Niatnya seperti "Sahaja aku mandi sunat Assyura kerana Allah taala". allah akan memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat pada tahun itu.
- Memakai celak. Allah menjauhkan dirinya daripada sakit mata pada tahun itu.
- Memelihara kehormatan diri. Allah mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Banyakkan bersedekah. Allah menjauhkan dirinya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak henti-henti hingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dalam dunia ini.
- Menyapu kepala anak yatim. Allah mengurniakan sepohon di syurga tiap-tiap helai rambut yang disapunya.
- Menunjukkan orang sesat ke jalan yang benar. Allah akan memenuhkan cahaya iman di hatinya.
- Menahan marah. Allah akan memasukkannya kedalam golongan orang diredhai olehNya.
- Memuliakan fakir miskin. Allah memuliakannya didalam kubur.
- Melapangkan belanja anak isteri. Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.
- Membaca surah Al-Infithar . Jika seseorang banduan membacanya InsyaAllah akan dibebaskan dari penjara. Jika orang yang demam membacanya ketika mandi, InsyaAllah akan sembuh.