Thursday, May 19, 2011

Kualiti ibadat..


Jika amalan kita berkualiti tinggi, sudah tentulah ia amat "berharga" disisi Allah. Kita boleh menilai kualiti kita dalam beribadah. Terdapat banyak kayu ukur yang boleh digunakan dalam mengukur ibadah kita, seperti : keikhlasan, kekhusyukan, kesungguhan dan kekerapan (istiqamah) dalam beribadah. Jika kita mampu mempunyai nilai-nilai tersebut semasa beribadat, insyaAllah, ibadat kita adalah ibadat yang berkualiti. Ibadat yang berkualiti pula adalah  "berharga" kerana ibadat tersebut insyaAllah akan diiktiraf oleh Allah dan insyaAllah akan mendapat ganjaran yang setimpal dengannya.

Tetapi jika amalan kita adalah sambil lewa dan kurang kualitinya, mungkin amalan tersebut kurang nilainya disisi Allah dan mungkin lebih teruk lagi jika Allah lansung tidak mengiktiraf amalan tersebut. Ibadat kita adalah ibadat yang sia-sia. Bahkan semua kepenatan kita juga tiada gunanya..

Sesungguhnya ibadat kita adalah dinilai dari segi kualiti, seperti firman Allah s.w.t : 
"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam 6 masa, dan 'Arsy-Nya di atas air, agar Dia menguji siapakah diantara kamu yang baik amalnya. " ~ Suran Hud, Ayat 7

Kesimpulannya, janganlah kita mensia-siakan segala kepenatan kita dalam ibadat dengan mengamalkan ibadat yang tidak berkualiti.


"Ya Allah, tunjukkanlah kami utk mensyukuri nikmat-Mu yg Engkau kurniakan atas kami dan kedua ibubapa kami dan agar kami dapat beramal soleh sebagaimana yg Engkau redhai. Islahkanlah kami (perbaiki diri kami) dan zuriat kami. Sesungguhnya kami bertaubat pada-Mu dan sesungguhnya kami diantara muslimin. "

"Ya Allah, kami mohon kecintaan-Mu dan kecintaan mereka yang mencintai-Mu dan amalan2 yg mendatangkan kecintaan-Mu"

"Ya Allah, jadikan cinta kpd-Mu sesuatu yg paling dicintai dan takut pada-Mu sesuatu yg menguasai hati kami. Dan keluarkan drp hati kami keperluan duniawi dan masukkan keghairahan utk bertemu dgn-Mu. Ketika ahli dunia mabuk dgn dunia mereka maka sejukkanlah hati kami dgn ibadat kpd-Mu."

"Ya Allah, jadikanlah umur kami yg terbaik dibahagian akhirnya dan amalan kami terbaik dibahagian penutupnya dan hari kami menemui-Mu hari yg terbaik sekali. Wahai Wali (Pelindung) Islam dan ahlinya, teguhkan kami dengannya sehingga kami bertemu-Mu."

Tuesday, May 17, 2011

Siapa Uwais Al-Qarni??




Uwais Al-Qarni, merupakan seorang insan yang juga umat Nabi S.A.W.  Lihatlah hamba Allah yang diredhi Allah tetapi dialah pengemis hina mencari dan menagih keredhoan Ilahi. Dialah pengemis hina di dunia tetapi disisi Allah dialah insan mulia bernama Uwais Al-Qarni.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar r.a. dan Saidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Saidina Umar dan Saidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah SAW: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian."

Memang benarlah kata-kata Rasulullah SAW, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Saidina Umar dan Saidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah SAW maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.

Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”


Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.


Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga."

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini."

Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala."

Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa."

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah SAW kepada Saidina Umar dan Saidina Ali: "Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni."

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar dan Saidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW, mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah SAW kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku." Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: "Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Saidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.” (HR Muslim)

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit.

Wallahua’lam.

Doa ^_^...


Ya Allah, sesungguhnya daku in dha'if,
maka kuatkanlah daku dalam menuju redha-Mu..
Dan pimpini daku ke arah kebaikan,
dan jadikan Islam sebagai punca kebahagian tertinggi bagiku..

Ya Allah, daku mohon iman yg tidak goyang,
nikmat yg tidak putus,
dan bersama Nabi kami Muhammad s.a.w di darjat tertinggi di Jannatil Khuldi..
Aminn...

Penyakit manusia sekarang..


Banyak yang ingin diluahkan, tapi tak terluah. Banyak yang ingin dikongsikan, tapi tak terkongsi. Dan banyak juga yang ingin disampaikan, tapi tak tersampai. Banyak benar perkara yang nak kita lakukan dalam hidup ini, tapi semua tu tak semestinya kita capai. Banyak kekangannya, banyak juga halangannya. Tapi kita manusia, kadang-kadang tak kenal erti putus asa. Lebih-lebih lagi jika kita terlalu inginkan sesuatu. Kita akan usaha dan terus berusaha. Kita seakan-akan tamak untuk memiliki sesuatu. "Kalau orang lain ada... aku pun mesti ada ...jugak"..Erm..manusia la katakan. Kita tak sedar, sebenarnya apa yang kita tak dapat tu bukan rezeki kita. Percayalah, setiap orang ada rezeki masing-masing. Kita tak perlu nak dengki atau cemburu dengan orang lain. Ini tak, pantang nampak orang lebih sikit. Mula la datang penyakit hatinya. Mulalah nak dengki dengan orang. Biarlah kita ni hidup bersederhana. Islam pun ajar kita bersederhana. Bak kata pepatah, "ukur baju di badan sendiri". Baru la diri tak terbeban.

Kadang-kadang kita merasa kita adalah yang terbaik. Baik dari semua aspek. Kita tak sedar ada yang lebih baik dari kita. Walau kita sedar pun, kita buat-buat lupa. Seakan-akan, I'm the best among the best. Kita ni insan yang terpilih (konon). Kita ni yang terbaik, dah tak ada manusia lain yang lebih baik dari kita dah. Tapi kita lupa, jikalau sekalipun tiada manusia yang boleh tandingi kita, tapi ada Zat Yang Maha Agung yang tak terlawan dek semua yang ada di langit dan di bumi. Sedarlah, jangan asyik sangat dengan nikmat sementara ni. Mentang-mentanglah semua orang 'mengangkat' darjatmu, ingatlah itu hanya di dunia. Di akhiranya macam mana?? Dah yakin ke kita ke Jannatul Firdaus??


Tidak kurang plak yang suka 'memakan' daging saudaranya sendiri. Ada tu, yang sanggup meratah hidup-hidup. Sudah tiada rasa belas kasihan langsung. Apa nak jadi dengan manusia-manusia sekarang?? Lupakah kita pada janji yang Maha Esa. Setiap perbuatan akan dibalas setimpal dengan apa yang kita lakukan. Walau amal @ perbuatan tu ibarat sebesar biji sawi. Ya Allah, manusia mudah lupa. Sebab itulah kita disuruh sembahyang 5 waktu sehari semalam. Untuk apa, untuk menegaskan "Allah Maha Besar". Perasankah kita, bila kita solat berapa kali kita melafazkan "Allahhuakbar"?? Kita akan melafazkan berulang-ulang kali. Setiap perbuatan kita mulakan dengan lafaz "Allahhuakbar". Nak mula sembahyang, angkat takbir dan baca lafaz. Sebelum rukuk, sebelum sujud, sebelum duduk diantara dua sujud dan sehinggalah kita selesai menunaikan sembahyang. Semuanya dimulakan dengan lafaz "Allahhuakbar (Allah Maha Besar)". Kita mungkin tertanya-tanya kenapa kita perlu mengulang lafaz yang sama, sebabnya supaya kita sedar dan tidak lalai dari mengingatiNya. Barulah kita rasa takut unutk melakukan perkara-perkara mungkar.

Macam-macam karenah, macam-macam perangai yang kita jumpa. Semua dari golongan manusia. Betullah orang kata, "rambut sama hitam, hati lain-lain". Dari luarannya sama, tapi dalaman hanya Allah saja yang tahu. Kadang-kadang luaran nampak baik, tapi dalaman belum tentu baik. Manusia ni ada yang pandai berpura-pura. Berpura-pura baik, tapi sebenarnya tak. Pura-pura nak tolong kita, tapi sebenarnya nak ambil kesempatan keatas kita. Pura-pura nak bagi nasihat, tapi sebenarnya nak menyesatkan kita. Betapa susahnya kita nak mengenal manusia,sebabnya, luaran belum menetukan dalamannya. Tapi senang sangat kita nak kenal Pencipta kita. DIA tak pernah berpura-pura, tak pernah menipu, sentiasa adil dan semuanya ada padaNya. Apa lagi yang kita nak dalam hidup ni?? Tak cukup lagi ke kita ada DIA ??
Tepuk dada tanya iman....



P/s : Mungkin ada yang pernah baca artikel ni sebab ni artikel lama yg saya amik dari bprivate blog saya...hehe..Sengaja post kat sini utk berkongsi dgn semua..Semoga bermanfaat..

Macam mana nak berbaik dengan ibu??


Ini ada sedikit perkogsian buat sahabat yang bertanya..
Semoga bermanfaat ya ^_^..

Ingatlah......
Anda dah takkan ada ibu lain seperti beliau lagi..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk melahirkan anda..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup mengandungkan anda selama 9 bulan 10 hari..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup menyusukan anda selama 2 tahun..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup berjaga malam bila anda sakit..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup mengajar anda bercakap..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup mengajar anda berjalan..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup bersabar dengan karenah anda..
Anda dah takkan ada ibu lain yang sanggup berlapar demi memberi anda makan..

Ingatlah....
Anda sudah tidak akan mempunyai ibu lain seperti beliau lagi..

Jika beliau sudah tiada, anda sudah takkan dapat menggantikan tempat beliau dengan orang lain..
BECAUSE SHE IS THE ONLY ONE !!!

Sunday, May 15, 2011

Memasak tanpa garam..Apa rasanya??


Makanan dengan garam adalah ibarat isi dengan kuku..Pernah anda memasak tanpa garam?? Apa rasanya??.. Mesti anda akan kata tak cukup rasa atau kurang masin.. Tengok, betapa pentingnya garam dalam masakan atau dalam erti kata lain dalam makanan. Tanpa garam, tiadalah rasa enak makanan tersebut..Pernah sahabat makan masak kurma tanpa garam, agaknya macam mana la rasanya ya?? (~ :mesti sangat pelikkan..hehe)

Tetapi jika makan garam jer, anda mau??? Mestilah tak mahukan...mana ada orang sanggup makan garam jer..Tak tertelan kot..Saya pernah beberapa kali demam dan doktor kasi air garam, dia suruh saya minum..Agak2 saya minum tak??  Tak sanggup saya (~: Tapi terpaksalah saya memaksa diri untuk menelannya)..Itulah, jika hanya dipaksa untuk memakan garam jer, memang kita tak sanggup, tapi bila garam tadi digunakan dalam masakan, dan diolah dengan betul maka hasilnya, masakan tersebut sangat lazat dan cukup rasa...


Begitulah juga masalah dengan kehidupan..Tiada kehidupan tanpa masalah. Memang ia kembar yang wajib.. Ibarat aur dengan tebing. Memang kita akan sentiasa menghadapi masalah. Memang kita akan sentiasa diuji dengan masalah. Tetapi jika kita pandai mengolah masalah kita tadi, insyaAllah kita akan dapat merasai kemanisan, keseronokan dan kenikmatan dalam hidup kita ni. 

Jika kita hanya memikirkan masalah sahaja, kita mungkin rasa terbeban. Kita mungkin rasa tidak sanggup untuk hadapinya. Dan yang paling teruk bila kita dah berputus asa dengan kehidupan kita. Nauzubillah, moga kita dijauhkan dari perasaan sedemikian.

Ingatlah bila kita ditimpa masalah, anggaplah ia sebagai satu ujian buat kita. Ujian dalam mendewasakan kita. Bukan itu sahaja, bahkan ia sebenarnya satu nikmat jika kita dapat melepasinya nanti. Ingatlah, disebalik ujian itu pasti ada hikmahnya. Cubalah kita mencari hikmah disebalik setiap ujian yg kita hadapi itu. Dan hadapilah dengan tenang, sabar dan tabah, kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala jika kita bersabar dalam menghadapi ujian dari-Nya..

p/s: Semalam masa memasak utk makan malam, mencari garam utk ditambah ke dlm masakan..tetapi alangkah terkejutnya saya, garam dah kehabisan stok..dan disebabkan peristiwa tu, Allah kurniakan ilham utk menulis artikel ni ^_^..
p/s: semoga bermanfaat ^_^..

Wednesday, May 11, 2011

My Biodata ^_^..


Siapa saya??

Nama : Hamba Allah

Kerjaya : Pelajar
~Status bagi kita di dunia ini..
Selagi kita masih disini (dunia) inilah yg akan kita lakukan..
x kira siapapun kita..

Tempat Pengajian : Sekolah Kehidupan
~Pusat tarbiah yg terbaik buat semua makhlukNYA ^-^..

Lokasi : Dunia yg sementra
~Tempat persinggahan sebelum kita menjejakkan kaki ke alam lain selepas tamat pengajian nanti.

Pengetua : Allah
~Dia yang menentukan segala peraturan dalam sekolah kita..
dan Dia juga yang bakal menganugerahkan sijil pd kita sewaktu konvo nanti...
Jaga2 !! Jangan sampai anda membuat-NYA membenci anda.. susah masa depan anda nanti...

Pengawas : Malaikat
~Jangan sampai perbuatan jahat atau kenakalan kita terkantoi di depan Pengawas kita.

Guru : Nabi
~Semoga segala tunjuk ajar dari Guru kita, kita dapat praktikkan dalam kehidupan harian kita..

Jenis Peperiksaan : Ujian kehidupan
~Jaga2..jangan sampai kita mendapat markah yg tercorot pula dalam kelas ni..

Tempoh pengajian : Seumur hidup
~Tempoh yang sangat singkat untuk mengejar "Sijil" yg terbaik..
Jadi manfaatkan sebaik mungkin.

Tarikh tamat pengajian : Sewaktu menghembuskan nafas terakhir
~Tarikh terpenting dalam hidup kerana ia menentukan jenis sijil yang bakal kita terima nanti..

Tarikh Konvo : Hari Pembalasan
~Semoga kita mendapat segulung sijil yg boleh menempatkan kita ke tempat yang paling diimpikan oleh semua...SYURGA YG KEKAL ABADI...insyaAllah ^,^..

~ Ni lah biodata saya, Insan Kerdil (dan insyaAllah sahabat2 pun sama)..
~ Semoga kita mengambil peringatan dari pesanan ringkas ini ^_^..

Tuesday, May 10, 2011

10 laluan yg dilalui oleh manusia sehingga akhirat



10 laluan yang bakal dilalui oleh manusia dari dunia hingga akhirat dan cara untuk melepasinya :

1- Laluan ke kubur
a. jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
b. hindari perasaan irihati (benci)
c. jangan terpengaruh dengan harta
d. sucikan kadha' hajat hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil)

2- Laluan untuk berjumpa Izrail
a. bersihkan diri dengan bertaubat
b. gembirakan hati org mukmin
c. bayar semua kadha' (solat dan puasa) yg tertinggal
d. kasih sepenuh hati kpd Allah

3- Laluan untuk bertemu Mungkar Nakir
a. mengucap dua kalimah syahadah
b. suka memberi sedekah
c. berkata benar
d. bersihkan dan perbaiki hati

4- Laluan untuk memberatkan timbangan
a. belajar atau mengajar ilmu yg bermanfaat
b. sucikan perkataan dan pakaian
c. sentiasa bersyukur w/pun hanya mendapat sekecil-kecil kurniaan dari-Nya
d. bersikap redha dlm apa jua urusan

5- Laluan untuk memantapkan amalan
a. mengelakkan perkataan yg sia2
b. pendekkan cita2 dunia
c. banyakkan puji-pujian kpd Allah
d. banyakkan sedekah dan khairat



6- Laluan menuju Titian Sirat Al-Mustakim
a. kasihilah para aulia Allah
b. berbaktilah kpd kedua ibu-bapa
c. berpegang teguh dgn hukum syara'
d. bercakap perkataan yg baik2 sesama makhluk

7- Laluan untuk menjauhkan diri dari neraka
a. banyakkan membaca Al-Quran
b. banyakkan menangis krn dosa2 lalu
c. tinggalkan perkara maksiat
d. menjauhi segala yg haram

8- Laluan untuk memasuki syurga
a. memperbanyakkan kebajikan
b. mengasihi org yg soleh
c. mengerjakan segala suruhan Allah
d. merendah diri diantara sesama makhluk

9- Laluan untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w
a. kasihi Nabi Allah
b. kasihilah Rasullulah
c. tuntutilah apa yg difardukan oleh Allah
d. banyakkan selawat keatas Nabi

10- Laluan untuk bertemu Allah
a. serahkan segala jiwa raga kpd Allah
b. menghindari perbuatan derhaka kpd Allah
c. perbetulkan dan perbaiki i'tiqad kpd Allah
d. membenci segala yg diharamkan-Nya

P/s : Hanya ingin berkongso perkongsian dari sahabat saya..
Semoga bermanfaat buat semua ^_^..


Friday, May 6, 2011

Doa ^_^...



Ya Allah..
Sucikanlah hatiku...
Bersihkanlah jiwaku..
Ikhlaskanlah aku dalam melakukan apa sahaja kerana-MU..
Kurniakan aku iman yang sempurna...
Kurniakan aku akhlak yang terpuji serta pekerti yang mulia...
Ameen ya Rabb Alamin...

Kenapa perlu takut?


Pernah seorang sahabat saya menyuarakan kebimbangan untuk berkongsi dengan sahabat2 yg lain.
Sambil tersenyum saya membalas : "Awak rasa saya ni sempurna ke?"
Sahabat saya terdiam mendengar pertanyaan beliau yg hanya dibalas dengan pertanyaan kembali.
Saya kembali bersuara : "Janganlah bimbang, jika kita rasa ada keperluan untuk kita menegur, maka teruskanlah, insyaAllah, Allah akan membantu kita jika niat kita ikhlas."

Sahabat, tidak bermaksud, jika kita bercakap kita adalah manusia yg sempurna. Kerana kita semua tahu yg tiada manusia yg sempurna kecuali Nabi Muhammad s.a.w. Hanya baginda yg maksum dari segala dosa. Jika kita nak tunggu sehingga kita sempurna dahulu baru nak bercakap, nampak gayanya mati hidup balik pun kita tak layak nak bercakap. Iyalah, kitakan hanya manusia yg tidak sempurna, sampai bila2 pun tak layak nak menegur.

Sahabat kita kena ingat, manusia itu memang tidak sempurna. Dan memang itulah sifat manusia yg Allah telah ciptakan. Itulah tujuan kenapa kita harus bercakap. Harus sentiasa tegur-menegur. Harus sentiasa ingat-mengingatkan. KERANA KITA TIDAK SEMPURNA. Kita sentiasa perlukan peringatan dari sahabat2 semua. Jadi tidak salah jika kita ingin menegur sahabat2 kita yg kita rasa perlu ditegur. Cuma kita perlu ingat, biarlah dengan cara yang berhemat. Dengan cara yang selembut2nya.


Manusia itu sifatnya mudah lupa sahabat. Jadi janganlah rasa malu untuk menasihati atau menegur sahabat2 yang lain. Tidak salah sama sekali. Malah kita digalakkan berbuat demikian.

~Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menyuarakan kebenaran dan saling ingat-mengingatkan kearah perkara2 maa'ruf (kebaikan)..

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda : "Sampaikanlah dariku walau satu ayat..."

Wednesday, May 4, 2011

1001 nikmat.



Bismillahhirrahmanirahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang).
"(Allah) Yang Maha Pengasih, Yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia menciptakan manusia, mengajarnya pandai berbicara. Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan, dan tetumbuhan dan pepohonan, keduanya tunduk (kepada-Nya). Dan langit telah ditinggikan-Nya dan Dia ciptakan keseimbangan, agar kamu jangan merusak keseimbangan itu, Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu. Dan bumi telah dibentangkan-Nya untuk makhluk(-Nya), didalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang , dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya." ; Surah Ar-Rahman : Ayat 1-12

Ya Allah, sungguh banyak nikmat yang Dia telah berikan pada kita.
Antara sedar atau tidak, apa yg kita ada sekarang adalah nikmat dariNYA...
Atas belas kasihan DIA, maka diberikan semua nikmat ini pada kita..


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" ; Surah Ar-Rahman : Ayat 13

Tetapi sejauh mana kita mensyukuri dan mentaati perintahNYA??
Sejauh mana kita menghargai nikmat ini??
Sejauh mana kita berterima kasih kepadaNya diatas segala nimat kurnianNya ini??

Ya Allah, jadikan kami hamba yang sentiasa bersyukur dgn segala nikmat yg telah Engkau berikan, yang sedang Engkau berikan serta yang bakal Engkau berikan..

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat" ; Surah Ibrahim : Ayat 7

Ya Allah Ya Tuhan kami, tunjukkanlah kami untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau kurniakan atas kamidan kedua ibubapa kamidan agar kami dapat beramal solehsebagaimana yang Engkau redhai. Islahkanlah kamidan zuriat kami. Sesungguhnya kami bertaubat pada-Mu dan sesungguhnya kami diantara muslimin.