Thursday, May 21, 2009

Sebuah kisah..

Penat betul hari ni. Tapi best jgak cerita yang cikgu ceritkan tadi. Aku betul2 termotivasi untuk belajar. Sebenarnya aku ni pantang orang cerita pasal negara2 luar, aku akan terus termotivasi untuk belajar. Ntahlah, aku sendiri pon tak faham kenapa aku begitu bersemangat bila ada yang menceritakan kehidupan belajar di luar negara. Best ke belajar kat luar negara ni? Apa la yang istimewa sangat belaja kat luar negara ni?

Usai solat zohor, aku ingat nak tolong mak masak kat dapur, tapi ntah kenapa kakiku melangkah ke meja kecil di satu sudut bilikku. Meja kecil tu merangkap meja tulisku, tempat aku slalu "lepak" n boleh dikatakan aku menghabiskan 90% of my time sitting over there. Tak semestinya aku study, kadang2 hanya berangan, termenung n mendengar radio. Teringat kisah pelajar2 Malaysia yang dapat menyambung pelajaran ke luar negara. Aku termenung di meja tulisku.

"Wah, best nya kalau aku dapat pergi oversea. Nanti boleh la aku merasa musim sejuk..ish tapi tak boleh, aku tak tahan sejuk, nanti mesti aku tak boleh buat ape2..tapi musim bunga mesti best, boleh aku tengok semua bunga-bunga yang lawa. Ya Allah best nya kalau aku dapat pergi oversea. Nak pergi oversea lah."..hehe..Aku tersenyum. Best jgak berangan sorang2 nie.
Erm..Tapi sapelah aku nak study oversea. Nak ke negeri jiran pon aku tak mampu, ni kan plak nak pergi ke luar negara. Aku tahu sape aku, aku sedar tentang statusku. Agak susah bagiku untuk memenuhi impian dan cita2ku yang satu itu. Takpelah, aku tak kisah, belajar kat mana2 pon sama jer, asalkan kita usaha, pasti kita akan berjaya.

Tiba2 mak bising. Selalunya selesai solat zohor memang nak kena tolong dia masak..Hehe..Tapi ntah kenapa hari ni 'jiwa' aku tak tenteram selepas mendengar kisah2 kejayaan pelajar malaysia diluar negara. Aku tengah semangat ni. Tu yang aku jadi haru biru 2..Aku melangkah ke dapur. Kesian mak nak kena masak sorang2..Aku ni bukanlah pandai masak pon, cuma mak aku akan marah kalau time dia masak anak2 perepuan dia takde kat dapur. Berani la wat keje lain time dia masak, nescaya hatimu takkan tenang..hehe..sebabbbbb..mak aku akan membebel..xpe la..Ada sebab tu dia wat cam tu..

Aku acuh tak acuh jer tolong mak masak..sambil masak tu ada jer benda yang kami sembang. Tiba2...

Aku : nanti org nak belajar kat luar negara (Aku pon tak percaya boleh keluar ayat tu dari mulut aku. Ape yang aku cakap ni. ni munkin sebab terpengaruh dengan cerita cikgu kat sekolah tadi ni ..mati la aku kali ni..)

mak : erm..ye la tu (jawab mak aku acuh tak acuh)

aku : (aku mula rasa tercabar bila mak aku cakap cam tu..nape mak aku cakap cam tu, tak layak ke aku nak belajar kat luar negara? bodoh sangat ke aku ni? ~ macam2 yg aku fikir time tu) Kalo betul org dapat belajar kat luar negara cam mana? (aku cuma nak "memancing" mak aku jer)

mak : tak payah nak berangan..kalau setakat kita ni, jangan nak berangan nak belajar kat luar negara.

aku : (aku dah mula rasa panas ~ darah muda dah mendidih) kalau betul org dapat belajar kat luar negara cam mana? mak nak kasi ape?

mak : nak kasi pe? pergi je lah..

aku : org takut nanti tak mampu nak bayar yuran jer.. (biadap betul aku time tu)

mak : alah kalo dapat belajar kat luar mestilah dapat biasiswa..

aku : ingat senang ke nak dapat biasiswa ni..tengok org la..nak tunggu dapat biasiswa tu pon berkurun. Padahal cikgu2 dah tau yg org layak, dan ada yg x layak terima pon dah terima. Org punyer biasiswa ntah ke mana lg..

mak : alah..tak yah nak berangan lah..kita bukannya mampu pon..

Aku dah tak mampu meneruskan perbincangan kami tentang isu tu..Aku takut nanti akan meletus "perang dunia ke-3" jer..Tak pasal2 aku berdosa nanti. Tadi pon da banyak mistake yg aku buat. Tapi hati ni rasa panas. Aku "kalah" tadi..Aku nak kena buktikan yang aku mampu. Tapi betul gak cakap mak aku. Aku tak mampu nak study kat luar. Keluarga aku susah. kami hidup cukup2 makan jer..Tu pun kadang2 mak terpaksa berhutang semata2 untuk kasi kami makan. Tiap2 bulan mak kena berhutang utk membeli barang2 dapur. Kadang2 mak terpaksa berhutang dengan kawan2 dia bila kami memrlukan duit lebih, contohnya awal tahun, kami nak kena bayar yuran sekolah. Sedih aku tengok keluarga aku time tu. AKu sedih sebab aku tak mampu untuk buat apa2.

Ya Allah, aku akan buktikan aku mampu. Aku akan uasahakan. Aku tahu, walaupun aku hanya pelajar di sekolah kampuang, tapi itu tak bermakna aku tak boleh buat.

Alhamdulillah sekarang Allah telah memberi peluang kepadaku. Allah telah memberi kesempatan dan kemudahan n peluang bagi aku study kat luar. Alhamdulillah..Bila teringat balik waktu aku sembang dengan mak aku dulu. Aku tak percaya. Akhirnya kau dapat menjejakkan kaki keluar. Mungkin bukan ke tempat yang aku impikan, namun hakikatnya aku sekarang belajar di luar negara. Alhamdulillah ya Allah di atas peluang ini =)..

______________________________________________________________________

Apa yg kita boleh amik iktibar dari kisah tadi, janganlah kita berputus asa. Cuba tengok watak "Aku" dlm cerita kat atas. Dia ni orang biasa jer (dari cerita ni), org susah, sekolah pon bukan dari sekolah yang terkenal, tapi dia dah buktikan itu semua bukan penghalang.

Selain tu, jangan la kita menderhaka pada orang tua kita. Samada pada mak atau ayah kita. Ingatlah bahawa syurga itu terletak dibwah telapak kaki ibu. Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Kalau sekiranya kita ni berjaya tapi kita ni anak yang durhaka, takde makna, takde guna. Kita tak kan merasa nikmat kejayaan kita tadi n dengan siapa kita nak kongsi kejayaan kita tadi kalau bukan dengan ibu bapa kita (tepuk dada tanya minda).

InsyaAllah bantuan Allah ada dimana2. Allah tu Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. insyaAllah DIA takkan biarkan hamba DIA dalam kesusahan. Tengok, walaupun "aku" tak mampu untuk menyambung pelajaran ke luar negara, tapi akhirnya dia mampu juga belajar diluar negara. Itu semua rezeki dan pertolongan dari Allah.

Jangan sesekali putuskan hubungan kita dengan Allah. Maksud saya, jangan kita tinggalkan amalan2 wajib kita. Jaga solat. Susah macam mana pun, solat mesti diutamakan. Ingatlah, solat tu ibarat kita communicate dengan Allah. Kalau hubungan (dengan Allah) kita tak bape kuat, cam mana kita hadapi dugaan dan cabaran dunia ni. Hanya DIA jer yg mampu membantu n tolong kita.

Dah uasaha tu tawakal la..Cam mana? Doa. Mintak yang terbaik untuk kita n jangan lupa insan2 disekeliling kita. Saya suka sangat bila cakap pasal doa ni. Teringan pesan sorang mak cik ; "banyakkan doa, doa jer kat mana2 pun, tak semestinya kita kena ada air sembahyang baru boleh berdoa, doa jer, mintak terus dengan DIA"..

No comments: