Wednesday, January 20, 2010

Sumbangan anda amat dihargai..

Assalamualaikum w.b.t

kepada semua pembaca dan mereka yang melintas di blog saya ni..saya nak minta sumbangan daripada semua untuk menyumbangkan sedikit bantuan.

bantuan tersebut boleh terdiri dari:
  1. pakaian (terpakai atau baru)
  2. kewangan
  3. makanan
sumbangan tersebut akan disalurkan kepada beberapa buah kampung dan rumah yang memerlukan sumbangan.

pakaian yang diperlukan adalah khususnya untuk kanak-kanak miskin yang berada di merbok, kedah dan juga dibeberapa buah tempat yang lain. kami juga menerima pakaian-pakaian yang masih boleh dipakai yer (pakaian untuk orang dewasa lelaki atau wanita)..di ulang, masih boleh dipakai. hal ini kerana, terdapat juga pakaian yang telah koyak dihantar.


sebarang pertanyaan anda boleh hubungi atau SMS saya di talian 019-598 9382 (waahidah)....kalau rasa ragu-ragu juga boleh bertanya pada saya. insyaAllah, sumbangan anda ini akan sampai ke tangan mereka yang memerlukan.


sumbangan anda amat-amat lah diharapkan walaupun sedikit...;-)

JOM KITA BANTU MEREKA WAHAI SAHABAT2 SEMUA!!


p/s: copy paste dr blog kak wa

Tuesday, January 19, 2010

AkU yANg LeMaH...

Badanku yang agak kepenatan membuatku terasa mengantuk. Namun entah apa gerangan perasan yang menghalang aku dari melakukannya. Kenapa ni? Tiba2 terasa seakan2 sukar untuk aku memejamkan mata. Kucuba juga kerana aku tahu aku sudah kepenatan. Tidak ada yang aku mampu lakukan malam ini. Aku terus memaksa diriku supaya akur dengan arahan dari otakku yang mahukan rehat. Namun segalanya nampak sia2.


Ah..apa yang dah jadi padaku? Aku terasa amat ganjil bila mataku sukar untuk ditutup. Bukankah aku seorang yang suka tidur. Bukankah aku suka menghabiskan masaku dengan tidur. Kononnya aku tak mahu membuat sesuatu benda yang tak baik. Mahu menjaga diri dari melakukan perkara2 yg dilarang. Tapi lain pula jadinya kali ini. Selalunya aku amat senang untuk tidur. Tak kira mana2 ditempat, tak kira bila2 masa. Tapi kenapa lain pula yang jadinya malam ini.


Apa yang dah jadi dengan aku. Aku tak boleh melelapkan mataku. Ya Allah bantulah aku. Sesungguhnya aku hanya insan yang lemah. Tanpa bantuanMu aku tidak mampu lakukan apa2. Aku hanya mahu merehatkan fizikalku yang telah kepenatan seharian bekerja. Hanya itu yang aku mahu.


Aku terasa begitu diuji bila aku tidak mampu untuk tidur. Rasa seperti tidak percaya, aku memang tidak mampu untuk melelapkan mataku. Sedarlah aku, aku tidak berkuasa, walaupun hanya untuk menggerakkan kelopak mata pun aku tidak mampu tanpa pertolongan dari yang Maha Berkuasa. Ya Allah ampunkan dosaku. Aku adalah insan yang lemah lagi zalim. Berikanlah aku hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar. Berkatilah hidupku. Permudahkanlah urusanku. Rahmatilah dan bimbinglah aku ke jalan Mu.


Betapa aku terasa diri ini hamba yang kerdil. Inilah kuasa penciptaku, sesungguhnya Dia berkuasa keatas segalanya. Aku terpana seketika. Terasa bagai dihinggap tamparan yang hebat. Betapa selama ini aku takbur dan berbangga dengan apa yang ada. Sungguh aku rasa terhina bila menyedari betapa sombong dan alpanya aku. Betapa bodohnya diriku. Betapa kurang ajarnya aku bila berbangga2 dengan apa yang ada. Sebenarnya aku tak sedar yang semua itu datang dariNYA. Ia hanyalah pinjaman sementara. Ia bukanlah sesuatu yang kekal. Betapa Allah mampu menariknya bila2 masa. Apa daya aku untuk melawan. Ya Allah, ampunkan kealpaan aku.

Sesungguhnya aku lemah dalam menilai, aku lemah dalam mentafsir, aku lalai dalam kurniaMU. Bimbinglah daku. Jangan biarkan aku terlalai dengan dunia yang sementara. Kuatkan imanku. Baikilah akidahku.


Dalam kepekatan malam, air mataku merembes dengan laju tanpa dapat aku kawal. Bak air terjun yang jatuh menimpa anak sungai. Mengalir deras bersama keinsafan yang aku perolehi. Aku sedar akan kerdilnya diri ini. Aku tahu betapa hinanya diri ini.


Aku menagis teresak2. sungguh aku tak mampu mengawalnya. Segala berlaku dengan tiba2. tanpa dirancang.dan dengan pantas..


Yang Eqlas :

aku_yang_insap


Saturday, January 16, 2010

(beauty outside + ugly inside) OR (ugly outside + beauty inside) ?

Sebenarnya tajuk kat atas tu adalah status facebook kak erina, my senior..tiba2 rasa tertarik je dgn status 2..so saya pun telah menciplak tajuk tu dgn kebenaran...hehe..

herm..rasanya semua sahabat2 dah tau apa pilihan masing2..sebab saya pasti setiap org ada citarasa tersendiri, jadi memang tak peliklah kalo ada pendapat yg berbeza..

bagi sesetengah org, pilihan yg pertama tadi (beauty outside + ugly inside) adalah pilihan yg terbaik..mana taknya, kecantikan luaran tu org terus nampak. tak payah nak suluh, memang jelas lagi terang nampaknya..kiranya kalo manusia yg pentingkan rupa memang dia akan pilih yg no 1 ni..sbb katanya, kalo x lawa risau nanti org takut nak dekat dgn kita..n ada jgak sesetengah org, dia pilih kawan sebab rupa..kalo x cantik xnak kawan.. sebab nanti x popular..
ada jgak yg mengaitkan kecantikan luaran ni dgn populariti..herm..btol ka??? wallahua'lam..depend dekat kita, sbb kita yg tentukan..

2nd choice is, ugly outside + beauty inside..huhu...kalo saya prefer yg ni..mmg la luar x cantik, tp yg penting dalaman yg cantik..sbb yg dalam 2 yg akan menentukan sape kita..memang yg dalam ni akan amik masa utk org len tau..tp x kisahlah..sebab kita bukannya buat sesuatu 2 sebab nak soh org len tau..tp 1 jer, kita nak Allah tau..dan memang DIA tau pun, walaupun manusia len tak tau..mungkin kita akan memerlukan masa utk menilai dalaman org, sebab benda ni tersirat bukannya tersurat..tapi yg pastinya, bila yg dalam tu lebih cantik dr yg luar, yg tu yg lebih "touching"...just believe in me =)...hehe

Thursday, January 14, 2010

Bila Allah mahu membalas...

Gegaran kuat landa tiga negara



SEORANG wanita terselamat daripada runtuhan akibat gempa.

Kemusnahan teruk di Haiti akibat gempa selain Republik Dominica, Cuba

PORT-AU-PRINCE: Gempa bumi kuat melanda Haiti kelmarin turut dirasai di kepulauan Hispaniola, Republik Dominica dan sesetengah penduduk yang panik di ibu kota Santo Domingo segera keluar dari rumah yang bergegar.

Gegaran juga dirasai di timur Cuba apabila kediaman penduduk bergera. Tetapi, tiada kerosakan besar dilaporkan berlaku di Republik Dominica dan Cuba.

"Kami merasa ia amat kuat dan saya mengatakan ia agak lama. Kami tiada masa untuk berpindah," kata Dionisio Garcia, ketua paderi Santiago.

Pakar geofizik Kajian Geologi Amerika (USGS), Kristin Marano menyifatkan gempa terbaru Haiti sebagai yang paling kuat sejak 1770.

Pada 1946, satu gempa 8.1 skala Richter menggegarkan Republik Dominica yang turut menggegarkan Haiti menghasilkan tsunami yang mengorbankan 1,790 penduduk.

KAWASAN penduduk Canape-Vert antara paling teruk musnah selepas dilanda gempa.

Kebanyakan sembilan juta penduduk Haiti amat miskin, dan selepas bertahun-tahun menghadapi ketidakstabilan politik, negara itu tidak memiliki sektor pembinaan bermutu.

Pada November 2008, selepas runtuhan sebuah sekolah di Petionville, datuk bandar ini menganggarkan kira-kira 60 peratus bangunan dibina secara tidak kukuh dan tidak selamat.

Gempa kali ini meruntuhkan segala-galanya daripada pondok kecil sehinggalah Istana Presiden dan ibu pejabat pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mangsa dan mereka yang cedera terbaring di tepi jalan walaupun ketika gegaran susulan meranapkan lagi negara rantau Caribbean yang miskin itu.

WARGA Haiti meninjau kemusnahan selepas gempa 7 skala Richter.

Wartawan berkata, gempa berlaku secara mengejut. Ada mangsa diselimuti debu merangkak keluar dari runtuhan merintih ketika mangsa lain berlegar-legar di sekitar jalan raya sambil berpegangan tangan.

Ribuan mangsa berkumpul di dataran awam sehingga lewat malam, sambil menyanyi. Ramai yang cedera parah masih duduk di tepi jalan awal pagi semalam, merayu bantuan doktor.

Ribuan bangunan rosak dan musnah di seluruh bandar dan selama beberapa jam selepas gempa, udara dipenuhi habuk tebal akibat runtuhan bangunan.

"Hospital tidak dapat menguruskan semua mangsa," kata Louis-Gerard Gilles, doktor dan bekas senator, ketika beliau membantu mangsa.

"Haiti perlu berdoa. Kita perlu berdoa bersama."

Jurukamera Associated Press menyaksikan sebuah hospital musnah dengan pesakit menjerit meminta bantuan di Petionville, daerah tepi bukit di sini yang didiami ramai diplomat dan golongan kaya Haiti serta ramai penduduk miskin.

Di sebuah bangunan pangsapuri empat tingkat yang runtuh, seorang gadis berusia kira-kira 16 tahun berdiri di atas sebuah kereta, cuba meninjau di dalam ketika beberapa lelaki menarik sebatang kaki yang keluar dalam cubaan mengeluarkan tubuhnya. Kata budak perempuan itu, keluarganya berada di dalam pangsapuri terbabit.


p/s: lihatlah sahabat2, bila Allah nak balas, sekejap je..senang jer..jadi jgn la kita buat2 lupa..jgn kita nak menzalimi diri kita sendiri..sedar diri..sedar kedudukan kita..KITA BUKANNYA SAPE2..KITAK XDE APE2..KITA HANYA INSAN YANG KERDIL...KITA ADALAH HAMBANYA...

Wednesday, January 13, 2010

DuNiA...


Dunia..
tiada nilai sedikit pun di sisi Allah..

Dunia..
ibarat ladang akhirat..
di dunia kita bercucuk tanam..
di akhirat sana kita mengutip hasilnya

Kejarlah akhirat..
nescaya dunia pasti akan mengikutmu..

Saturday, January 9, 2010

Mak VS Ayah

Tajuk yg sangat simple. Mak atau ayah. Herm..mesti sahabat2 tertanya2 apa yg nak saya perkataknan kali ini. Herm..sebenarnya begini, lately rasa perasan satu fenomena. Ni bukanlah satu fenomena baru. Memang dah lama dah ada, sebab fenomena di pun berlaku dikalangan remaja jgak. Kiranya benda ni dah dibawak ke tua la. Wallahua’lam..


Alkisahnya begini: saya terperasan yang fenomena ANAK MAK atau ANAK AYAH. Perasan tak kita bila kita melebalkan cam tu, maknya kita secara tak langsung mendidik budak tadi supaya percaya dan melebihkan satu puhak aja. Contohnya bila org tu dikatakan anak ayah, maknanya apa2 hal pun dia secara terautomatik akan melebihkan ayah dia. Memang bagus mengutamakan ayah. Tapi perlu ingat, kedudukan ibu lebih tinggi dari ayah.

Ada jugak kes dimana anak tadi akan hilang respect pada mak dia bila dia dikatakan anak ayah (biasanya berlaku pada budak2 sebab diorang x mampu menilai dgn baik).


Inilah yg saya nak utarakan. Tak sepatutnya nak label seseorang tu ANAK MAK atau ANAK AYAH sebab memang semua orang adalah ANAK MAK DAN ANAK AYAH bukannya ANAK MAK ATAU ANAK AYAH. Jadi tak payahlah kita susah2 nak melabelkan org. memang dah hakikatnya cam tu. Kita sebagai golongan dewasa yang mampu berfikir seharusnya alert pasal benda ni. Jangan kita salah mendidik golongan kanak2 yg bakal menggantikan tempat kita nanti..


p/s: ni tengah ketandusan idea. Cuma ingin berkongsi pendapat.

Friday, January 8, 2010

Wanita betapa beruntungnya kalian..

Wanita betapa beruntungnya kalian..Allah telah menjanjikan begitu banyak pahala dan ganjaran untuk kalian..Inilah antara janji2 Allah pada kalian :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh
rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan membaca bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat..

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga
wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7
tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat
pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Sebiji Kurma...



Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat
ziarah ke mesjidil Aqsa.

Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat
sebutir kurma tergeletak didekat timbangan.
Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim
memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan
kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.
Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada
sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.
Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya.


"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara
yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"

kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan
yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab
malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama
4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin
amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT
gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui
pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual
kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.

kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan
pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada
siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak
muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku

makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi
entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka
mempunyai hak waris sama dengan saya."
"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka
satu persatu."
Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui.
Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.
Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka
yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah
kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar
lagi bercakap cakap.
"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara
makan sebutir kurma milik orang lain."
"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah
mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.
Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran
sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.

Sekarang ia sudah bebas."

Oleh sebab itu juga berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu... "(mengingatkan diri saya dan teman)
Pada hadits yang lain beliau bersabda; ˜Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi." (Riwayat Muslim).