Tuesday, October 28, 2014

Percuma..Ek?

Saya : Nothing for free..semua ada harganya..

Dia : Tak semua benda dibayar..

Saya : Sape kata?

Dia : Selama ni saya buat kerja-kerja ni semua mana dapat bayaran apa-apa pun..kadang-kadang tu kena kutuk, kena marah, dan penat sesangat..rasa macam nak berhenti je buat tu semua..

Saya : Memang la tak dibayar sekarang sebab benda tu kategori hasil terakru (hasil yg belum dibayar) tapi nanti boleh tuntut kat "sana"..Nanti kat sana Allah akan "bayar" setimpal dengan usaha kita..Allah mana pernah mungkir janji..

Dia : Allah..... T_T (nanges laju-laju)*

P/s : Belajarlah ikhlas dlm buat kerja dakwah/amal..Jangan banyak mengeluh..

Tuesday, October 14, 2014

Dia yang dicari

Andai kepenatan yang kau rasa,
ku pasti kau telah melalui perjalanan yg panjang.
Andai kelelahan itu yg menghimpit,
ku yakin telah banyak yang kau belajar.

Andai kau penat dan lelah di pertengahan jalan,
jangan kau berhenti berlari.

Mara dan terus mara..
Mohon petunjuk dari-Nya.
Mohon kekuatan dari Ilahi.
Mohon kudrat dari Allah.
kerana kau bukanlah sesiapa
tetapi hamba-Nya yang perlu terus gagah melangkah.

Hari ini masih panjang.
Perjalanan ini masih jauh.
Kekal dan terus bergerak
kerana hala tujumu masih belum ketemu.
Engkau melangkah Dia "melihat".
Disetiap langkahmu Dia "menilai.

Jangan putus asa.
Jangan kau putus harap
Mohon ampun dari-NYa.
Pautkan pengharapanmu pada-Nya
Sandarkan kemahuanmu pada-Nya
Titipkan doamu kepada-Nya

Pada-Nya pinta kekuatan
Pada-Nya pohon keimanan.
Kerana Dia sentiasa disisimu
Walau engkau berkali-kali membuang-Nya 
tetapi Dia tetap kekal bersamamu.

Dialah yang kau cari.
Dialah yang kau dambakan.
Dialah yang kau mahu.
Dialah tujuaan kau.
Dialah matlamat kau.
Kerana Dialah yang Satu.
Allah Yang Esa.

Roh ibadat

Dalam setiap apa yang kita lakukan, pastikan kita lakukan dengan kehadiran "roh". Roh datangnya dari perasaan ikhlas. Perkara/amalan yang kita lakukan tanpa keikhlasan akan menjadi satu amalan/perbuatan yang sia-sia kerana kita tidak akan mungkin melakukannya dengan sepenuh hati.


"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap"

Perkara yang dilakukan tanpa roh hanya akan menjadi satu perbuatan yang menyakitkan dan menyeksakan kita kerana kita memaksa diri untuk melakukan sesuatu perkara tanpa kerelaan kita. Alangkah bagusnya jika kita benar-benar melakukan sesuatu itu kerana kita betul-betul faham keperluan untuk kita melakukan perkara tersebut. Hal ini dapat membantu menjadikan sesuatu perkara itu lebih mudah dan menyeronokkan kita untuk melaksanakannya.

Menghadirkan roh dalam beramal bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bahkan ia juga bukan mustahil. Cuba hadirkan ikhlas dalam setiap amalan kita. Jika nak tunggu ikhlas dahulu baru nak beramal alamatnya tunggulah kucing bertanduk dulu baru kita nak beramal kot. Kenapa saya cakap macam tu? Kerana kita takkan pernah tahu amalan kita yang mana satu yang betul-betul ikhlas. Jadi apa-apa pun beramallah dan cuba ikhlas. Kita tak tahu, tapi Allah tahu. Dan Dia yang akan menilai kita, bukannya kita atau makhluk yang lain.



Beramal dahulu baru ikhlas atau ikhlas dulu baru beramal? 
Jawapannya ---> Kena serentak.

Jika ikhlas je tapi tak buat tak guna.
Sama juga kalau buat tapi tak ikhlas. Sia-sia namanya.

P/s : Keikhlasan adalah roh dalam ibadat

Wednesday, October 8, 2014

Redha dengan setiap ketentuan-NYA


Kadang-kadang kita meresa apa yg org lain miliki adalah sesuatu yg sangat baik sehinggakan kita pun mendabakan perkara yg sama..Tapi hakikatnya kita tidak tahu disebalik "kebaikan" tersebut..
Hanya DIA yg lebih tahu..

Yakinlah apa yg telah Allah tentukan utk kita adalah yg terbaik buat kita..

Belajar utk redha dgn setiap ketentuan dari-NYA..

He know the best T_T...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu yg padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." ; Surah Al-Baqarah, Ayat 216



Tuesday, October 7, 2014

Usaha dan Redha


Bila kita usahakan sesuatu pastinya kita lakukan berseta dgn satu harapan apa yg kita usahakan akan membuahkan hasil yg baik bagi kita.. Pasti !! Walaupun kadang-kadang mulut kata tak kisah -_-" ..

Itu lumrah insani yg punya nafsu (kehendak)..Tak salah kita mengharap, kerana tanpa harapan kita mungkin takkan mulakan langkah yg pertama, iaitu usaha..Betul tak?

Usaha penting..
Pengharapan juga penting..
Tawakal jugalah penting..
Redha lagilah penting..

Setiap usaha yg dimulakan dgn berbekalkan pengharapan harus disertakan dgn tawakal pada-NYA..
Semuanya perlu dilakukan serentak..Tak boleh satu-satu..

Usaha + Pengharapan +Tawakal = Hasil ---> Redha

Setelah kita usaha dan tawakal (berserah dgn segala keputusan dari-NYA), walau apa jua keputusannya, REDHALAH duhai hati..Itu yg Allah nak..walaupun tak sama dgn apa yg awak nak..
Yang Allah nak lagi penting..

Sedih itu pasti..Tapi jangan sampai abaikan tanggugjawab awak sebagai hamba-NYA..

"Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita." ; Surah At-Taubah, Ayat 40

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram " ; Surah Ar-Ra'd , Ayat 28