Saturday, March 21, 2009

Doa harian..

Sudah agak lama saya tak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua..Mungkin disebabkan masa yang agak cemburu dengan segala tugasan-tugasan saya menyebabkan saya agak kesuntukan untuk menulis. Alhamdulillah, hari ini saya diberi kesempatan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Hari ini saya hanya ingin berkongsi doa. Doa yang afdal dibaca setiap kali selepas solat. Saya hanya mampu berkongsi doa dalam bahasa Melayu (tak tau nak amik yg bahasa arab kat ne..maaf)..Doa ni sangat bagus untuk diamalkan setiap hari.


doa nya:

Ya Allah, Pemberi Petunjuk orang yang sesat, dan Pengasih orang yang berdosa, dan Pemaaf Kesilapan orang yang terlanjur. Kasihanilah hamba-Mu dari bahaya yang besar bersama kaum muslimin sekalian. Dan jadikan kami akhyar (orang yang terpilih) mendapat rezeki bersama orang yang dianugerah nikmat atas mereka dikalangan Nabiyin, Siddiqin, Syuhada' dan solihin. Dan merekalah sebaik-baik rafiq (teman). Dengan rahmat-Mu (Ya Allah) Yang Maha Penyayang. Ya Allah islahkan (perbaiki) umat Nabi Muhammad s.a.w, Ya Allah kasihanilah umat Nabi Muhammad s.a.w, Ya Allah lapangkanlah (kesempitan) umat Nabi Muhammad s.a.w, Ya Allah ampinilah umat Nabi Muhammad s.a.w dan semua orang yang beriman pada-Mu.. Amin..


No comments: