Sebenarnya saya telah mengimport artikel ni dari blog seorang kawan baik saya..Semalam masa baca blog Lillah saya rasa tertarik degan latest artikelnya, jadi saya telah meminta kebenaran dari beliau untuk 'menculik' post ni..
Harap dijadikan perkongsian bersama dalam usaha membentuk diri kearah kebaikan..InsyaAllah..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
HaTi ( bY xIfU) (yg telah ditranslatekan dlm Bahasa Melayu)
Sesungguhnya yang halal itu jelas
Dan sesungguhnya yang haram itu jelas
Dan diantara keduanya terdapat yang syubhat
Tidak diketahui oleh kebanyakan orang
Barangsiapa menjaga yang syubhat
Sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya
Dan maruah dirinya
Dan barangsiapa yang terjatuh ke syubhat
Maka dia telah terjatuh ke yang haram
Umpama pengembala disekeliling kawasan larangan
Dibimbangi dia menceroboh masuk ke dalamnya
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan
Ketahuilah bahawa sempadan Allah adalah yang haram
Ketahuilah dalam setiap jasad ada seketul daging
Sekiranya ia baik maka baiklah jasad seluruhnya
Dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya
Ketahuilah, ia adalah hati.
--------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: untuk pengetahuan semua,ini adalah lagu yang didendangkan dalam Bahasa Arab.
No comments:
Post a Comment