sahabat..
ketahuilah...
bahawa diri ini mahu kalian gembira...
ceria dan sihat...
mahu diri kalian..
dalam keadaan yang sentiasa di redhaiNYA...
dalam keadaan di lindungiNYA...
Air mata yang mengalir itu..
kesatlah...
jangan ikutkan rentak sedihmu...
masa sedih mu akan berlalu jua...
kini masa untuk bersyukur dan ceria...
tidak semua yang berlaku adalah sia-sia berlaka...
yakinlah..ALLAH amat2 menyayangi hamba-hambaNYA...
dan kitalah hamba-hambaNYA...
sahabat....
untuk mengertikan apa itu sahabat...
aku tidak bisa..
aku tahu kalian adalah sahabatku..
kerana kalian pernah bersama-samaku
susah dan senang...
tiada keluh di hati kalian..
menjaga diri ini...
terima kasih sekali lagi....
alhamdulilah...alhamdulilah..
khas buat sahabatku...Romlah...
pertama kali ku melihat dirimu..
aku yakin di sebalik kelembutan mu,
pendiammu...
ada suatu yang jarang sekali ada pada orang lain...
pendambaan kau kepadaNYA...
kau begitu mendambakanNYA..
ujian yang kau terima dan kau tempuh...
kau lalui dengan hati yang begitu suci dan lembut...
walaupun sekali sekala..
air mata membasahi pipimu..
kau segarkan kembali dengan senyuman ikhlas dan redha..
ya ALLAH..betapa
kau mengingatkan aku kepadaNYA..
ujian yang kau terima dan kau lalui...
membuatkan aku merasakan kasih sayangNYA kepada kau...
ketahuilah..ALLAH amat2 memperhatikan dirimu.
ALLAH amat2 menyayangi dirimu...
Mungkin diri mu tidak sedar...
kasih sayang ALLAH begitu meluas...
kasih sayangNYA kepada diri mu..
kami terasa sama...
kami begitu merasakan kau kuat sebenarnya..
kau mampu tempuhi semua ini..
kau mampu ke sana..
walaupun keseorangan...
aku yakin kau mampu...
kerana ALLAH sentiasa ada bersama mu...
yakinlah...
wasalam..
ana fyruz =)
-------------------------------------------------------------------------------------
Poem ni 'diculik' dari blog seorang sahabat baik saya. Saya sangat menghargai poem ni.Kata-kata semangat dan sokongan dari sahabat amat diperlukan. Terima kasih sahabat diatas keihklasanmu membantu diri ini. Semoga Allah memberkati kalian semua..
No comments:
Post a Comment