"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap"
Perkara yang dilakukan tanpa roh hanya akan menjadi satu perbuatan yang menyakitkan dan menyeksakan kita kerana kita memaksa diri untuk melakukan sesuatu perkara tanpa kerelaan kita. Alangkah bagusnya jika kita benar-benar melakukan sesuatu itu kerana kita betul-betul faham keperluan untuk kita melakukan perkara tersebut. Hal ini dapat membantu menjadikan sesuatu perkara itu lebih mudah dan menyeronokkan kita untuk melaksanakannya.
Menghadirkan roh dalam beramal bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bahkan ia juga bukan mustahil. Cuba hadirkan ikhlas dalam setiap amalan kita. Jika nak tunggu ikhlas dahulu baru nak beramal alamatnya tunggulah kucing bertanduk dulu baru kita nak beramal kot. Kenapa saya cakap macam tu? Kerana kita takkan pernah tahu amalan kita yang mana satu yang betul-betul ikhlas. Jadi apa-apa pun beramallah dan cuba ikhlas. Kita tak tahu, tapi Allah tahu. Dan Dia yang akan menilai kita, bukannya kita atau makhluk yang lain.
Beramal dahulu baru ikhlas atau ikhlas dulu baru beramal?
Jawapannya ---> Kena serentak.
Jika ikhlas je tapi tak buat tak guna.
Sama juga kalau buat tapi tak ikhlas. Sia-sia namanya.
P/s : Keikhlasan adalah roh dalam ibadat
No comments:
Post a Comment