Jika amalan kita berkualiti tinggi, sudah tentulah ia amat "berharga" disisi Allah. Kita boleh menilai kualiti kita dalam beribadah. Terdapat banyak kayu ukur yang boleh digunakan dalam mengukur ibadah kita, seperti : keikhlasan, kekhusyukan, kesungguhan dan kekerapan (istiqamah) dalam beribadah. Jika kita mampu mempunyai nilai-nilai tersebut semasa beribadat, insyaAllah, ibadat kita adalah ibadat yang berkualiti. Ibadat yang berkualiti pula adalah "berharga" kerana ibadat tersebut insyaAllah akan diiktiraf oleh Allah dan insyaAllah akan mendapat ganjaran yang setimpal dengannya.
Tetapi jika amalan kita adalah sambil lewa dan kurang kualitinya, mungkin amalan tersebut kurang nilainya disisi Allah dan mungkin lebih teruk lagi jika Allah lansung tidak mengiktiraf amalan tersebut. Ibadat kita adalah ibadat yang sia-sia. Bahkan semua kepenatan kita juga tiada gunanya..
Sesungguhnya ibadat kita adalah dinilai dari segi kualiti, seperti firman Allah s.w.t :
"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam 6 masa, dan 'Arsy-Nya di atas air, agar Dia menguji siapakah diantara kamu yang baik amalnya. " ~ Suran Hud, Ayat 7
Kesimpulannya, janganlah kita mensia-siakan segala kepenatan kita dalam ibadat dengan mengamalkan ibadat yang tidak berkualiti.
"Ya Allah, tunjukkanlah kami utk mensyukuri nikmat-Mu yg Engkau kurniakan atas kami dan kedua ibubapa kami dan agar kami dapat beramal soleh sebagaimana yg Engkau redhai. Islahkanlah kami (perbaiki diri kami) dan zuriat kami. Sesungguhnya kami bertaubat pada-Mu dan sesungguhnya kami diantara muslimin. "
"Ya Allah, kami mohon kecintaan-Mu dan kecintaan mereka yang mencintai-Mu dan amalan2 yg mendatangkan kecintaan-Mu"
"Ya Allah, jadikan cinta kpd-Mu sesuatu yg paling dicintai dan takut pada-Mu sesuatu yg menguasai hati kami. Dan keluarkan drp hati kami keperluan duniawi dan masukkan keghairahan utk bertemu dgn-Mu. Ketika ahli dunia mabuk dgn dunia mereka maka sejukkanlah hati kami dgn ibadat kpd-Mu."
"Ya Allah, jadikanlah umur kami yg terbaik dibahagian akhirnya dan amalan kami terbaik dibahagian penutupnya dan hari kami menemui-Mu hari yg terbaik sekali. Wahai Wali (Pelindung) Islam dan ahlinya, teguhkan kami dengannya sehingga kami bertemu-Mu."
No comments:
Post a Comment