Monday, June 28, 2010

Terasa kehilangan..


Perasankah kita, Allah selalu menguji kita dengan mengambil sesuatu yang sangat kita sayang.. Tak kiralah apa pun ia, hatta jam tangan, kasut atau apa2 jer. Tiba-tiba jer rosak. Tiba-tiba ja dah tak berfungsi..Tiba-tiba jer dah takde..Sedih sungguh..Kecewa rasanya..

Kalau manusia plak, kita dah sayang seseorang tu, tiba-tiba tak dapat bersama orang tu..Walau macam mana sayang pun..Hatta sayang pada ibu bapa pun..Tiba-tiba Allah telah amik mak ayah kita..Mak ayah dah kembali ke rahmatullah..Sedih rasa..Terasa sangat kehilangan..Terasa kesepian..Terasa kesunyian..Rindu pada mak ayah..

Macam mana nak buat ni???

Mula2 kena senyum (walaupun sambil menangis..terasa pahit tapi kita akan cepat cure..insyaAllah)..

Cakap pada diri :

1- "Ya Allah aku redha jika ini ujianMU.."
2- "Aku tahu, Engkau ambil sesuatu/seseorang yg aku sayang supaya aku tak menyayangi benda/manusia lain melebihi aku menyayangiMU"

p/s : Belajarlah jadi insan yang redha dengan ketentuanNYA.. Nescaya kita akan merasa manisnya hidup ini.. InsyaAllah..

Sunday, June 27, 2010

Sabar oh sabar...


Mulut manusia memang kita tak boleh nak tutup, sebab tu la ada perumpamaan mulut manusia ibarat mulut tempayan. Memang tak boleh nak tutup, ia memang akan sentiasa terbuka. Sabarlah dik, walau apa pun yang mereka kata, itu hanya pada pandangan diorang, hanya kita yang tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kita tak perlu buat satu dunia tau tentang kita, cukuplah hanya Allah yang tau.

Teringat waktu akak kecik2 dulu, akak ni sangat pendiam dan tak banyak cakap, akak selalu kena ejek dan selalu kena buli dengan kawan2, akak tak pandai nak melawan, akak hanya diam jer. Bila balik umah, nangis2 mengadu pada ayah. Ayah akak dengan tenang, dia akan pujuk akak : "Sabarlah, nanti bila diorang dah penat, diorang berhenti la"..Itulah kata2 azimat buat akak..Setiap kali akak mengadu, ayah akan ucapkan kata2 yg sama, sampai akak pun dah boleh hafal skrip tu.. Tapi itulah yang membuatkan hati ni tenang.. Dan itulah kata2 azimat yg akak pegang, even sampai sekarang pun. Akak akan rasa tenang bila ingat ungkapan azimat tu. ~cubalah dik, buat benda yang sama

Biarlah orang nak fitnah kita, biarlah orang nak buat apa pun, yang penting kita sabar. Bila dah penat nanti mereka berhentilah..


p/s: banyakkan sabar ya..semua ujian itu datang dari ALlah, maka utk menyelesaikannya kita kena kembali pada Allah, banyakkan sabar..sabar tu kan sebahagian dari iman..

p/s/s : sabar...sabar....n sabarlahhhhh ~pesanan buat diri sendiri juga~

Friday, June 25, 2010

Jihad ---->redha mak ayah---->hukum Allah

Jihad. Jihad paling besar melawan nafsu sendiri. Dalam proses jihad kita akan mengalami dilema memilih diantara kehendak dan keperluan. Jika kita ikut nafsu pastilah kita akan memilih kehendak berbanding keperluan kita.

Dalam kita nak melaksanakan jihad ni, kita nak kena tengok balik, apa asasnya, kita berjihad untuk mencari redha Allah. Jika nak cari redha Allah apa yang perlu kita buat? Kita kena la dapatkan redha mak ayah dulu (sila rujuk post yg lepas )..jadi kalau kita mendalami persoalan jihad ni, ia berakar umbi pada redha mak ayah, tapi kita perlu ingat, dalam kita mendapatkan redha mak ayah pulak, jangan sampai kita melanggar perintah agama plak. Kalau dah sampai kita melanggar perintah agama, dah tak jatuh wajib dah untuk mentaati mak ayah (tapi hanya untuk perkara tersebut sahaja, yang lain2 masih lagi kena patuh).

Sebagai seorang anak, kita kena patuh kepada mak ayah untuk mendapatkan redha Allah. Jangan kita membuat sesuatu yg boleh mengundang kemurkaan ibu bapa. Dikhuatiri kita akan mengundang kemurkaan Allah, maka rugilah kita. Taatilah mereka selagi tidak bertentangan dengan agama Allah.

P/s : Post ringkas, semoga bermanfaat..Pesanan dan peringatan buat diri sendiri dan buat sahabat2 yg dikasihi..Ingatlah walaupun kita nak buat kerja dakwah sekalipun, tapi jika tak diizinkan mak ayah, kita kena patuh..Remind pada diri kita : "kita patuh pada mak ayah hanya untuk dapat redha Allah" ~walaupun ianya pahit buat diri kita..Ingatlah kita hidup ni hanya ada 1 matlamatnya jer : untuk medapatkan REDHA ALLAH, maka walau sepahit mana pun, kita kena tempuhi jua..

P/s/s : Ya Allah semoga kami tergolong dalam golongan hamba yang mendapat redhaMU, berikanlah kekuatan kepada kami untuk menempuhi segala ujian hidup dan istiqamahkan kami dalam mencari rehdaMU..aminn...

P/s/s/s: Teringat pesan sahabat : "Tak boleh pergi, mana boleh macam tu, kita da jaga sebaik mungkin, tapi kalu ending dia x baik macam mana? Tak ke sia2..Nanti kalo mati pon, mati katak jer, kita nak mati dalam keadaan mak ayah redha, baru dapat redha Allah..Itu yang kita cari kan dalam hidup.." ~ terima kasih sahabat..

Monday, June 21, 2010

Cara nak dapat redha Allah..

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa. ~Riwayat al-Hakim

P
engajaran hadis:

i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

Saturday, June 19, 2010

Bersabarlah...

Bersabarlah sahabat, walau seberat manapun ujianmu, walau sehebat manapun dugaanmu, yang pasti itu adalah aturanNYA..Jangan kalian rasa terbeban, jangan kalian menyalahkan takdir, ingatlah Allah tidak pernah membebankan hamba-hambaNYA, setiap dugaan dan ujian yang diberikan pastinya yang bersesuaian dengan tahap iman kita. Sedarlah, Allah yang menciptakan kita, Dia yang menentukan siapa kita, maka sudah pastilah Dia lebih mengenali diri kita.


Ingatlah kalian akan janjinya :


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. ~ Surah Al-Baqarah, ayat 286


“Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang musyrik. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang (patut) diutamakan.” ~ Surah Ali-Imran, ayat 186


“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung” ~ Surah Ali-Imran, ayat 200


Bersabarlah..


Berdoalah..


Mohonlah yang terbaik darinNYA..


“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.” ~ Surah Al-Baqarah, ayat 286

Friday, June 18, 2010

Janji Allah

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata),


"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya orang yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh, Engkau telah menghinakannya, dan tidak ada seorang penolong pun bagi orang yang zalim.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman, (yaitu), "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu," maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang-orang yang berbakti.

Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepda kami melalui rasul-rasul-Mu. Dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sungguh, Engkau tidak pernah memungkiri janji."


Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman),


“Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki mahupun perempuan, (kerana) sebahagian kamu adalah (keturunan) dari sebahagian yang lain. Maka orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang terbunuh, pasti akan Aku hapus kesalahan mereka dan pasti Aku masukkan mereka ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, sebagai pahala dari Allah. Dan di sisi Allah ada pahala yang baik.”


p/s: tafsir surah Ali-Imran, dari ayat 190-195..

sama-sama renung-renungkan..

semoga bermanfaat..

insyaAllah..


Thursday, June 10, 2010

Sukarelawan diperlukan : Program Ziarah 25-27 Jun 2010


sukarelawan AMANI bersama sahabat-sahabat dari Patani ketika Minggu Kesedaran Selamatkan Patani (1-9 Mei 2010)

Sumbangan yang dihantar untuk saudara-saudara di Patani (10 Mei 2010)


Sukarelawan AMANI ketika program Bengkel Pendidikan dan Pembangunan Jiwa Sekolah (27-28 Mei 2010)

Sukarelawan AMANI ketika bengkel Penulisan Laporan
(29 Mei 2010)

Sewaktu kami sedang bersarapan di kaki lima jalan, terpandang pemandangan peniaga sarapan di kaki lima jalan yang sedang berniaga itu.
(30 Mei 2010)

******

Inshaallah AMANI akan mengadakan ziarah ke Selatan Thailand pada 25-27 Jun 2010 ini.

Sehubungan itu kami menjemput anda untuk menyertai kami sebagai sukarelawan ke sana.

Mohon sahabat-sahabat membantu menyebarkan maklumat ini dalam kadar segera.

Masih terdapat 6 kekosongan untuk menyertai misi ziarah ini.

Jika berminat, sila hubungi 019-4737645


Objektif AMANI
1. Membangun kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap konflik Selatan Thailand.

2. Menyediakan program latihan dan pembangunan dokongan kerja kepada masyarakat Pattani.

3. Menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa konflik.


Untuk sumbangan dana, sila salurkan atas nama :
Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP),

nombor akaun Bank Islam : 7043011013136.

(sila maklumkan jumlah sumbangan kepada HOTLINE AMANI 019-4131472 selepas kemasukan sumbangan kerana akaun tersebut adalah akaun rasmi PUMPP yang turut digunakan untuk badan-badan lain di bawah PUMPP)


~...Moga dipermudahkan Allah...~