Sunday, October 3, 2010

Anak..masihkah kau ingat?????

Didlm meniti ranjau dunia, kita seringkali terlupa..kita lupa siapa kita..kita terlupa tanggungjawab kita.. kita terlupa tugas kita.. kita terpesong dari landasan yg sepatutnya.. Jika kita cepat2 sedar tu..alhamdulillah..Allah masih sayang kat kita..Tapi macam mana sekiranya kita terlalai dan terus terlupa..Apa yg akan berlaku pada kita?? Macam mana nasib kita nanti??

Biar betapa berat beban kita didunia, tanggungjawab kita tak seharusnya dilupakan. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Kerja tetap kerja. Tak boleh dicampur adukkan. Pandai2lah kita mengaturkannya. Aturkan sebaik mungkin supaya apa yg kita aturkan itu tidak akan memberikan kita kerugian di "sana" kelak.

Ya Allah, jauhkan aku dari sifat lalai dlm mengingatiMU..aku takut..Aku sedar..Aku hanya insan yg kerdil..Terlalu kerdil dibumiMu..Terlalu naif bagi MU..Aku bukan sesiapa dan aku tidak punyai apa2..Kurniakanlah aku hidayahMU, kurniakanlah aku sifat taqwa, kusyuk dan tawaduk...aminnn..


p/s: Ingatlah wahai insan, setinggi manapun kamu, syurgamu masih dibawah telapak kaki ibumu..
renung2kan...selamat beramal =)..

No comments: