Disini kita boleh mengukur sejauh mana keyakinan kita terhadap kepercayaan tersebut.
Tetapi jika kita benar-benar yakin tentang sesuatu perkara, sudah pasti kita akan mengambil tindakan yang selari dengan keyakinan tersebut. Disini saya ingin memberikan satu analogi yang sangat mudah, jika kita ke satu kawasan sungai dan kita terbaca satu tanda amaran yang berbunyi ; " Awas, di dalam sungai ini ada buaya yang ganas! ". Agak-agaknya apa yang akan kita lakukan? Seandainya kita berniat untuk berenang di sungai tersebut pada awalnya, mungkin tanpa berfikir panjang kita akan terus membatalkan niat tersebut. Kenapa ? Kerana kita yakin bahawa buaya yang berada didalam sungai tersebut ganas. Macam mana kita tahu? Kerana kita terbaca tanda amaran tersebut dan kita percaya tanda amaran tersebut adalah benar.
p/s : Kepercayaan belum cukup untuk melahirkan sesuatu tindakan, tetapi keyakinan sudah pasti akan menyumbang kepada satu tindakan.
P/s/s : Dari mana punca keyakinan itu datang? Ia datang selari dengan dengan ilmu. Ilmu itu cahaya dan ia menerangi kegelapan. Jadi jangan kita menjauhkan diri dari ilmu. Ilmu penyuluh jalan kehidupan.